Tuesday, September 14, 2010

Corat-coret Aidilfitri 2010

1. Ini adalah Hari Raya pertama tanpa adek lelaki saya. Dia sedang menjalani latihal praktikal sebagai tentera laut di Sabah. Malah, dia menyambut 1 Syawal di tengah laut, di Pulau Layang2.


2. Disebabkan tarikh cuti berlainan, saya dan adek2 balik berasingan. Saya pulang awal hari Khamis, sampai jam 9 pagi, terus bawak abah pegi shopping. Pegi pasar besar Muar, which is kali terakhir saya pergi like more than five years ago. Hoh.

3. Setelah bertahun2 lamanya, yang tak pernah saya ingat, pakngah saya telah berbuka puasa di rumah agam itu. Hoh. Terkejut besar kami bila dapat panggilan. Naseblah saya dah tolong mak masak petang hari terakhir Ramadan itu.

4. Pakngah datang selepas pulang dari bazar Ramadhan. Sangat banyak makanan dia beli. 3 bungkus nasi lemak, 3 bungkus nasi ambang, nasi ayam, apam balik, dan lagi dan lagi dan lagi. Naseblah ada ramai orang di rumah, jadi kami semua berbuka dengan riang. Mood pakngah dikira2 sangat baik di tengah2 krisis yang melanda.

5. Mak tidak mahu ambil gambar di atas kerana Farid takde. Kami pun ambil jer gambar kat bawah.

6. Pakngah bagi duit raya tahun ini. Itu adalah jarang-jarang berlaku. Dan, pakngah telah bagi dua kali. Ia adalah tidak pernah berlaku. Hoh. Sangatlah pelik. Ya, yang penting beryukur.

7. Saya telah memasak (lagi) untuk raya kali ini. Haha. Masak setahun sekali, tapi exaggerated lebih2. Hoh. Saya telah masak sambal sotong dan hidang air wintermelon yang sedap itu. Sedapnyerrrrrr. ;p Tapi, emak telah mengeluarkan satu ayat pelik bagi mengelakkan pakngah daripada menjamah masakan saya. Haha.

8. Ramai betul sepupu2 saya yang tak sembahyang raya tahun ini. Macam semua. Haha. Adek saya sorang jer yang boleh. Kat rumah ramai pulak orang. Hoh.

9. Saya tak bagi duit raya pada kanak2 walaupun dah keje.

10. Saya kene pulang awal sebab kene keje. Tak best!

Saya mengucapkan takziah kepada keluarga empat yang hilang dan ditemui mati itu. Antara berita yang telah menyelubungi hari raya tahun ini.

Sekian. Semoga jumpa lagi di Ramadan tahun hadapan.

3 comments:

KHBH said...

Dah keje。。。kena bagi duit raya tu....

SITI said...

next yearlah. Tak best bagi sket2 ni. Kalu nak bagi kene bagi banyak2. Huhu.

Anonymous said...

xbape best r raye tanpa adik..
yg best nyer 2kali dpt angpau..hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...