Wednesday, November 12, 2008

Mag Mart

Pada hari Ahad yang lalu, di hari terakhir saya dan keluarga berada di Johor Bahru, ada satu perasmian kedai. Sepupu saya ingin berjinak2 dalam dunia perniagaan, lalu membuka kedai majalah di satu lot di pasaraya EconSave, Senai. Kedai diberi nama Mag Mart.

Kami pergi dengan riang. Mengambil gambar tanpa mempedulikan orang yang lalu-lalang. Lot kedai ini sangatlah dekat dengan cashier EconSave itu. :)

Ibu telah memberi sedikit duit, untuk dihabiskan dengan membeli majalah di situ, sebagai tanda sokongan padu kami kepada sepupu kami itu. Maka, saya dan adek2 pun memilih majalah2 yang berkenan di hati.

Tertarik dengan majalah ini; tentang kamera digital, maka membeli.


Pastinya membeli magazine di atas kerana McDreamy! :)


Ada lebihan duit, maka saya memilih majalah di atas. Saya selalunya tidak membeli majalah yang terdapat di perpustakaan, kecuali ada artikel yang sangat menarik untuk saya simpan.

Majalah2 yang lain, iatu majalah2 perempuan seperti Cleo, InTrend dll., adek2 saya yang membeli. Tapi, kami akan kongsi2 membaca. Semoga perniagaan sepupu kami ini akan maju dan bertambah maju. Ameen.

Sekian.

p/s: maaflah, gambar di atas kurang menarik, masalah pencahayaan. Dan lagi, tiada gambar kedai itu, sementelah adek saya yang sangat malas nak send gambar yang berada dalam simpanan dia. Adek saya kata, dia akan upload gamba sepupu kami yang kawen itu selepas majlis resepsi di kampung, pada 15hb ini. Tunggulah sekejap. :)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...