Wednesday, September 10, 2008

10092008

Penat saya menunggu untuk kelas ganti petang ini, rupa2nya batal. Huh. Tidak sempat sudah jika ingin ke makmal. Esok ada kelas juga. Jumaatlah baru saya boleh ke makmal.

Saya tidak dapat memuat naik gamba2 atas sebab2 tertentu. Maka, kamu2 yang nak tgk gamba bayi2 rakan2 saya itu, bolehlah lihat di friendster mereka. Yus, Fatin, Irmazian. Saya upload satu gamba je lah. Gamba Amiza, si preggies. Hehe.

Famili saya akan mengadakan Majlis Khatam al-Quran pada hujung minggu ini. Saya sudah tamat membaca juzuk yang diberi, juzuk 14 bersama sepupu saya di ukm, hujung minggu lepas. Masalah saya sekarang ialah, saya ditugaskan untuk memberi tazkirah pada majlis itu. Walaupun ia tazkirah pendek, tapi saya agak buntu. Audiennyer adalah pelbagai lapisan umur, dari umur 70 tahun sampailah yang paling muda umur 1 tahun. Tahun ini tahun keempat, maka tahun2 lepas, yang basic2 sumenyer sudah dicakapkan. Saya tak bolehlah cakap ttg kebaikan puasa dari segi kesihatan. Sume orang pun dah tahu. Owh, people, help me. Owh.

Bulan september sudah masuk hari ke-10. Ramai kawan2 saya yang menyambut hari lahir pada bulan ini, terutama rakan2 di matriks dulu. Tapi, ramai yang dah tukar no phone, maka saya tak dapat nak wish ramai orang. Hari ni, 10 hb, sepatutnya ada 10 orang yang genap berumur 25 tahun. Huhu. Dan, semalam ialah hari lahir kawan baik saya. Erm, salah kot. Kawan yang PERNAH menjadi kawan baik saya. Terlalu baik. Terlalu. Selamat Hari Lahir. :)

Something keep bothering me. Saya tahu ia bersifat sementara. Tapi, saya rasa sungguh gundah gulana. *sigh*

Tiba2, saya sedar
sangat sedar
bahawa
saya yang sepatutnya pergi
jauh dari sini.
Maafkan saya,
kerana
menyuruh awak pergi.
Saya akan pergi
jauh
supaya nanti
awak tidak akan boleh muncul
walau sesaat pun
di depan saya.
Maka,
selepas saya pergi,
tiada satu alasan pun untuk awak muncul.
Walaupun ia atas nama kebetulan.
Kerana,
kebetulan yang lalu,
adalah amat memeritkan.

Saya akan pergi, selepas teduhnya hujan.
Saya akan pergi, selepas redupnya mentari.
Tetapi, saya tidak akan menunggu hadirnya pelangi.
Saya pasti akan pergi.
Pasti.


2 comments:

Sahalfikri said...

[terkelu lidah membaca sajak..]

mm..

SITI said...

haha. abg selalu nak kagum dgn sajak2 kiter.

segan kiter. sbb kawan2 kiter yg lain takde pun begitu. ihiks.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...