Sunday, February 07, 2010

Angpow CNY 2010

Saya sudah tulis, saya suka sampul duit raya. Sekarang musim sale Chinese New Year. Tahun ini tahun Harimau.

Saya sudah pergi beberapa shopping complex. Juga sudah dapat beberapa keping sampul angpow CNY. Sudah dapat sampul McD yang chantek. Sampul Metrojaya yang ada gamba perempuan. Pelik btol, mahu letak gamba perempuan besar2 di sampul angpow itu. Siapakah dia? Haha. Dan, semalam dapat dari Carefour, yang biasa2 sahaja.

Tapi, geramnyer tgk adv angpow MidValley. Eeeee. MidValley ada beri angpow fabricated yang chanteks, tapi kene spend like RM400. Owh! Geram tau. Semalam, saya pegi sorang ke MidValley, dan tiada kekuatan nak usha orang nak pinjam resit. Haha. Saya anggap saya tiada rezeki sahaja tahun ini.

Di The Garden's, angpow kaler hijau, spend RM160. Jika beli lebih dari RM500, dapat bowl.

Di Suria KLCC, dapat chinese tea cup, spend RM500. Sampulnya sangat merah, have to spend only RM100.

Di Pavilion, kene belanja RM200. Ema hanya shopping RM120. Tak dapatlah kami angpow di malam hari itu.

Kepada rakan2, yang mungkin akan seshopping, silalah dengan riangnya redeem apa2 yang boleh di redeem. Saya boleh ketemu rakan2 dengan riangnya untuk collect. :)

Oh, btw, saya rasa decoration di MidValley yang saya paling suka. Di Pavillion, di luar itu memang sangat chanteks, malah ramai orang ambil gambar termasuk saya dan Ema. Tapi, kat dalam macam biasa2 sahaja.

Mahu tulis juga sesuatu. Kat MidValley semalam, ada satu antara gerai2 kecil yang telah memikat hati saya. Dia jual sikat dari pokok peach, dan beberapa pokok lagi tak ingat dah. Untuk kesihatan rambut dan kulit kepala. Juga boleh engrave di sikat itu, for free! Suka tau. Tapi, paling murah pun, RM 30 untuk sikat. Huh. Duit saya bulan ini, takde lebih pulak. Haha.

Saya belum rajin nak upload gamba. Nanti, k.

Sekian.

2 comments:

eMa said...

hahah~!
sian kau..

nnt aku cr di JB pula ya..kot2 ade yang menarik tatkala aku shopping...

:)

SITI said...

Haha. Tape2, tahun depannyer sale aku dah keje, aku akan kumpul duit mulai sekaran. Huhu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...