Friday, December 05, 2008

Florist


Dalam dunia yang fana ini banyak kerja yang boleh dilakukan. Ada yang halal, ada yang haram. Ada yang mengerah kudrat di tengah panas, ada yang mengerah kepala otak di bilil aircond. Ada yang dapat gaji kecik, ada yang dapat gaji 6 angka. Ada yang perlu mengaji sampai PhD, ada yang hanya perlu pandai 3M. Ada juga kerja sambilan, dan ada juga yang suka2 hati jer kene pecat, macam PM Thailand, Thaksin, Samak dan yang terbaru Somchai Wongsawat. Krisis perdana menteri Thailand ini sudah sampai tahap d.a.h.s.y.a.t, kan? Hurm...

Dalam banyak2 orang yang penah saya kawan, saya rasa, pekerjaan florist antara pekerjaan yang comel dalam dunia ini. Huhu. Menggubah bunga. Gubahan bunga akan menjadikan satu ruang itu ada seri. Ada banyak jenis bunga di dunia, dan ada banyak stail menggubah bunga, terpulang kepada citarasa florist itu.

Bunga boleh diberikan pada pelbagai waktu. Semasa konvo yang lalu, adek2 saya banyak betul dapat jambangan bunga. Semasa (arwah) nenek saya saket dulu, bunga2 penuh satu bilik kami terima termasuk daripada Datuk K. Hehe. Doktor yang merawat arwah nenek yang excited bila tgk kad kat bunga tu. Bila berchenta pun, ada kekasih memberi bunga untuk menggembirakan orang yang dikasihi. Dan, bila kawen, pengantin pompuan akan memegang sejambak bunga kecil yang indah dan comel.

Semasa persiapan perkahwinan kakak sepupu saya yang lalu, ada banyak bunga2 digunakan. Pak Abu yang dilantik sebagai perancang perkahwinan, memang terkenal dengan kesukaannnya menggunakan fresh flowers. Maka, majlis kawen itu penuh dengan bunga2an. Dan, kakak sepupu saya telah memilih warna putih sebagai tema. Ros putih, orkid putih di sana sini. :)

Saya sentiasa tersenyum melihat gubah2an bunga yang saya (sekeluarga) pernah terima. Pastinya, ia hasil gubahan oleh penggubah bunga yang kreatif dan punya jiwa pada gubahan mereka. Terima kasih, enchek/puan/cik florist sekalian!

:D Apakah pekerjaan lain yang comel selain florist? Dan, apakah bunga kesukaan anda? Erm, entri ini didedikasikan khas buat abang florist yang tiup bunga gubahannya. Haha. Dia cakap, supaya bunga itu nampak kembang dan chanteks. Ada bunga yang betul2 dia bukak (kelopak bunga dengan tangan), kerana akan nampak "mewah". Eh? Entah. Haha. Lalala...

14 comments:

Anonymous said...

yup betol....
ade jugak yg kerjanya mencerap air liur basi d suatu tempat ibadat....

atau mungkin d tmpt menjamu solero...
mungkinkah? perhaps....heh

SITI said...

Pati: apakah nama pekerjaan itu?

Anonymous said...

itu nama nye keje MENGULOR..!!

Marliza Radzi said...

buka kedai buku comel juga.

SITI said...

Anon: Owh, ok.

kak Yanti: ya, comel juga. :)

Anonymous said...

Tapi..munge tak tahan lame la...
canteknye kejap aje...

huhuhuh

SITI said...

erma: haah, itu sbb ada bende yang namanya potpourri dan bunga plastik dan bunga sabun dan lain2 selain fresh flowers. Hehe.

Anonymous said...

tapi, aku rasa keje pembantu makmal paling best dalam dunia. Boleh chatting, main internet sesuka hati, main psp, main2 jelir lidah. Mengumpat dan mengutuk adalah amalan klinikal harian. Kui3x...

Unknown said...

Florist memang seronok. Sebabnya boleh kongsi kisah cinta dengan si pembeli bunga.

SITI said...

dot dot dot: apakah?

enchek Anuar: hehe. Abang selalu beli bunga ker?

Unknown said...

Erk!Soalan perangkap, kan!

SITI said...

enchek Anuar: haha. Tak salah pun selalu beli bunga. ;)

Nida Shaari said...

Kerja balut hadiah kat pasaraya pun comel.

eerrr.. kerja tu comel dan kalau pekerjanya pun comel, itu bonus!!

Ahaks..

SITI said...

madulebah: tapi, kalu florist, yang tak comel pun boleh jadi comel. Betul ker? Haha.

Ya, org chomel, keje apa pun chomel. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...