Wednesday, January 13, 2010

Ingatan

Shafiq adalah pelajar tahun 2 di UKM, Bangi. Saya pernah berborak dengan Shafiq pada satu malam. Walaupun selepas itu, saya tidak lagi berborak dengan dia, tapi, akan ada beberapa perkara yang saya akan ingat kepada dia.

Gemencheh. Shafiq berasal dari pekan di Negeri Sembilan ini. Tapi, Shafiq beritahu saya dia tinggal di Gemenchester. "Ada satu nama lagi, kak. Gemenchelsea". Ya, saya sangat ingat nama "pekan-pekan" ini. Sejak beberapa waktu ini, umum rakyat Malaysia dikhabarkan satu berita ngeri dari Gemencheh. Setiap kali membaca akhbar/ mendengar berita menyebut Gemencheh, saya akan ingat pada Shafiq.

Kriket. Shafiq pemain kriket kebangsaan. Saya difahamkan, Shafiq telah bermain kriket sejak berumur 10 tahun, sehingga sekarang. Banyak sudah gelaran yang dirangkul Shafiq sejak dia mula bermain. Dia juga masuk ke UKM dengan kuota pemain kriket. Dia masuk ke KAB juga kerana dia pemain kriket. Jadi, bila lihat/ dengar tentang kriket, saya akan ingat pada Shafiq. Saya kurang kenal rakan2 Shafiq yang lain, yang juga bermain kriket. Tidak berkesempatan berborak bersama mereka, saya kira.

Itu ingatan saya terhadap Shafiq. Saya musykil apa pula ingatan orang lain terhadap saya.

Kromosom. Saya akan gembira jika rakan2 ingat pada saya jika mendengar/membaca tentang kromosom. Bukanlah saya pandai sangat tentang kromosom ini. Tapi, saya akan gembira bila bercerita tentangnya. Saya seperti boleh bercerita tentang kromosom dimana2, dengan sesiapa sahaja. Saya telah bercerita tentang kromosom dengan Abidah dalam keretapi di tengah malam dalam perjalanan kami ke Butterworth awal bulan lalu. Haha. Saya jga akan gembira untuk melukiskan kromosom untuk kamu.

Ingatan perlu yang baik2 sahaja. Janganlah ingat perkara2 yang tidak baik.

Sekian.

p/s: doakan saya menulis dengan lancar seperti lancarnya saya menulis entri blog ini. Tersekat2 sahaja penulisan saya di Microsoft Word itu.

7 comments:

amiza said...

tim,kalau aku baca anything about kromosom or genetik, aku akan ingat ko..by the way, kampung ayah aku pon dekat Gemencheh and tiba2 pekan Gemencheh jadi famous because of the murder story..so scary kan

SITI said...

amiza;
yeay, suka kau akan ingat aku.
ya, scary cerita di Gemencheh itu.

eMa said...

tm..aku dlm kesedehan..

T_____________________T

SITI said...

eMa;
sila bertenang. Sila ambil ruang sendiri.

Januskiez;
tq.

ultimatecass said...

rasa rasa kalau baca apa eh teringatkan aku?

SITI said...

Atie;
Wichita.
:)

ultimatecass said...

heheh Wichita. Okay!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...