Akhirnya, saya sampai di makmal. Hoho. Sudah sebulan saya tidak ke sini. Berada di tengah2 kotaraya yang sesak ini. Owh, sgt sesak. Sogo sedang sale. Owh! SOGO sale!
Saya mohon maaf kerana tidak dapat menulis sejak 27 Ogos yang lalu. Sebelum menyambut merdeka itu, saya telah berjumpa dengan rakan2 saya, di rumah kawan saya, Yus. Yus baru sahaja melahirkan anak lelaki. Ada juga Fatin dan anaknya, Qaseh Qaisara. Dan, Irmazian sampai dengan anaknya, Amanina Syifa'. Amiza pula sedang mengandung 7 bbulan. Dengar kata, Azhani yang jauh di New York itu juga sedang mengandung 5 bulan. Huhu. Dia sengaja tidak mahu memberitahu kami. Mengapa saja kamu, Azhani? Bukankah mengandung itu satu perkara gumbira? Baby Yus tidur saje. Baby Fatin baby yang baik. Baby Irmazian sedikit suka menangis. Doktor cakap dia baby colic. Kesian jugak Irmazian. Namun, percayalah semua yang berlaku ada hikmahnya. :) Owh, Afzan juga selamat melahirkan anak. Tahniah! Maka, tinggal saya dan Rajihah sahaja yang belum. Anne, we miss you!
Saya menyambut kemerdekaan di bilik sahaja. Petang sebelum masuk bulan Ramadhan, sesuatu telah menyentap emosi saya. Saya sangat beremosi petang itu. SANGAT! Owh, pergilah berlalu memori pahit. Jangan datang walau sesaat pun. Saya cukup penat. Terlalu. Sudahlah, tidak mahu saya cerita lebih panjang lagi tentangnya. Dan, saya tahu saya terlewat. Tapi, Salam MERDEKA saya ucapkan. Better late than never. Huhu.
Kemudian, saya berpeluang berterawih di malam pertama Ramadhan. Entah kenapa Ramadhan kali ini cukup sayu bagi saya. Selesai solat, ada pelajar datang memberitahu satu perkara yang menakutkan. Satu orang jahat yang selalu (dapat) masuk ke asrama perempuan sudah mula merompak. Ia adalah perkembangan yang tidak baik. Gusar hati saya. Dan lagi, setelah 5 hari berpuasa, saya telah mimpi beberapa perkara. Risau juga hati ini. Semuga Tuhan memberkati sisa2 hidup ini. Owh, tidak terlalu lewat saya kira untuk mengucapkan Happy Ramadhan untuk semua. :)
Isnin, saya dan adek2 saya yang bertiga itu telah berbuka puasa buffet di Mines Hotel & Spa. Owh, sangat kenyang. Owh, sedap sungguh. Saya suka blueberry cheesecake di situ. Yummy. Owh.
Takziah kepada keluarga Pak Samad. Saya membaca2 beberapa karya beliau, malah sangat mencintai antologi cerpen "Ingin Jadi Pujangga" yang berada dalam simpanan saya. Kamu akan dirindui, Pak Samad.
Saya telah dapat mendatangkan diri ke makmal hari ini, walau lewat. Saya gumbira. Tapi, saya dilanda badai dalam perjalanan pulang. Dimulai dengan tayar kereta yang tiada angin, pancit, saya memberanikan diri memandu pulang dalam keadaan yang hujan dan penuh sesak. Sampai di stesen minyak, saya mengepam tayar. Melihat tayar sudah penuh angin dengan chanteksnya, saya memecut laju kereta dengan yakin. Tapi........
kereta di hadapan membrek mengejut. Brek kereta saya tidak berfungsi dengan baik, dan saya perasan ada asap2 terhasil dari tayar. Owh, sangat mendebarkan. Nasiblah kereta saya sempat berhenti, tidaklah melanggar kereta di hadapan. Apa sahaja dah berlaku pada tayar itu, terus sahaja saya memberhentikan kereta. Dahlah kat fast lane. Haha. Tapi, takde apa2 pun yang berlaku kat tayar itu. Tak kempis pun. Heh. Orang lalu lalang tengok jers. Saya call adek, tak dapat. Melihat keadaan tayar yang takde pape tu, saya teruskan pemanduan saya. Cuma tak boleh laju je lah. Dan, akhirnya saya selamat sampai. Owh.
To Neila, Happy Birthday!
(maaflah, entri ini agak caca-marba. gamba2 akan diupload sementelah rajin. Haha)
5 comments:
ooh ape crite perjumpaan kaum2 ibu, baby2 and kwn2 kat rumah yus ite? aku x dpt join disebabkan telah melahirkan Affan ketika itu.. huhu.
afzan: owh sgt ok. Ibu Yus memasak dengan riang dan sedapnya. Kami makan dengan gumbira. Tahniah pada kau. Nanti hari raya lah aku dtg umah kau, k. Hehe.
timah! muahahah! yup i'm preggie la tim. pergh aku kasi tau semua org yg aku chat dgn (amiza n anne je pon :)) but apparently aku x sure nak chat dgn kau kat mana, as in ym, gmail etc. so mana satu kau pakai? anyway seronoknye babies gathering!
letak la gambar2222 okay!
i miss all of u too.... =(
luv, anne
azhani: bleh YM dengan aku. timdina@yahoo.com
luz: huhu. bila kau pulang raya?
Post a Comment