Wednesday, September 02, 2009

Budak Thai

Saya penah cerita saya ada housemet, budak mengaji PhD, dari Thailand.

Hari ini, dia sudah pulang ke Thai.

Beberapa hari sebelum dia pulang, saya borak2 dengan dia. Waktu itu, saya ke bazar bersama2 dia. Dan, seterusnya berbuka puasa bersama dia. Ketika makan, dia pun cakap.

"I think Islam is nice. Muslims are more concentrate."

Tersenyum juga saya bila dia kata begitu. Maklumlah, saya adalah antara manusia terawal yang memperkenalkan Islam kepada dia. Dia kata, mula2 dia nampak Islam ni macam susah. Kene solat, tutup aurat. Tapi, selama 4 bulan dia di sini, dia nampak semua itu ada kebaikkannya. Dia ada labmate yg muslim, indonesians. Saya assume, budak indon ini adalah budak baik, sbb budak thai ini cakap, labmate dia ni puasa isnin khamis setiap minggu without fail. Budak Thai ini cakap, dia suka buat keje dengan this indon lady, daripada seorang lagi labmate nonmuslim, sbb this indon lady is more focus. Islam telah menjadikan dia seorang yg boleh concentrate, kata budak Thai ini.

Semasa saya terangkan ttg Islam, di samping menjawab beberapa kemusykilan dia, ada kekangan bahasa. Rupa2nya, di Thailand, budak2 belajar english masa secondary school saja. Itupun hanya budak2 science stream. Itu sbb english mereka tak berapa bagus. Jadi, saya memang mengalami masalah bahasa. Dahlah vocab saya kurang, esp dalam hal2 agama ini.

Jadi, saya pun cakap, jika berminat dengan Islam, bolehlah pergi ke Islamic Centre bila pulang nanti. Lebih mudah jika belajar dalam bahasa ibunda. Tapi, susah jugak, sbb dia tinggal di utara Thai, Khong Kean. Tak ramai muslim di sana.

Masa masuk bulan Ramadan, dia semakin kagum. Malam 1 Ramadan, dia terkejut sbb kene tinggal sorang2 kat umah. Dahlah saya dan rakan lain buat 20 rakaat terawikh, balik jam 11. Tertidur2 dia tunggu kami pulang. Esoknya, dia pula yg beria2 suruh saya ke masjid, bila nampak ramai pompuan2, yang bertelekung saja mula menuju ke masjid. Masa tu baru jam 8.10. Saya cakap, 8.30 baru mula. Hehe. Dia tanya, kenapa kene pegi masjid waktu fasting month. Saya jawab, waktu fasting month, the hell is closed, the heaven is open wider.Jadi, kene buat baik banyak2. hehe. Tetiba dia tanya soalan macam budak kecik; "Where is it?". Alamak, susah nak jawab ni. Saya hanya garu2 kepala yang tidak gatal. Haha.

"Are you interested to learn more about Islam?" "Yes, sure."

Lega hati saya mendengar jawapan itu. Saya benar2 tidak sangka kerja dakwah ini datang kepada saya. Barulah saya nampak betapa berbezanya makhluk yang mencari Tuhan, dengan manusia yang telah diberi nikmat Islam sejak lahir. Kita sangat perlu bersyukur kerana diberi hidayah oleh Tuhan.

Semoga pintu hatinya semakin dekat untuk mengesakan Tuhan. Ameen.

6 comments:

Sahalfikri said...

ala.. lupa la nak pesan suruh bawa budak thai tu ke masjid juga. pakaikan dia tudung, suruh duduk di belakang pun takpe.. tgk saja.kalau dia nak ikut pun bole esp isyak.

ramai org msia salah faham, orang kafir tak bole masuk masjid.. yang sahihnya takleh masuk masjidil haram.

bahkan pengalaman membawa meeka masuk masjid membuatkan hati mereka lebih mudah tertarik kepada Islam, agama asal ruhnya.

SITI said...

abang suhail: siti pun penah tefikir nak ajak. Sb, kalu siti tunjuk gambar2 kat tv, dia sangat berminat.

tapi, ak sempat pulak. huhu. lagipun, vocab ak banyak untuk terangkan dengan lebih lanjut.

cuma, siti dapat jelaskan kebaikan solat jemaah. "when pray together, ion positive and negative in ur body will be neutralized, so ur body will get healthy."

Hehe.

Ronie Muller said...

Alhamdulillah..at least dia tahu tentang Islam..selebihnya hanya Allah yang menentukan.

SITI said...

kak Ronie: exactly.

KiMi said...

suhail yang diatas tu rajin dakwah kat bukan islam, tapi bagaimana pula yang sedia dlm Ic islam tapi tak berapa nk islam?bila nk dakwah?(soklan politik kpd suhail)

Siti: kadang, kita tak de niat pon nk berdakwah, tapi Allah jadikan setiap tindakan kita tu dakwah sebagai penyebab utk hidayah terbuka kpd seseorang tu.

tu lebih bagus kerana keikhlasan tu tu tinggi.

kan?

SITI said...

abg kimi;

kan abang suhail dah jawab ttg persoalan itu dlm blog dia.

Betul, hak Allah untuk memberi hidayah kepada sesiapa yang Dia mahu.

ikhlas itu rahsia Allah.

:)

Abang Kimi rajin2lah update blog.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...