Wednesday, May 12, 2010

Maulud Nabi 2010

Saya menulis supaya saya boleh mengingati kembali. Kerana, sudah ada episod dalam hidup yang telah saya lupa. Saya telah lupa ayat2 dalam drama "Dia itu hampir-hampir menjadi menantu saya". Sepupu saya yang menjadi pelakon wanita utama dalam drama itu juga telah lupa skripnya. Haha.

Ok, citer majlis maulud nabi 2010.

Majlis maulud tahun ini adalah majlis yang besar. Ini kerana ia ditambah dengan majlis doa selamat untuk mak usu sekeluarga yang akan berangkat menunaikan umrah. Juga majlis kenduri gaji pertama untuk saya, adek saya dan sepupu2 saya yang baru mula bekerja. Dan lagi, kenduri aqiqah anak sepupu saya yang dilahirkan bulan lalu.  Ya, empat hajat dalam satu kenduri.

Aturcara tidaklah begitu panjang. Dimulakan jam 9 dengan ketibaan 250 orang jemputan. Bacaan yassin, tahlil dan doa selamat. Bacaan berzanji, rawi 1 dan 3. Majlis berzanji terhenti sebentar dengan ketibaan ustaz penceramah. Kadi Ledang itu ada kekangan masa, lantas menyampaikan hajat untuk memberi ceramahnya terlebih dahulu. Tiada halangan bagi kami pihak tuan rumah juga para jemputan. Selesai ceramah, majlis bacaan rawi 4 juga marhaban dijalankan sebelum doa penutup.

Menu juga agak mewah. Beriyani kambing. Kambing itu adalah sembelihan aqiqah bayi yang diberi nama Muhammad Amir Hamzah. Lagi lauk: ayam masak merah, pencor, dalca, sambal udang, kuih bakar, kuih dangai, buah oren dan air oren.  Untuk bawa pulang, kuih bahulu besar dan telur asin. Enak semuanya. Alhamdulillah. 

Setelah kenyang dan penat, keuarga kami menyambung aktiviti keluarga pula. Selari dengan cadangan kadi Kluang pada Hari Keluarga 2010 di Pulau Sibu yang lalu, ceramah ringkas tentang pengurusan jenazah pula dijalankan oleh seorang pengetua sebuah sekolah agama. Terlupa pula saya siapakah nama ustaz dan sekolahnya. Tapi, ustaz ini pernah memberikan tazkirah ringkas pada majlis tadarus al quran bula ramadhan tahun lepas. Suka ustaz ini. Kursus ini dijalankan untuk menyegarkan semula ingatan tentang ilmu pengurusan jenazah ini. Kerana, mengikut ustaz, sebaik2nya ahli keluarga sendiri yang sepatutnya menguruskan jenazah keluarga masing2. Jadi, perlulah melengkapkan diri dengan ilmu pengurusan jenazah. Kali ini, buat yang ringkas itu, sementelah dapat mengumpulkan ahli keluarga. Pasti akan ada kursus komprehensif lanjutan dari kursus ringkas ini. :)

Dan menu petang ialah roti jala dengan lauk pauk beriyani tadi. Owh, mak saya keluarkan agar2 nescafe yang dibuatnya. :)

Malam, kami bersantai2, menonton video beberapa program yang lepas. Berkumpul dengan keluarga, tiada yang berduka. :)

Esok paginya, menu sarapn pagi ialah mee bandung special. Apa yang istimewa? Kami tidak menggunakan mee kuning tetapi digantikan dengan spaghetti. Huhu. Memang ada perut yang kureng sikit untuk menerima mee kuning. Mak uda saya masak pagi2. Sedap, penuh dengan rencah udang segar. Saya makan 2 mangkuk. Huhu. 

Saya pulang ke Kuala Lumpur selepas Zohor bersama adek saya. 

Terima kasih Allah atas rezeki dan nikmat ini. :)

p/s: gambar sedikit lewat ye. 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...