Monday, April 12, 2010

Belajar Sendiri dan Menjadi Kaya

*mode mahu menulis blog sebelum menulis thesis kembali*

Saya berborak2 dengan adek2 saya, dan kami telah bercerita tentang kes dadah melibatkan pelakon itu. Adek saya sedih kerana jika sabit salah, pasti gantung. Tapi, jika mengikut cerita ibu pelakon, anaknya itu sepertinya tidaklah menjual dadah.

Tiba2 kami telah menganalisis cerita yang telah diberitakan oleh polis. Polis kata pelakon itu telah belajar sendiri daripada internet, diam2 sejak 6 bulan lalu. Adek saya kata, mungkin ada orang lain terlibat.

Tapi, saya kira, 6 bulan, jika belajar sorang2 memang baru nak "cuba try test". Saya bagi contoh diri sendiri. Belajar buat culture AF itu pun sorang2. Tak penah orang ajar juga tak penah tengok sama sekali. Memang saya sampai bukak YouTube untuk tengok kalau2 ada orang upload video nak culture AF. Gamba sel kultur AF. Mula2 dapat sel, tak tahu betul atau tidak.

Belajar sendiri memang agak perlahan berbanding jika orang ajar kita. Jika ada guru yang ajar, dia akan terus beritahu the dos' and donts' kepada kita, yang biasanya tidak terdapat dalam kebanyakkan buku.

6 bulan memang belum boleh kaya. Baru nak survey market dan baru berjaya mendapat beberapa gram untuk percubaan beberapa kali.

Kami hanya menganalisis cerita polis itu. Tidaklah kami menyebelahi mana2 pihak atau menyalahkan mana2 pihak. Kami cuma berharap semua orang akan menjadi baik, dan tiada niat merosakkan anak bangsa dengan dadah.

Jika mahu kaya, banyak lagi perkara yang boleh dipelajari dari internet. Boleh belajar buat kek. Boleh belajar buat puding. Boleh belajar kultur AF. Dalam Malaysia, belum sampai 10 orang pun yang tahu teknik analisis kromosom AF. Dan, satu kes analisis AF ini boleh dicaj sehingga RMseriboo. Modal bukak makmal AF juga lebih kurang seperti bukak makmal dadah. Ya, lebih kurang.

Sekian.

4 comments:

Merah Silu said...

aku pun xsokong mane2 pihak...tp idea bukak makmal AF tu menarik gak..ermmm...

SITI said...

ya, menarek. Sungguh, aku tak tipu.

KHBH said...

Lumrah manusia cik siti. mudah lupa.alpa.leka dan NAK CEPAT KAYA...tp tak nak guna cara yg betul...

SITI said...

KHBH,

gigih betul cerita dia buat dadah. Cuba gigih belajar buat mende lain. Boleh kaya juga.

Nway, welkam here.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...