Saturday, July 24, 2010

240710

Sangat sudah lama rupa2nya tidak menulis. Tapi, disebabkan ada orang sudah tulis di hujung sana, maka here is some updates. Haha. Perlulah dihargai setiap pembaca walaupun seorang.

Bukan tidak mahu menulis, tapi membuka blog pun tak sempat. Perlu buka dan reply email yang penting. Ya, memang banyak aktiviti telah dihadiri. Tapi, gambar semua perlu diedit. Ada juga yang belum dapat. Maka, owh, mana boleh tulis entri aktiviti tanpa ada gambar, kan? 

Bercakap tentang aktiviti, kawan2 di opis adalah sangat pelik mengapa saya sentiasa ada kenduri kendara setiap minggu. Memang poooon. Haha. Awal bulan lalu, hari jadi Pakitam. Kemudian, sepupu sebelah abah kawen. Last week, kawan masa undergrad kawen, naseb kat Bangi jer. Dan, esok kakak kat lab lama buat kenduri pindah rumah, which is i must go. 

Itupun saya tak sempat lagi menjengah dua orang sepupu saya yang telah menyambut kelahiran anak sulung mereka. Sempat wish congrats jer. Huh! How i miss masa2 tidak bekerja. Sekali lagi, congrats kepada kak Intan dan kak Juwita.

Some updates you can read at my sisters' blog. Apparently, mereka semua hadir dalam kesemua aktiviti yang saya hadiri bulan ini, termasuk telematch yang diadakan bersempena general meeting opis saya. Haha. Yes, i brought two imported players to tiup tepung, sebab saya adalah tidak suka main tiup tepung. Hehe. 

Sudah dua kali saya hadir general meeting. Saya sangat rindu meeting dengan Dr. Ramli. Walaupun dia cakap perlahan, tapi saya suka. Huhu. Bukanlah saya tidak suka bos sekarang cakap, tapi.... :p Saya tak keysah pun meeting sampai jam 1 pagi dulu2. Adalah sangat berfoya2 chatting dalam buku with othe JAKSA or felos. Dalam GM, sume pun taknak chatting dengan saya. Semua adalah gigih bermesyuarat. :p

Owh, berkenaan entri sebelum ini, LCY kata saya ada salah tulis. Dia pernah dengar perkataan "gigih" itu, tapi jarang2 menggunakannya. And, FYI, hari ni LCY menyabut hari graduasi. Congrats LCY on ur convocation day!

Ok, saya dah updates. Hehe. Terima kasihlah saudara/i  kerana sudi menjenguk ke blog saya yang semakin warna-warni ini. Saya kena keje rajin2, maka saya akan dapat beli smartphone. Maka, saya boleh updates blog bila-bila dan di mana2 sahaja, waima dalam traffic jam. Huhu.

Nanti saya tulis lagi. Adios!

1 comment:

najat said...

akhirnya!!!!
:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...