Wednesday, April 28, 2010

PRK Hulu Selangor

Mahu tulis jugak walaupun dah lewat.

Entah untuk kali ke berapa prk kali ini. Dan, pastinya bukan yang terakhir. Selepas ini di Sibu pula.

PRK menuntut kerja keras dan duit yang banyak perlu dikeluarkan. Penyokong dari segenap pelosok negara akan datang berkampung untuk berkempen pengundi2 terutamanya pengundi2 atas pagar. Bukan sahaja di Hulu Selangor ini, kita dapat lihat perkara yang sama berlaku di prk yang lain2.

Dapat dilihat banyak cerita dikeluarkan di media utama negara. Kempen melalui media tidak pernah tidak dilakukan oleh parti pemerintah. Kadang-kala saya naik meluat, sebab mereka masukkan sekali unsur mengutuk pasukan lawan. Owh, tidak perlu semua itu. Tumpukan sahaja kekuatan kita. Belajar kelemahan lawan, tetapi jangan menyerang membabi buta.

Saya cuma berasa tersentuh dengan satu perkara. Pampasan kepada peneroka yang ditunggu2 selama 15 tahun itu, pada saya sangat memberi impak. Saya sempat menonton TV. Nampak dengan jelas, rata2 para hadirin yang hadir adalah golongan tua. Melihat wajah2 mereka. Mereka ini pernah berada pada zaman kebangkitan Tanah Melayu ini. Pada ketika UMNO dilihat membela Melayu. Yang hati mereka terguris kerana telah seperti dipemain2kan hak mereka. Tapi, tidak kelihatan anak2 muda. Saya rasa mereka tidak pernah menyayangi, mereka hanya rasa mereka telah ditindas sejak mereka kecil lagi.

Hari ini saya lihat lagi, gambar dalam akhbar atas talian. Cerita tentang majlis penyerahan duit pendahuluan pampasan terbabit. Juga rata2nya para warga tua. Tiba2, saya rasa tersentuh lagi. 

Katakan apa sahaja kepada parti yang menang. Tapi, saya rasa pengundi di hulu selangor memang menang. Sudah dapat hak mereka kembali. 15 tahun bukan tempoh yang singkat. Jika seorang bayi dilahirkan, dia sudah jadi anak muda. 

Saya mahu tulis lagi, bahawasanya prk adalah jelas memberi rezeki kepada rakyat di bahagian itu. Ya, calon hanya akan nampak semasa bertanding. Tapi, saya kira itu berlaku pada kebanyakkan tempat, pemerintah mahupun pembangkang.

Tiada yang sempurna. Tiada yang kekal. Melainkan Tuhan yang Esa.

Sekian. 

2 comments:

KHBH said...

rahmat disebalik pilihanraya...Jika kita ingat akan malaikat dikiri dan kanan kita,semua insan dibumi ini takut untuk membuat kesalah termasuklah YB!

SITI said...

KHBH,
Kita tidak akan belajar jika tidak membuat kesilapan.

Do i know you?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...