Tuesday, June 15, 2010

Mahu Menulis

Kamu semua perlu tahu yang saya benar2 mahu menulis. Saya sangat mahu menulis pada hujung minggu yang lalu. Tetapi, setelah mengadap laptop dan BukuMuka itu, tiba2 seorang rakan lama yang dirindui telah menyapa, lantas berboraklah kami di alam maya.

Saya benar2 mahu menulis tentang limpahan minyak di Teluk Mexico itu. Ya, sangat malapetaka. Tapi, saya semakin sedih kerana perkembangannya adalah sangat negatif.

Saya mahu menulis tentang kawan saya di opis. Kawan yang saya jarang2 jumpa sepertinya. Sebenarnya, tidak pernah saya jumpa rakan sepertinya, yang saya kira satu pengalaman baru buat saya. Tapi, sukar pula saya mahu menyusun kata2. Haha.

Juga, tentang bola sepak dan Cawan Dunia yang sedang berlansung sekarang. Tentang kekaguman saya terhadap penjaga gol. Tentang satu pendapat kelakar dan peliks, mengapa mahu direbut bola bulat yang satu it. Haha. Kelakar, kan pendapat itu?

Saya juga mahu menulis tentang kematian dan kehidupan. Tentang rakan2 yang saya kenal tidak terlalu rapat, sedang bersedih menghadapi kematian orang2 yang mereka sayangi. Ia akan membuatkan kita bersyukur dan lebih menghargai orang di sekeliling kita. Owh, dalam perjalanan pulang tadi, saya ternampak van jenazah yang kemudian bersama2 saya hampir 1 km. Berdebar juga rasanya. Tidaklah sama perasaannya bila nampak van jenazah dengan ambulans yang mengeluaran bunyi itu.

Tiba2, saya rasa saya mahu menulis pengalaman saya tentang bekerja sehingga jam 3 pagi. Gigih sungguh saya bekerja, bukan? Haha. Bukan saya seorang yang gigih. Ramai lagi yang lebih gigih dari saya.

Saya juga mahu mencoret sesuatu tentang kerinduan kawan saya yang seorang itu. Tentang rindu sebenarnya. Kerana pada hujung minggu yang lalu, sepertinya ramai orang merasa peraasan yang sama. Juga tentang tekanan yang di alami pada kehidupan sekarang yang menyebabkan kita merasa kehidupan lampau itu terlalu indah.

Namun, saya gagal. Saya hanya mampu menyenaraikan tajuk2 di atas sahaja dan ditulis untuk satu entri ini.

Mungkin kamu2 boleh bantu saya memilih salah satu tajuk, yang kamu ingin saya cerita kepada kamu di sini.

Ya, saya tahu saya perlu menamatkan penulisan sarjana yang satu itu. Saya perlu cari titik noktahnya. Tuhan, berilah aku kekuatan hingga ke noktah terakhir itu. Ameen.

Sekian.

8 comments:

Merah Silu said...

aku suka kalo cik tim menulis ttg Cawan Dunia..boleh???

SITI said...

haha. aku mahu nulis untuk kamu, tapi belum kesempatan. Hujung minggu ini, ya. Janji. Enjoy the games. :)

ultimatecass said...

Tim, aku sudah tukar status jadi admin okay?
n btw, tulisla about kerinduan tu so that aku tak rasa macam the only alien around.

tenkyewwww! xx

SITI said...

Ati,

ya, tq. aku sudah invite yg lain. segan pulak ttibe melantik diri sendiri. haha.

kerinduan itu? huhu. adalah tentang kawan2 yang sudah kawen, ttiba nak rindu aku. haha. not very good subjecy actually. :P

eMa si perindu said...

aku juga merindu!
pick me as the subject!!!

haha~

SITI said...

ema,

owh. tunggu nanti. banyak betul mahu nulis. heh.

zulkifli khair said...

Usah lemas dengan protokol, peraturan dan hukum-hakam bahasa dan penulisan. Tulis saja. Selamat menulis!

SITI said...

Terima kasih, cikgu!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...