Monday, September 20, 2010

19092010

Tarikh hari lahir saya untuk masuk umur ke 27. Ya, semalam.

Terima kasih kepada semua yang telah ucap selamat. Terima kasih kepada adek2 saya yang telah bawa saya makan2. (Gambar di sini). Terima kasih atas segala doa yang telah diucapkan mahupun yang disimpan di dalam hati. :)

Tahun ini, entah mengapa, saya agak malas mahu ucap selamat kepada orang lain. Hanya beberapa orang sahaja yang saya wish on their birthdate. Ini termasuklah Pengetua Kacak dan abang sepupu saya yang menyambut hari lahir mereka sehari sebelum saya. Saya hantar "Wish you a very happy birthday. Have a good one". Keesokkan harinya, dua orang ini telah reply kepada saya;

Pengetua Kacak: Wish you a happy birthday too. May Allah bless you always.

Abang sepupu: Happy birhday my dear. I had the good one last night hehe.. Hope u have the good one too tonight :)

Tersenyum saya mendapat dua SMS ini. Tapi, senyum saya makin lebar bila baca ucap selamat oleh cikgu saya di MukaBuku.

Cikgu: Moga sisa usia DNA kita (betul ke ni?) cenderung untuk amal soleh dan berada dalam rahmat Tuhan. Salam ulang tahun Siti Fatimah!

Haha. Sampai tidak reti saya mahu menjawabnya. Anyway, tidak semua sel ada DNA. Sel darah merah tidak mempunyai DNA kerana ia tidak mempunyai nukleus. Ujian DNA ang dilakukan ke atas sampel darah adalah mengambil sel darah putih. Apapun, terima kasih kepada cikgu saya yang seorang itu.

Emak saya telah menaip lebih kurang 3 muka SMS. Huh!

Setelah makan2 di mall, saya dan adek2 sambung makan di rumah pakcik saya. Semalam sangatlah banyak makan. Tiba2, hari ini, di opis, satu orang opismate saya tanya adakah saya mahu pergi makan2 untuk celebrate lagi. Huhu. Saya macam sangat penat mahu makan besar lagi. Tunggulah minggu depan. Saya perlu rehatkan tekak, esofagus dan perut juga. ;p

Soalan jodoh memang kerap ditanya di waktu2 begini. Menjadi orang yang tiada steady boyfriend, memanglah susah nak menjawab. Haha. Tapi, saya tidak berasa runsing sangat. Bagi saya, kalaupun Tuhan tak beri saya suami, tidak bermakna Tuhan tidak memberi saya apa2 rezeki yang lain. Tuhan Maha Adil, itu pasti.

Semoga sisa hidup saya ini akan terus berada dalam kesyukuran. Jika hidup kurang sifat syukur, ia akan membawa kepada hidup yang huru-hara.

Sekali lagi, terima kasih atas semuanya. Doakan yang baik2 untuk saya. Amin.

Sekian.

4 comments:

Ronie Muller said...

Owh dear! How come I missed your birthdate? Anyway..happy belated birthday darl..of course you already had a nice one, lucky you! May Allah bless you, your age and all your efforts. I really like your thought about jodoh..yes it is so true.
Cheers!

SITI said...

Terima kasih, kak. Miss you lots and lots!

Anonymous said...

Nana: "Bagi saya, kalaupun Tuhan tak beri saya suami, tidak bermakna Tuhan tidak memberi saya apa2 rezeki yang lain. Tuhan Maha Adil, itu pasti". --> ak sgt setuju!!!

KHBH said...

Selamat Hari Lahir.Moga lebih berjaya di dunia dan di akhirat...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...