Tuesday, July 27, 2010

Rumah Sewa

Entah mengapa sukar pula saya mahu mencari rumah/ bilik untuk disewa.

Saya baru pulang daripada melihat dua buah rumah untuk disewa di sekitar Bangi. Kedua-duanya pun tidak berkenan di hati saya. Bukanlah saya mahu yang mewah2, tapi cukuplah tenang dan dekat dengan masjid.

Selama ini saya tidak pernah mencari rumah untuk disewa. Itu sebab saya tidak bijak mencari. Walaupun tempat sekarang seperti rumah sewa, tapi hakikatnya ia tetap hostel UKM. Lengkap dengan perabot; katil, almari dan meja belajar. Ya, sebenarnya, itu sahaja yang saya perlukan. Katil dan almari.

Bulan lalu, sebuah rumah berhampiran dengan bangunan yang saya duduki sekarang ini diruntuhkan. Terkejut benar saya. Saya dapat tahu beberapa bulan lalu, bahawa rumah iu sarang penagih dadah. Memang ada dua tgia kejadian polis datang ke rumah itu, mahu tangkap penjenayah. Tetapi, tidaklah sampai perlu diruntuhkan. Rumah itu agak besar sebenarnya. Satu persatu bahagian rumah itu diruntuh. Pilu pula saya melihatnya. Tidakkah orang2 yang "menanggalkan" rumah itu berfikir bahawa, ada yang membina rumah itu dengan dua tangan mereka? Entahlah, saya memang agak beremosi, melihat kejadian itu dari jendela tingkat 9 di bilik saya.

Kepenatan mencari rumah hari ini menyebabkan saya terlalu rindu bilik felo saya. Rumah dengan sebuah bilik besar, katil besar dan almari besar. Huh! Mana saya boleh jumpa sebegitu di luar?

Semoga Allah permudahkan segala urusan saya dan kamu2 semua. Ameen.

p/s: hubungilah saya jika ada apa2 maklumat.

3 comments:

Nida Shaari said...

Dik, nak sewa rumah akak tak?? Tapi bukan area Bangi lah.. Dekat dengan The Mines.. kalo berminat email akak lah ye.. :)

SITI said...

Okies. Tq, kak.

Unknown said...

Salam.

Saya ada apartment dekat Kajang-Bangi nak bagi sewa; Sri Ixora Apartment, Taman Sepakat Indah II. Boleh masuk immediately. Rumah kosong je, tapi kalau nak saya furnish, pun tak jadi masalah. Kalau interested; email saya, Reen
home4lease.apartment@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...