Thursday, November 13, 2008

Kepada orang yang suka membuat Onar

Kepada orang yang suka membuat onar di sini,

Saya menulis kerana saya ingin memberitahu.

Terima kasih kerana membaca penulisan saya. Terima kasih juga kerana sudi memberi komen. Tetapi, awak menulis perkara yang saya tidak suka baca. Yang saya tidak suka lihat. Maka, komen2 awak pada jam hampir satu pagi tadi sudah saya delete. Ya, saya delete, kerana saya tidak suka. Blog ini bukanlah glamour seperti chedet.com di mana ada beratus2 komen, maka komen picisan awak itu tiada orang akan baca. Tidak sampai lima puluh orang sehari pun yang datang membaca di sini. Maka, orang akan nampak komen2 awak yang tidak enak itu.

Saya juga delete kerana saya tidak lagi menghormati awak sebagai commentator. Awak sendiri gagal menghormati diri awak sendiri. Semua orang tahu, apa yang dicakapkan, dituliskan atau dilakukan oleh seseorang itu lahir dari hatinya. Jika bersih hati seseorang itu, maka segala percakapan, penulisan dan tingkah lakunya amat baik sekali. Lihat sahaja senior saya, kak Yanti yang sangat baik penulisannya, sehingga ramai orang jatuh hati padanya hanya kerana penulisannya.

Jadi, wahai orang yang suka membuat onar, mengapakah kamu suka membuat onar, menulis perkataan2 yang tidak baik itu? Tidakkah ia akan menggambarkan hati awak?

Saya juga musykil, sangat2 musykil mengapa kamu ke sini pada jam 1 pagi sedangkan kamu sudah beristeri.

Maka, saya ingin memberitahu, apa2 yang kamu komen di sini selepas ini, saya tidak akan teragak2 untuk delete. Saya tidak mahu buat comments moderation, kerana bagi saya ia agak menyusahkan. Erma sebagai commentator tegar juga tidak gemarkan perkara itu. Maka, walaupun lewat, tapi saya akan delete. Saya bukan ingin menakut2kan kamu. Tidak sekali2 ingin mengugut kamu. Bukannya saya mendapat apa2 faedah pun. Saya cuma tidak suka membaca komen2 kamu yang bahasanya tidak indah sama sekali.

Kamu ingin tahu apa yang saya rasa? Saya tidak merasa marah. Tapi, saya hanya merasa musykil kepada orang2 seperti kamu. Saya tidak faham, apakah kepuasan yang diperolehi dengan membuat onar begini? Adakah kamu mendapat bayaran? Adakah ia akan menjadikan kamu semakin kaya? Adakah ia akan menjadikan kamu semakin pandai dan bijak bestari? Adakah ia akan menjadikan kamu mendapat Ijazah Kedoktoran? Adakah ia akan menjadikan kamu boleh beristeri dua atau lebih? Adakah ia akan menjadikan kamu semakin hensem? Adakah ia akan menjadikan kamu dinaikkan pangkat atau dinaikkan gaji? Atau, adakah dengan berbuat onar di sini, kamu akan mendapat jaminan masuk syurga? Adakah?

Sebagai penutup, saya ingin memberi sedikit nasihat kepada kamu untuk menulis blog sendiri. Kemudian, letaklah adv nuffnang, maka kamu akan dapat duit. Saya juga akan letak, cuma saya rasa belum tiba masanya. Entah kenapa saya kurang gemar.

Itu sahaja yang ingin saya beritahu, wahai orang yang suka membuat onar. Saya menulis di sini kerana saya tidak dapat berjumpa dan bercakap sendiri dengan kamu sementelah kesibukan di kampus dan perlu pulang ke rumah lagi minggu ini. Sekian.

8 comments:

Anonymous said...

hehehe..."wahai orang yg suka membuat onar"..hehehe..janganlah kamu membuat onar lagi. Eloklah bagi kamu membuat kerja-kerja lain yang elok dan berfaedah bagi diri kamu dan keluarga kamu...hehehehe...siapakah yang suka membuat onar itu? apakah?

SITI said...

oryza: kenapa kau gelaks? kelakarkah? heh! Erm, mari2 berseminar. Lalala....

Marliza Radzi said...

saya suka sekali part adakah adakah tu! hehe.

ya, orang begini perlu blog sendirilah.

saya juga sebenarnya tak gemar mahu letak Nuffnang tapi terasa rugi pula jika tiada. ngeee.

oh, terima kasih atas pujian :) *tersipu-sipu malu*

KiMi said...

apa ni? sapa org itu?apa dia komen?
sapa kak yanti tu?onar tu apa?soalanx8???

SITI said...

kak Yanti: Saya pun suka part itu. Hehe.

Sama-sama. Pujian itu memang sesuai untuk kamu. :)

abang Kimi: Ini adalah pemberitahuan kepada satu orang yang kita kenal, tapi, dia telah menulis komen2 dengan bahasa yang kita tidak suka. Kita sungguh musykil kenapa dia bertindak sedemikian.

Kak Yanti itu ialah kak Marliza Yanti @ Am. Kat sekolah dulu panggil kak Yanti.

Anonymous said...

siapa yang memula kan onar ini..??

adakah saya..kamu..atau dia..??

Marliza Radzi said...

tim jawab betul2 pulak. kimi tu saja je tu. tentulah dia tahu nama penuh kita, kami pernah kerja bersama. hehe.

SITI said...

Anon:...

kak Yanti: Hoho. Dia tanya macam dia terlupa nama akak. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...