Thursday, September 11, 2008

.blogging.

Bukan mudah untuk maintain menulis blog rupa-rupanya. Kita hanya orang kebanyakan, bukannya ada setiausaha yang boleh menaipkan penulisan dan idea yang kita coretkan. Atau membuang segala spam, atau kata2 nista yang ditulis oleh orang2 yang tiada budi bahasa di blog kita. Maka, blogging menjadi perkara yang bukan mudah.

Semakin hari saya rasa semakin sedih dengan rakan2 saya yang tidak mengemaskinikan blog mereka. Namun, saya perlu lebih positif, kan? Buat apa difikirkan yang tiada. Bacalah yang ada. Tidak cukupkah dengan yang ada? Bukan, hanya merindui pemikiran mereka. Lain orang, lain gayanya, lain ideanya.

Saya harap rakan2 saya ini dapatlah menulis kembali. Memang alasan utama ialah sibuk. Lain2 alasan yang dinyatakan termasuklah tiada idea dan malas. Wahai rakan2, saya merayu, tulislah sepatah dua kata, sebagai pengubat hati yang luka.

Semalam, blog saya ini telah dikunjungi oleh tuan punya blog yang selama ini saya hanya membaca, tanpa pengetahuannya. Saya rasa gembira dengan kehadiran itu. Dia memang penulis yang baik dan kreatif. Daripada apa yang saya baca, dia digambarkan sebagai seorang yang baik, dan mampu buat rakan2 mengeluarkan air mata ketawa. Welkam here, abg kimi. :)


Kehadiran itu telah memberi semangat kepada saya, sementelah kesedihan saya melihat rakan2 yang telah mengelak untuk menulis lagi. Kedatangan itu juga telah menjadikan saya untuk lebih berhati2 dalam menulis. Tidak bolehlah saya tulis merapu2 lagi. Sebabnya, sudah ramai peguam2 yang handal dan bijaksana membaca setitisrasa ini. Owh!

Mungkin saya perlu lebih banyak menulis tentang kromosom saya, maka tuan2 peguam ini akan lebih berinformasi tentang ilmu perwarisan ini. Satu hari nanti, saya akan menulis tentang Hukum Mendel, maka mereka2 ini akan mulai kenal Gregor Johann Mendel pula. :)

Sekian.

6 comments:

Anonymous said...

oWh TiMmY...

Jadi commentator pun da susah..apetah lagi jadi blogger..

Jangan khuatir..kalu aku sempat aku pasti akan meninggalkan sepatah dua kata di sini..
Jika aku sunyi sepi sendiri itu maksudnye aku..err..bz..

huhu..
Hepi Ramadhan Tim...

SITI said...

ermalina: kecik2 dulu, kalu aku kunun2 sgt busy, mak aku akan cakap, "sibuknyer mengalahkan perdana menteri" Heh. Kau boleh saje nak menyempat, meninggalkan sepatah dua kata di sini.

Hepi Ramadhan to you too.

Afzan said...

tim, baru prasan, ko ade link blog en zul cikgu kite kat stf dulu eh? die dulu ajar ape ek?. fizik ek? waa.. die pon ade blog..die still mengajar lg ke ape?

SITI said...

afzan: aku baru saje menjumpainya dan baru saje meletakkannyer. Aku sgtlah gumbira. Lalala.

Anonymous said...

wow!!
inilaa salah satu blog yg tersangat laa bosan..ayat yang berterabur daaannnn...POYO!!!hahaha..kesian.
stop writing timmy dummy...its not intresting at all!
ur frens just pretend to be nice 2 u
and guess what?...well i dont! im really honest to u!
STOP WRITING!

SITI said...

anon: Saya juga ingin sangat jujur pada awak. Berhentilah membaca blog saya. Saya menulis hanya kerana saya ingin, walau tiada siapa mahu membaca.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...