Tuesday, July 22, 2008

SAYA YANG TIDAK MENGUNCI PINTU BILIK ITU

Saya tahu saya semakin kehilangan dia.
Dia yang baik.
Dia yang riang.
Dia yang mampu buat ramai orang senyum sendiri.
Dia yang mampu buat orang riang sepertinya.
Tapi, saya tahu saya yang bersalah.
Saya yang tidak mengunci pintu bilik itu.

Saya tahu saya semakin kehilangan dia.
Hari2 saya yang semakin berlalu,
semakin tiada kehadiran dia walau sesaat.
Saya pernah ada kehidupan yang ada dia.
Seawal pagi dinihari.
Selewat malam yang sunyi yang sepi.
Tapi, saya tahu saya yang bersalah.
Saya yang tidak mengunci pintu bilik itu.

Saya tahu saya semakin kehilangan dia.
Batas-batas itu telah dilangkaui.
Oleh dia. Oleh saya.
Telah berbuat satu perkara nakkal.
Oleh dia. Oleh saya.
Tapi, saya tahu saya yang bersalah.
Saya yang tidak mengunci pintu bilik itu.

Saya tahu saya semakin kehilangan dia.
Dan kesedihan amatlah dirasai.
Amatlah meruntun hati.
Pedih, pilu dan perit sekali.
Tapi, saya tahu saya yang bersalah.
Saya yang tidak mengunci pintu bilik itu.

Saya tahu saya semakin kehilangan dia.
Tapi, sesungguhnya, saya belum kehilangan dia, secara total.
Maka, saya mohon pada Tuhan Yang Esa.
Semuga diampunkan dosa saya.
Agar sisa2 persahabatan yang masih ada itu,akan kekal.
Biarlah sekelumit cuma yang tinggal,
setidak2nya masih ada.
Kerana, dalam hal yang telah berlaku ini,
Saya tahu saya yang bersalah.
Saya yang tidak mengunci pintu bilik itu.

SEKIAN.
22072008
OPIS.KAB.UKM

p/s: Saya perlu menulis kerana ia berlegar2 di dalam benak fikiran saya sekarang. Senantiasa...

11 comments:

Anonymous said...

wow...
cam lagu awie lak...
SOALAN PADA ALAM...
:p

cik blogger...
kehilangan siapa ye?...
insya Allah...
segala yang terbaik dari-Nya...
:)

SITI said...

sensortu caps: kehilangan orang yang baik itu. Kehilangan orang jahat pun aku rasa sedih, apatah lagi kehilangan orang yang jahat itu. :)

ultimatecass said...

wahai si tim. sudah lama tidak kemari maka dengan itu sangat rindu dan ketinggalan zaman. tapi tak apa, akan kembali lagi. ta ta.

SITI said...

Atie: Sudahlah kau. Sudah pulang, bukannyer mahu berjumpa rakan2 yang merindu, terus puller ke Bali. Heh! :P

SITI said...

Owh yer, sgt tidak fokus.
Pembetulan:

"sensortu caps: kehilangan orang yang baik itu. Kehilangan orang jahat pun aku rasa sedih, apatah lagi kehilangan orang yang BAIK."

Terlalu sedih mungkin...

ultimatecass said...

jangan begitu tim. hahahaha now kerja sudah, jumpa dinner boleh la.

Sahalfikri said...

Kalaupun pintu bilik itu kau kunci.
Dia kan tetap pergi.
Andai itu kehendak dia.

Kalaupun pintu bilik itu kau kunci.
Dia belum tentu di situ.
Walau jasadnya tampak di mata.

Kalaupun pintu bilik itu kau kunci..

p/s: hehe..nyebok

SITI said...

Atie: Sudah kerja? Wah, sudah makin banyak wang. Hehe. Bagus2.

Abg Suhail: Ahaha. Rajinnyer abg menjawab. Nway, thanks. :)

Anonymous said...

owh..tim...
sangat sesuai dengan jiwa aku skang...

pnjm buleh?

Anonymous said...

teem rindu ko..bila nak dtg lab semula..jgn la merajuk...kite suka ape yg ko tls tu...x sangka...ermmmm

SITI said...

ema: pinjamlah. Tapi, sesungguhnya hakcipta terpelihara. Jgn kau jual sudahlah.

reen: aku baru perasan komen kau ini. sowi. aku bukan merajuk, aku hanya ada keje di kolej ini. dan aku selsema.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...