Sunday, June 27, 2010

Belajar Bahasa Melayu

Di tempat kerja ini, ada satu persekitaran yang belum pernah saya alami. Di sini, ada beberapa orang bukan Melayu yang mengaku tidak pandai bahasa Melayu. Pada awal perkenalan, saya fikir ia bukanlah satu masalah kerana saya bukanlah tidak pernah berkawan dengan bangsa bukan Melayu.

Tapi, situasi kali ini benar-benar lain. Dan, menjadi saya, ia benar2 satu perkara yang agak mencabar.

Saya bukanlah orang yang terlalu rigid menjaga bahasa. Saya selalu juga menggunakan bahasa rojak. Tapi, ada yang pernah mengatakan bahasa saya seperti bahasa buku teks. Tapi, sekurang2nya mereka faham apa yang saya katakan.

Kawan baru saya ini, kami panggil dia LCY. Dia sangat baik dan gigih bekerja. Namun, dia adalah jarang benar mendengar perkataan gigih, sehingga saya masuk bekerja di situ. Sejak itulah dia mendengar perkataan gigih itu, dan sekarang telah menjadi perkataan kegemarannya. 

Setelah hampir 5 bulan saya bekerja, telah banyak perkataan yang menjadi pertama kali dengar bagi LCY, lantas saya digelar guru bahasa kepadanya. Haha. Saya juga perlu bercakap perlahan, sepatah-sepatah. Kalu saya cakap laju2, saya kena ulang sekurang2nya 3 kali ayat saya. Gigih benar saya mahu ulang. Heh!

Saya mahu mula mengajar peribahasa dan simpulan bahasa kepada LCY. Pertama kali saya mahu ajar, saya tanya kepada dia mana2 simpulan bahasa yang dia tahu. Dia kata dia hanya tahu satu. "Ada ikan di sebalik batu". Mula2 dengar, saya fikir, apakah peribahasa ini? Mengapakah saya tidak pernah dengar? Selepas menyedari kesilapan LCY, saya dan rakan yang lain telah gelak guling2. Huhu.

Beberapa hari yang lalu, saya telah sebut "mencerap kromosom" di depan bos2 (ya, bos saya ramai). Tiba2, satu bos tanya, "Mencerap itu staining, ya Fatimah?". "Tidak, bos" jawab saya. Dan, saya tambah dengan beberapa ayat penerangan.

Saya juga sentiasa mempelajari sesuatu daripada mereka. LCY dan bos yang seorang itu adalah amat bijak dalam hal-hal lain. 

Sekian. Selamat bekerja dengan GIGIH.

1 comment:

KHBH said...

chiayok...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...