Saturday, March 28, 2009

Bahasa Melayu, PPSMI, lingua franca

Saya menulis tentang topik ini hari ini. Esok, selepas kita semua tutup lampu, saya tulis pula tentang bumi ini.

Saya belum pernah menulis tentang isu bahasa ini. Tapi, ada orang komen berkaitan isu ini, walaupun saya tulis tentang K*J. Jadi, hari ini saya rasa saya perlu menulis. Ada beberapa perkara telah berlegar2 dalam kepala saya ini. Maaflah jika entri ini akan menjadi terlalu panjang. Dan, percayalah, walaupun K*J itu telah menampaikan ucapannya dan menentang PPSMI, ia tidaklah menjadikan K*J itu seorang yang baik dan hebat. Oklah, saya memang membenci kemenangan dia.

Isu bahasa ini menjadi hangat sejak PPSMI dijalankan 6 tahun lalu. Saya masih ingat ketika itu, isu ini tidak berani untuk dibahaskan kerana Tun Mahathir masih menjadi PM. Hanya Pakngah saya menentang PPSMI ini di mana sahaja dia berucap tentang isu bahasa. Tapi, Tun M ketika itu dilihat mempunyai alasan yang kukuh untuk meneruskan dasar ini.

Selepas 6 tahun. Selepas BN kalah teruk dalam pilihanraya. Semenjak PR semakin berani bersuara mengenai isu apa pun. Maka, isu ini tidak terlepas untuk dipolitikkan. Maka, terlihatlah seperti A. Samad Said telah diperalatkan. Terlihatlah seperti Sasterawan negara ini telah menjadi pembangkang.

Saya? Saya melihat kita perlu fokus dengan apa yang kita mahu selepas dasar PPSMI ini dijalankan. Apa yang kita mahu sebenarnya? Kita mahu 70% rakyat Malaysia fasih berbahasa inggeris dengan baik pada umur 12 tahun, iaitu selepas tamat sekolah rendah? Atau, kita mahu bidang sains dan teknologi kita memecut maju dan laju sehingga kita mampu mendapat anugerah nobel selepas 15 tahun dasar ini dijalankan? begitu? Apa sebenarnya yang kita mahu sebagai hasilnya?

Semua yang menentang dan menyokong ada pendapat masing2. Saya, secara peribadi tidak gemarkan dasar ini. Tetap, saya tidaklah terlalu ekstrem untuk menentang. Kerana saya faham pendapat Tun M berkenaan dasar ini. Tetapi, saya sebagai pelajar sains yang belajar dalam bahasa melayu, menulis latihan ilmiah (thesis) dalam bahasa melayu, saya tidak fikir kita akan gagal jika belajar sains dalam bahasa melayu pun.

Saya lihat, bahasa melayu akan gagal berkembang dalam bidang sains dan matematik jika dasar ini dijalankan. Artikel sains dalam bahasa melayu akan menjadi artikel yang kurang baik. Ia akan mempunyai terlalu banyak istilah inggeris yang gagal diterjemah. Maka, bahasa melayu akan dilihat sebagai bahasa kurang bagus. Adakah kita ingin lihat ia berlaku kepada bahasa kita?

Kita mahu menterjemahkah ayat;

The substance has been oxidized.

Bahan itu telah dioksidakan.

Jika kita gagal menterjemah dengan baik, ia mungkin hanya boleh ditulis sebagai;

Bahan itu telah oxidized.

Satu perkara yang menarik tentang bahasa ini ialah, bahasa yang paling banyak digunakan di dunia ini ialah bahasa cina. Tetapi, lingua franca di kebanyakan tempat sekarang adalah bahasa inggeris. Dan, bahasa ilmu untuk bidang sains dan teknologi adalah bahasa inggeris. Baca di sini. Dan kita semua tahu, bahasa adalah satu cabang ilmu. Bahasa inggeris bagaikan setitis ilmu dari satu lautan luas. Ditambah dengan bahasa cina, menjadi 2 titis dari lautan luas itu. Ia adalah illmu yang baik, yang bermanfaat. Dan, sesungguhnya menuntut ilmu itu wajb ke atas setiap manusia. Kita juga tahu, bahasa melayu pernah menjadi lingua franca semasa kesultanan melayu Melaka. Bahasa kita pernah masyhur. Tetapi, kita perlu menerima, bahawa segala2nya di dunia ini tidak kekal.

Jadi, sekarang, yang bercakap bahasa melayu adalah orang melayu sahaja. Ada sedikit2 orang bukan melayu yang boleh bercakap bahasa melayu. Oleh itu, jika kita sendiri tidak mahu bercakap dalam bahasa melayu, siapakah yang yang akan menggunakannya? Jika semakin ramai orang yang mahu panggil "mama" dan "papa", siapa pula yang memangil mak dan abah? Orang asli? Begitu? Saya tahu ada juga yang berpendapat, peduli apa, panggil mama, amma, mak, ibu atau ummi, tiada satu pun yang akan menjamin masuk syurga. Matlamat hidup adalah untuk masuk syurga selepas mati. Oklah, tidak perlu pedulilah.

Dalam isu ini, kita tidak dapat terlepas daripada mengatakan Jepun dan Perancis adalah contoh negara yang tidak memerlukan bahasa inggeris untuk maju. Mereka maju dalam pelbagai bidang termasuk sains dan teknologi. Di sinilah kita dapat melihat sifat Tuhan itu Maha Adil. Dia beri Indonesia satu pemimpin yang boleh mewujudkan bangsa Indonesia. Bahasa indonesia. Nama Indonesia. Orang cina di Indonesia tidak bercakap bahasa cina. Mereka juga guna nama Indonesia. Tiada nama cina. Tetapi, mereka punya pemimpin negara yang merasuah lebih awal. Mereka gagal memilih pemimpin yang bijak dalam ekonomi. Maka, kita dapat melihat ramai orang indonesia ke sini. Walhal, negara kita ini leibh kecil daripada negara mereka. Tetapi, bahagaimana boleh kita seperti lebih kaya daripada negara mereka yang tidak kurang indahnya.

Tuhan memberi negara Jepun ekonomi dan bahasa yang hebat. Tetapi, ramai rakyat Jepun tidak mempunyai agama. Maka, saya fikir kita perlu berdakwah ke sana. Bagaimana , abang Suhail? Boleh, kan? :)

Kita perlu memandang ke hadapan untuk maju. Tetapi, kita perlu juga sentiasa memandang ke bawah supaya kita sentiasa bersyukur.

Kita tidak boleh menafikan sumbangan orang yang bernama Mahathir kepada pembangunan negara kita. Kita waib bersyukur atas apa yang telah dikurnikan kepada negara kita. Sesungguhnya, negara kita ini sangat kecil. Jika kamu semua terlupa betapa kecilnya negara Malaysia ini berbanding negara2 yang lain yang menjadi kuasa besar dunia, lihatlah kembali peta dunia. Negara kita sangat kecil, tetapi kita punya suara di dunia. Suara kecil kita telah diberi perhatian dalam beberapa perkara. Namun, kita tidak boleh sekali2 melihat Tun M itu sebagai manusia sempurna. Namun, kita perlu menghormati dia, sekurang2nya sebagai orang tua. Bukankah menghormati orang tua itu dituntut dalam agama. Jika kita tidak mahu menghormati orang tua semasa kita muda, jangan marahkan sessiapa jika kita tidak dihormati semasa kita tua nanti.

Saya fikir, sekarang, kita perlu fokus. Dan, jangan sekali2 menjalankan satu2 dasar dengan terburu2.

Saya lihat, ada yang tidak kena dengan sistem pembelajaran di sekolah. Saya rasa, kita perlu mewajibkan semua subjek di sekolah rendah itu subjek wajib untuk UPSR. Ya, semua, termasuk pendidikan jasmani dan muzik. Kita semua tahu bahawa semua kanak2 tidak sama. Ada yang boleh cemerlang dalam bahasa. Berilah bahasa apa pun untuk dipelajari, dia akan dapat menguasainya dengan baik. Tapi, ada juga yang cemerlang dengan nombor. Ada juga yang boleh cemerlang dalam semua perkara. Ada juga yang boleh cemerlang, jika setiap petang dia bersukan. Jika dia tidak bersuka, otaknya beku keesokkan harinya, maka dia tidak boleh cemerlang dalam apa pun.

Saya sedikit bijak dalam nombor. Namun, semasa sekolah rendah, saya masih ingat lagi, saya punya seorang guru muzik yang baik. Saya gembira berada dalam kelas muzik, bermain rekorder. Saya boleh membaca not asas. FACE. Dan, saya juga masih ingat not untuk bermain lagu Jingle bell dan Happy Birthday dengan rekorder. Sungguh!. Tapi, saya tidak bagus dalam sukan. Saya hanya bermain catur semasa sekolah rendah. Haha. Saya tidak bermain sukan walaupun sukan rakyat. Saya cuma pandai bermain teng2. Saya tak pandai main getah kerana saya gemuk dan tak pandai melompat. Saya tak pandai bermain cop tiang kerana saya saya tidak suka berebut. Dan, saya juga tidak bijak bermain congkak. Haha. Tapi, saya memang bijak dalam matematik. Dalam seratus ujian matematik, hanya sekali saya tidak mendapat A. Tapi, bukanlah saya terlalu bijak. Di sekolah menengah pun, saya cuma masuk set 2, tidaklah dapat masuk Set 1. Huhu. Dan, saya rasa rugi ila tidak dapat belajar muzik. Perkara pertama yang ibu kata semasa ingin masuk STF ialah "Jangan masuk pancaragam". Saya ikut kata ibu. Saya tahu mendengar muzik yang lagha akan menghitamkam hati. Dan, saya tidak berani sedikit pun untuk menyertai gamelan. Huh.

Saya lihat sistem pembelajaran di sekolah sangat mementingkan A secara tidak seimbang. Bila masyarakat memandang A itu sebagai bijak dan hebat, maka guru2 juga mengejar A. Pelajar disuruh mendapat A. Ada satu kisah dahulu kala, saya dengar para pelajar sekolah cina disuruh menghafal beberapa karangan bahasa melayu yang terbaik, maka akan boleh ditulis semasa peperiksaan. Ya, hafal. Maka, apabila mereka berbuat begitu, dan mendapat A, adakah mereka bijak dan hebat dalam bahasa melayu? Adakah?

Secara peribadi, dapat saya simpulkan, bahawa saya tidaklah bersetuju dengan dasar PPSMI ini. Saya sayangkan bahasa saya. Saya akui bahawa kita perlu mengikut arus zaman, bahawa bahasa inggeris adalah lingua franca kini, maka kita semua perlu menguasainya dengan baik. Dan, saya amat menyokong jika sistem di sekolah kita sekarang dikaji semula. Secara peribadi, saya sangat menyokong jika semua rakyat malaysia diwajibkan mempelajari bahasa melayu, cina, tamil, jawi dan inggeris supaya dapat menonjolkan lagi ciri2 bangsa Malaysia itu. Ini adalah bahasa kita, orang2 di Malaysia.

Sekian. Terima kasih kerana membaca tulisan ini. Maaflah jika caca-marba. Jika tidak habis membaca, bacalah perlahan2. Saya juga tidak suka membaca entri2 yang panjang. Huhu.

7 comments:

Sahalfikri said...

wah namaku terpapar.. mmg dah terfikir. hehe.

China pun apa kurangnya. Kita selalu dengar produk depa murah n tak kualiti.

Belum tgk yg berkualiti. Mereka sgt taksub dgn produk sendiri, bahasa sendiri, negara sendiri.

Sesiapa pun ke sini akan disapa/ditegur dlm bahasa Cina. Seolah-olah kita ini sudah faham bahasa mereka.

Sangatlah susah untuk orang awam ke sini tanpa pengetahuan bahasa Cina atau jurukemudi.

Di sini, walaupun krisis ekonomi dunia melanda, ekonomi mereka masih kukuh. Mereka sedang giat membangun projek2 mega.

Disiplin kerja sangat hebat. Sistem pengajian berlainan dan dikagumi guru-guru besar selangor yg baru saja ditemui di masjid minggu lepas.

Sayangnya mereka kebanyakannya sudah tiada agama (mcm Jepun) dan kurang beradab (tak sama mcm Jepun)..

Marilah ke sini!!! Hehe

SITI said...

Abang Suhail,
Hehe. Siti ada dengar dalam radio, ada ustaz tu mcm kagum dengan sikap org epun, yang dilihat banyak yang disuruh dalam Islam, terutamanya rajin dan jujur.

Ya, doakanlah Siti dapat kumpul duit dan pergi ke sana sebelum abang pulang ke Malaysia. Hehe.

Hurm, maaflah kepada abang sebab belum komen kat blog abang setelah abang ke sana. Bukan Siti tak baca, tapi, seperti tak reti dah nak komen. Hehe. Memang seronok dapat jalan2 di bumi Tuhan ini, kan?

Sahalfikri said...

Ada sorang ustaz tu pula menyatakan orang Jepun sudah Islam secara zahirnya melainkan moral dan rohani.

Pasal nak mari sini, hah byk masa lg nk kumpul duit tu.. sempat punya insyaAllah.

Berjalan. Berfikir. Merancang.

SITI said...

Baiklah, abang Suhail. Saya akan berusaha mengumpul duit. Yeay! Huhu. Duit nak ke sana mungkin sekejap jer boleh kumpul. Tapi, duit nak sshoppingssss tu. Haha....

Lalalala.....

Sahalfikri said...

Hahaha.. tau pun! Ni pemandu pelancong ni pun kena upah...hahahaha.

SITI said...

Ahaha...
Kalu boleh kumpul banyak duit, bolehlah bagi upah tinggi sket. Hehe.

Anonymous said...

The substance has been oxidized.

Bahan itu telah teroksida.

betul tak tim?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...