Tuesday, April 21, 2009

Tangan Kiri

Maaflah kerana tidak menulis dalam beberapa waktu ini. Saya boleh tahu ada yang melawat ke sini hampir setiap hari, terutama rakan saya di selatan tanah air itu, yang kedatangannya menggunakan bendera negara jiran itu. Ahaha. Terima kasih kerana sudi datang ke sini.

Hari ini saya baca beberapa blog, banyak betul yang bercerita tentang sikap positif. Kak Yanti, dan kak Hani. Paling menarik kisah jurugambar terkenal, Saiful Nang.

Ya, kalu tidak mahu menjadi positif pun, janganlah menjadi negatif. Jadik neutral pun boleh, kan? Haha.

Saya juga seperti (telah) melakukan sesuatu yang saya kira agak baik hari ini. Saya telah melakukan kerja makmal agak ekstrem dengan menjalankan 10 sampel setiap hari sejak minggu lepas. Biasanya, saya hanya melakukan 2 - 4 sampel sahaja setiap hari. Akibatnya, tangan kanan saya rasa penat, lenguh, sehingga menimbulkan rasa kurang selesa termasuk ketika solat. Kelenguhan ini berlaku akibat menggunakan pipet untuk satu tempoh yang lama.

Gambar di atas dari sini. Ya, memegang pipet adalah seperti di atas. Jarang sekali ia akan memberi kelenguhan pada tangan. Tapi, saya memegangnya 4 jam tanpa henti. Owh, lenguhnya.

Setelah berfikir2, maka saya pun mencuba menggunakan tangan kiri hari ini. Walaupun pada mulanya sukar dan lambat, tapi saya berjaya menghabiskan kerja makmal untuk hari ini. Cuba bayangkan anda menulis setiap masa dengan tangan kanan, tiba2 menggunakan tangan kiri pula. Ya, begitulah perasaannya. Cuma, tulisan akan nampak buruk, kan? Bagi kerja makmal saya, takdelah nampak buruk. Cuma lambat sketlah berbanding menggunakan tangan kanan yang telah begitu cekap sekali.

Ya, saya rasa, esok pun saya akan menggunakan tangan kiri saya untuk memegang pipet itu. Tangan kanan saya masih lenguh2.

Sedang menonton Ugly Betty si positive-minded ini.

Sekian.

6 comments:

eMa in the LaLaLand said...

Maaflah kerana tidak menulis dalam beberapa waktu ini. Saya boleh tahu ada yang melawat ke sini hampir setiap hari, terutama rakan saya di selatan tanah air itu, yang kedatangannya menggunakan bendera negara jiran itu. Ahaha. Terima kasih kerana sudi datang ke sini.


~~aku tau itu aku..ye..ahari2 aku singgah tapi tade pon upfatenye...kiciwa sggh..

Owh..BTW menukar ke tangan kiri sangat ssh..aku tak mampu membuatnye..aku hanye mampu tukar channel TV je dengan tanagn kiri..yang lain agak payah..

Aku ade kawan, Mat Yie name die..tangan kanan beliau cacat kerana tersangkut di mesin tebu pada semester akhir beliau...disebabkan tidak mahir menggunakan tangan kiri..sheingga kini beliau maseh tidak mengulang paper statistik yang beliau gagal kerana tidak mencukupi mase menjawab dengan tangan kiri..rindu pula die..

SITI said...

Ema, kamu kenapa di lalaland? Gembira nampak. Kamu sudah menjangkit Nadia ker?

:P

Kesiannyer kawan kamu itu. Tp, aku yakin, dengan usaha yang gigih dan fokus yang tinggi, dia pasti berjaya!

eMa in the LaLaLand said...

Di LaLaLand sebab rase ingin gembira...tapi belum jumpe...tidak..tidak terjangkit oleh die..

eh..mlm ni ktrg nak g Jakel..nak cr baju raye..

hebat tak?

;p

SITI said...

ema,

sudahlah kamu, belum jumpa konon. Heh!

Hebat2, belum Rejab, sudah mahu beli baju raya. Beli yang warna warni, ye. Huhu.

eMa in the LaLaLand said...

TiMmY..

aku resah dan gelisah dengan perutusan kau wikend hari itu..
hasil dari pengiraan kau itu membuat aku runsing...

seorang rakan, Jason telah menfwd kan ini kepada ku..

http://www.youtube.com/watch?v=Nw0s4C0g5SM

so, i believed beutifully imperfect is my choise..
what do u think?

:(

gadis rungsing

SITI said...

Ema;

ngeks lau kau. Hahaha.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...