Wednesday, April 14, 2010

Analisis Kromosom untuk Diri Sendiri

Kawan saya yang baru beberapa bulan berkahwin telah telefon saya sebentar tadi. Dia bertanya cara untuk membuat analisis kromosom untuk dia dan isteri.

"Saja jer nak check, kan."

"Owh, kau takut terberanak sebab sekarang hari2 buat, eh? Haha."

"Haha. Pandai kau."

Setakat yang saya tahu, tiada lagi makmal yang menawarkan perkhidmatan terus kepada orang perseorangan. Semua pelanggan/ pesakit perlu melalui doktor. Antara pesakit yang selalunya perlu menjalani analisis kromosom ialah pasangan yang belum mendapat anak setelah lama berkahwin dan pasangan yang mengalami keguguran berulang.

Perlu diingat, jika kita sihat walafiat, tidak semestinya kromosom kita elok2 belaka. Ada kebarangkalian berlaku translokasi di mana2 kromosom.

Saya masih ingat lagi, waktu saya menjalani latihan industri, saya perlu membuat analisis kromosom menggunakan darah sendiri. Di pagi hari mahu buat banding dan mencerap kromosom sendiri, kecut perut bukan main. Tuhan sahaja yang tahu bagaimana perasaan ketika itu. Kalu t(21:21) macam mana? Haish. Gusar betul. Cepat2 saya suruh enchek makmal kirakan kromosom saya ketika itu. Syukur pada Tuhan, cukup 46 semuanya pada setiap set. Huh.

Kerajaan sekarang telah menjalankan kempen penyaringan trait talasemia bagi mencegah perkahwinan antara pembawa untuk mencegah kelahiran pesakit talasemia yang akan menderita. Analisis kromosom ini lebih kurang begitulah. Tapi, tidaklah saya tahu pula peratusan pembawa kromosom tidak seimbang di negara kita ini.

Maka, silalah ke mana2 hospital dan beritahu pegawai perubatan di situ, kamu mahu membuat analisis kromosom. Jika ke hospital kerajaan, request untuk hantar ke LPPKN. Bayaran RM100 seorang. Jika buat suami isteri, maka bayaran RM200. Makmal genetik HKL rasanya tidak dapat melayan kes2 early screening begini. Mereka ada banyak sampel pediatrik. Banyak, terlalu banyak.

Jika ke hospital swasta, mereka juga akan hantar ke mana2 makmal sama ada luar atau dalam negara, pastinya dengan caj yang lebih tinggi. Jadi, buatlah keputusan berdasarkan tebal dompet anda.

Juga perlu dimaklumkan, tidaklah ada kepastian anak tidak akan cacat jika analisis kromosom suami isteri itu normal2 belaka. Ketidakseimbangan kromosom boleh berlaku secara spontan, iaitu tidak diwarisi daripada ibu bapa. 

Kaunseling genetik akan diberikan kepada mereka yang memperoleh keputusan abnormal. 

Sekian. 

7 comments:

HW said...

Dulu time preggy kite buat talasemia punya test. Berdebar gak la kan? Tapi alhamdulillah semua ok :)

-wahida-

SITI said...

sepatutnya test itu buat sebelum kawen tu. Huhu. Tapi, syukurlah, semuanya ok.

:)

Merah Silu said...

ermmm...aku ingt nk wat gak la...test kromosom tuh...kalo bujang xpe ker...ha3...

SITI said...

Boleh jer. Yang penting, ongkosnya.

Sahalfikri said...

seronoknya ct hari2 dapat tengok kebesaran Tuhan melalui satu proses yang takleh nampak dek mata kasar.

Anonymous said...

Thanks Tim for the info.. :)

- haha aku la yg baru kawin tu..

SITI said...

abang Suhail: ya, seronok. Tapi, semua orang pun berpeluang juga. Ilmu dari Tuhan terlalu luas. Terlalu.

Anon: sama2. Haha. Kau, eh? Haha.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...