Wednesday, May 19, 2010

Kepiluan Hati

Saya ada banyak perkara yang ingin dicoretkan di blog ini. Sambungan cerita di Majlis Maulud. Tentang satu hari yang penuh ranjau. Tentang "accelerated". Tapi, saya telah memilih untuk menulis tentang kepiluan hati yang satu ini.

Ketika mahu mula menulis pun, hati saya sudah meronta2 mahu mengeluarkan air mata.

Saya benar2 tidak faham, mengapa dia orangnya. Sehingga kini saya masih berharap bahawa bukan dia orangnya yang telah memperlakukan hati saya sebegini pilu. Terlalu perit derita yang perlu saya tanggung ini. Saya kira ia lebih pedih dari berpisah dari cinta sesaat saya sezaman lalu. Apa yang telah saya lakukan sehingga dia telah berubah cara terhadap saya. Saya benar2 ragu.

Kerana, saya telah anggap dia sebagai satu orang yang rapat. 4 tahun bukan terlalu lama, tetapi tidaklah terlampau sekejap. Telah berapa masa diambil hanya untuk bergelak tawa. Adakah saya ini benar2 perlu dianggap sebegitu luar? Setelah segala2nya berlaku?

Jika tidak mahu menganggap saya sebagai keluarga, anggaplah saya sebagai taulan muda, yang perlu dibimbing, ditatih. Tidak perlu menghiris luka terlalu pilu di hati sebegini.

Saya amat menyanjungi kamu yang seorang itu. Tapi, selepas ini, apakah yang harus saya lakukan? Saya benar2 pilu. Adakah perlu saya melupakan segala2nya, dan hanya mengingati kisah pilu yang satu ini? Adakah riang 4 tahun itu telah hilang hanya kerana sekeping surat? Adakah sekeping kad dalam simpanan itu telah tidak membawa suka, malah menambah derita? Adakah?

Saya kini hanya telah amat berharap bahawa semua kisah semalam adalah mimpi yang panjang. Berharap bahawa bukan dia orangnya yang telah menyebabkan hati saya sebegini pilu. Bahawa bukan sebab-musabab itu yang telah dia canangkan untuk menjadikan saya sangat ragu.

Namun, apakan daya. Saya tahu semua itu benar. Bahawa dia telah semuanya. Maka, saya ini harus memujuk hati ini dengan sebenar2nya, supaya dapat melukis satu garis yang panjang tebal agar ia nampak terang jelas.

Saya tidak mampu untuk menulis lagi, lantaran terlalu banyak air mata untuk diseka. Terlalu.

Ya, saya terlalu pilu.

5 comments:

ultimatecass said...

It just doesn't end, does it? *hugs*

KHBH said...

Bersabar. Dugaan Allah pelbagai cara.Allah memilih anda untuk dugaan ini kerana anda mampu mengatasinya.

SITI said...

Ati,
ini bukan cerita cinta. ini kisah kasih sayang. huhu. *hugs*

KHBH,
Saya rasa ini balasan Tuhan terhadap saya atas segala kesalahan saya.

Merah Silu said...

Bykkn sabar tim...ayat yg kadang2 kita lupa...Allah bg hujan kerna akan ada pelangi...

SITI said...

Enchek Faizal;

pelangi adalah sangat jarang2 muncul. perlu ada matahari dan hujan yang cukup2 untuk terbitkan pelangi. juga, pelangi hadir terlalu sekejap. terlalu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...