Monday, July 21, 2008

21072008

Sebenarnyer, aku nak tulis entri ttg perkara lain. Tapi, tak bleh upload gamba2 riang memakan aiskrim itu. Entah kenapa ada error di sana-sini. Dari semalam aku cuba, tapi gagal. Maka, perlulah aku menulis corat-coret beberapa perkara lain (dalam bahasa Tun Mahathir; snippets). Sebelum nanti, ada orang yang akan marah kat aku sbb aku tak update blog, perlulah aku update dulu. Huhu.

1. Semalam, Ema SMS nak datang, sbb kawan dia mcm nak kenal2 kami2 kat kolej ni. Maaflah Ema, aku sebenarnyer mmg tgh ada tetamu lain di bilik. Dan, mmg sedang membaca pun, sbb dah dapat tajuk untuk assignment. Lain kali, kita berjumpalah, k. Lagipun aku tahu sume2 di kolej pun mmg sedang busy2. Aktiviti2 di kolej dan kampus untuk para pelajar sudah bermula dengan rancaknya. Maka, kawan2 kau yang jadi felos ini perlulah bersama2 para pelajar. Huhu.

2. Tentang assignment, aku dapat tajuk sarcoma. Ini untuk kelas biologi sel kanser. Maka, tajuknyer sume pun ttg jenis2 kanser. Prof yang mengajar ni mmglah sgt bagus. Dia selalu dapat pingat untuk kajiannya ttg kanser dan ubat kanser; the famous Prof Azimahtol Hawariah Lope Pihie. Aku akan present dalam awal bulan 8 nanti. Kalu dah siap nanti, blehlah aku upload kat sini utk korang baca. :)

3. Pagi semalam, aku telah pergi satu career talk bersama rakan felos yang lain. Sesi yang kedua adalah seorang laki2 ini, diploma holder, umur 24 tahun. Dia jadi CIMB wealth advisor baru 2 tahun setengah. Dan, dengan hebatnya, dia telah memiliki kete mercedes CLK compressor yang chanteks. Huhu. Aku kagumlah dengan kejayaan itu. Tapi aku tahu dan boleh nampak dia sgt keje keras untuk berjaya itu. Daripada hanya ada motorsikal lama, lepas 2 tahun setengah jer, dia dah jadi orang kaya. Nampak macam senang jer dia jadik orang kaya. Tapi, semua itu mmg perlukan kerja keras. Dan, aku nampak dia sgt berkobar2 supaya orang lain juga boleh jadik kaya mcm dia. Seperti yang aku pernah tulis, rezeki orang lain2. Yang penting kita kene berdoa, supaya Tuhan mengurniakan kita rasa kecukupan itu. Ameen.

4. Aku ada baca blog Tun Mahathir. Aku sgt terkejut dengan cerita MV Agusta itu? Sgt pelik betul ceritanya. Mcm cerita dongeng puller. Huhu. Bagaimana sahaja penjualan satu Euro itu boleh berlaku? Heh!

5. Di sini juga aku ingin mengambil kesempatan utk mengucapkan terima kasih kepada Asyuk yang datang program kolej last Friday. Tak sangka betul kau datang dalam kesibukan hidup kau itu. Aku sgt menghargai kehadiran kau itu. Untuk kesekian kalinya, Terima Kasih. :D

6. And, owh, i must add, saya sedang rindu untuk membaca karya HAMKA. Owh, entah kenapa rasa rindu ini meruntun2. saya akan siapkan cepat2 assignment saya, supaya saya boleh terguling2 membaca karya2 HAMKA yang selalunya meruntun hati. Huhu. By the way, saya baru selesai mebaca buku cerita Sepasang Kasut dan Sepasang Selipar Jepun by Jackson Sawatan. Ia adalah sebuah kisah benar seorang wartawan BERNAMA yang telah masuk ke kem Abu Sayyaf untuk mendapatkan berita. Sangatlah berdebar2 membacanya. Huhu. (Entah mengapa saya menulis SAYA disini instead of AKU. :P)

Sekian untuk kali ini. Akan aku update lagi selepas error2 segala itu sudah hilang2. Heh!

2 comments:

Sahalfikri said...

1)berminat nak tahu pasal diploma holder tu.. apa namanya?

2)HAMKA, tokoh nusantara yg spatutnya mjadi idola kita.. teruskan membaca karya2 beliau..

SITI said...

Abg suhail: 1) nanti kiter msg abg namanyer.

2)Tp, citer HAMKA sumer sedih2. Kalu tgh mood nak nangis, mmg nangis sedu sedan. Haha.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...