Thursday, December 04, 2008

Cerai

Di dada2 akhbar, banyak tulis pasal cerai artis dan orang2 kenamaan. Mereka glamour, itu sebab wartawan tulis tentang mereka. Banyak2 orang yang glamour, banyak lagi orang tak glamour. Maka, banyak lagilah orang yang bercerai-berai; iaitu orang2 yang tidak glamour.

Bagi orang yang dah kawen, maka ada kebarangkalian bercerai. Orang belum kawen, macam mana nak bercerai, kan? Aku rasa itulah sebabnya angelina jolie dan brad pitt tidak kawen. Maka, tidak perlu cerai. Buat apa lagi nak kawen, kalu sumenyer dah boleh buat. Cuma bercerai je tak boleh.

Kenapa aku tulis perkara ini? Sebab, aku baru dengar dalam radio, setiap hari, kira2 10 pasangan Islam akan bercerai di negeri Selangor. Orang tu siap kirakan lagi, maka dalam setahun; 365 hari x 10=3650 pasangan. Banyaknyer. Orang ni, dia tengah jual ubat memperkasakan lelaki. Dia cakap, ia adalah antara punca keretakan rumah tangga. Maka, setiap masalah perlu dicarikan penyelesaian. Dan ada lagi yang berkata2, mengapa dalam Islam suruh suami asing tempat tidur jika isteri durhaka? Kerana, jika suami itu perkasa, maka, pengasingan tempat tidur akan memberi impak kepada psikologi isteri. Err, radio aper? Erm..... 91.5 fm di Lembah Kelang. Tak tipu, eh.

Dan, kemudian aku terjumpa artikel ini. Sperm donor fathers 46 children. Kemudian, ada lagi artikel yang pelik. Dalai Lama kata; berasmara hanya bawa masalah.

Aku belum kawen, jadi tak boleh nak komen lebih2 tentang perkahwinan. Maka, kat sini, aku cuma nak kongsi perkara yang aku dengar dan aku baca.

SEKIAN.


5 comments:

Anonymous said...

Orang zaman sekarang kawin main-main..bercinta bukan main..lupa dunia & akhirat..x serius..x paham apa makna kahwin..x tau apa tujuan kawin..setakat g kursus kahwin x cukup!..kena belajar, baca buku,
So kesimpulannya ilmu kahwin pun kena belajar..bukan nafsu semata2..dah kawin nafsu dah bukan jadi no 1..

just my 2 cent!
Anyway, nice blog!

by..married guy

SITI said...

lelaki: Ya, pembelajaran sepanjang hayat. :)

Terima kasih. Erm, encik dari ujanailmu? Tidak sudi memberi buku kepada saya? Huhu. I'm "craving" buku azizihjabdullah. Owh! Please...

Anonymous said...

yyup... belum kawin x bley komen lbh2.. dah kawen br tau...

Anonymous said...

Saya bukan dari ujanailmu...tetapi kenal agak baik juga dengan pemiliknya dan hanya pembeli buku dari sana..yer..buku azizihjabdullah memang menarik..saya hanya memiliki seorang tua di kaki gunung (yang dah lama) dan kuras-kuras kreatif..yang lain masih belum berkesempatan..

nanti balik ke Malaysia, insyaallah saya akan memiliki buku2 beliau yang lain..

SITI said...

pati: suda kawen nanti tulis entri lain.

lelaki: owh, maka awaklah yang dari Canada itu. Saya baca Ayahanda by azizihjabdullah, menangis sampai bengkak2 mata. Huhu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...