Wednesday, April 21, 2010

Peminum Arak

Pada bulan lepas, 3 hari berturut2 saya jumpa 4 tin arak di depan pintu aras tempat letak kereta apartment saya. Saya sangat musykil. Mengapakah perlu diletakkan di luar tong sampah?

Saya mulai risau juga. Kot2 lah saya terserempak dengan peminum arak ini. Risau juga berlaku apa2. Kemudian, saya telah berborak2 dengan pak guard. Dia kata dia tahu sapa yang minum. ""Oang yang bawak kete E***** plat 3** tu". Owh, saya pun pernah terserempak dengan orang itu. Mereka kata dia lelaki mat salleh yang kawen dgn perempuan melayu. 

Selepas beberapa lama, dah tak jumpa. Kemudian, saya telah pulang serentak dengan orang itu. Pak guard yang kebetulan sedang meronda di aras bawah terus ikut saya naik ke aras 3 dengan motosikalnya. Takutlah apa2 jadi. Saya pun seriau tengok kereta orang itu di belakang saya.

Di satu hari yang lain pula, saya lihat kereta itu sudah ada di tempatnya. Namun, ketika saya lalu di belakang kereta itu untuk ke pintu masuk, rupa2nya pemandu itu ada di dalam kereta sedang meneguk arak. Sungguh, saya terkejut. Cepat2 saya masuk dan tekan lif untuk naik ke atas. Lambat pulak lif sampai. Serius takut. Dah ready dah dengan pepper spray di tangan. Haish.

Semalam, ada macam air2 berbuih di kawasan sekitar lif. Saya memang musykil dan telah berprasangka buruk bahawa air itu ialah air arak. Huh.

Hari ini, sekali lag, pemandu itu masih dalam kereta, semasa saya melaluinya. Saya berjalan macam tak cukup kaki. Benar2 saya takut terserempak dengan orang mabuk. Dahlah area car park. Walaupun ada CCTV, tapi....

Sepertinya, dia minum setiap hari. 

Saya berdoa semoga Tuhan melindungi saya dari sebarang kecelakaan. Ameen.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...