Thursday, June 26, 2008

25062008

Semalam melalui hari yang buhsan. Kromosom dicerap tidak memberikan hasil yang baik. Penat sungguh mata melihat warna2 indah. Namun, hasilnya tidak begitu menggembirakan. Menaiki komuter, dan bersesak2 ketika pulang. Dan sedih, melihatkan seorang kakak yang sedang mengandung, kepanasan dalam gerabak. Kelihatan air mata kakak itu keluar, lantaran terpaksa berdiri agak lama, sebelum diberikan tempat duduk. Dugaan Tuhan, kecil atau besar, di mana2 sahaja.

Aku akhiri kedatangan di lab semalam dengan satu perdebatan idea. Ada satu orang lelaki di lab aku yang baru sahaja kahwin, sangat berbanggga dengan perkahwinannya, lantas meyuruh aku mencari segera lelaki, supaya aku tidak semata2 mencerap kromosom.

Apa dia fikir mencari lelaki baik itu sama seperti mencari ikan segar di pasar? Heh!

Apa dia fikir mencerap kromosom itu satu perkara yang sangat sia2 berbanding mencari lelaki baik untuk dijadikan suami? Heh!

Aku tidak pernah menolak untuk berkahwin, tetapi tidak juga memandang serong kepada orang yang tidak berkahwin. Dalam 25 tahun kehidupan ini, sudah ramai jer aku jumpe manusia yang tidak berkahwin, sama ada lelaki mahu pun perempuan. Masing2 ada sebab tersendiri. Dan, yang pasti, jodoh di tangan Tuhan.

Dan, Tuhan Maha Adil. Allah telah memberikan rezeki manusia itu berbeza2. Ada yang mendapat isteri, tapi belajar setakat pandai 3M. Ada yang belajar sampai PhD, tapi tidak dikurniakan isteri. Ada yang mendapat isteri dan PhD, tapi menjadi anak yatim piatu pada usia awal. Itu hanya secebis contoh. Kehidupan manusia sangat pelbagai. SANGAT!

Maka, belajarlah bersyukur dengan apa yang telah diperolehi. Kerana semua yang diperolehi bukanlah hak milik, tapi anugerah, yang boleh ditarik oleh Yang Maha Esa, bila2 masa sahaja. Maka, belajarlah berdoa, semuga dimurahkan rezeki. Kerana Dialah sahaja yang boleh mengurniakan rezeki, sama ada secara terus kepada kita, atau melalui orang lain. Maka, belajarlah berdoa, dipermudahkan kehidupan ini, di dunia yang sementara ini. Kerana sesungguhnya, akhirat juga yang kekal abadi.

Sekian.
*edited on Friday; June 27th, 2008 atas segala kesalahan perkataan dan ejaan.

17 comments:

Anonymous said...

Kasihannya kakak yang sedang mengandung itu...

Siapakah lelaki yang sangat bangga denagn perkahwinannya itu?
Menci aku bile ko kate die srh ko cepat2 cari lelaki..huh~!

Anonymous said...

hmmm...
entri kali ini agak menyentuh perasaan..lebih-lebih lagi kepada penulis..

mengapa?...kelihatan seperti penulis kurang fokus terhadap apa yang ingin disampaikan..ada sdikit sebanyak kesilapan ejaan yang agak sukar dilakukan oleh penulis dalam mana2 entri beliau..

:)
apa pun...
berdoalah ye...
jgn menci2...ngak molek...
heheheh...
kang menci2 tersayang lak lagi susah...
:p

okai...
sekian...

Unknown said...

sebetulnya, hal kawin2 ni sensitif untuk mereka yang belum berkahwin ( perempuan). tidak dapat saya komenkan untuk kaum lelaki, ttp sy yakin saya boleh wakilkan untuk satu lelaki bahawasanya jika pilihan sudah dibuat, tetapi Allah menetapkan belum masanya, itulah dia kekuasaanNya yang harus kita terima. harapnya dengan redha.dan ia perit, dan jika kita merasa lagi perit, Allah menjanjikan hikmah yang setimpal di sebaliknya. insya Allah.
saya setuju kita harus bersyukur, married or not. at least we are alive to say things about this. :)

Anonymous said...

Baik..tidak menci-menci~!!!!

SITI said...

Erma: kau akan lebih benci bila mendengar nada suara dia berkata kpd aku. Kalu dia dpt anak cacat nanti, barulah dia terhegeh2 mencari aku utk mencerap kromosom anak dia nanti. Heh!

sensortu caps: owh, saya menulis dgn sangat takut2 di lab, kerana ingin mengumpat orang lab. Itulah faktor berlakunya banyak kesalahan ejaan. Haha.

Sudah saya betulkan kesalahan2 itu.

Sempat puller kau menjengah ke blog aku hari ini. Ku fikir kau sangat busy di fakulti.

Aku sayang orang dulu, barulah membenci orang itu. Boleh? :P

SITI said...

let me remain a mystery: welkam here.

mungkin benar, ia agak sensitif bila perempuan belum berkahwin membicarakan soal kahwin.

Tapi, saya sentiasa fikir, kita kadangkala terlalu ingin bersedia untuk berkahwin. Mungkin, kita juga perlu bersedia untuk tidak berkahwin/ hidup seorang.

Adalah amat menyedihkan bila hidup bersuami, tetapi bercerai di usia 50an. Hanya kerana si suami ingin berkahwin isteri yang muda. Ia terjadi kepada seorang pegawai wanita yang chanteks di makmal saya.

Hidup, walau seorang, walau berdua, mesti diteruskan.

Anonymous said...

Apa dia fikir mencerap kromosom itu satu perkara yang sangat sia2 berbanding mencari lelaki baik untuk dijadikan isteri? Heh!

mmmm...betul ke tak ayat ini...saya tak berapa pasti..tapi mungkin betul kalau lelaki2 sekarang menjadi suri rumah dan perempuannya bekerja menyara keluarga..entahla...

kalau salah mungkin cik siti boleh betulkan...tq

SITI said...

oryza: hoho, aku benar2 tak perasan pun aku tulis begitu. Sorilah, aku agak emosional untuk sehari dua ini. Hoho.

Anonymous said...

ermm..
semua orang beremosi...
:(

tape2...
buang yang keruh ambil yang jernih..
semoga kita sama2 saling menegur apa yang patut antara kita..
Insya Allah..
yang terbaik untuk kita semua...

wassalam...

;)

Anonymous said...

Btul tuh...bersyukur apa yang telah dikurniakan oleh Allah

Anonymous said...

HoLa..
new entrie please cik siti..

=)

@xiM said...

mencerap kromosom tuh maksudnya apa yek?

SITI said...

sensortu caps: sowi, eh.

tajul: ye, btol!

erma: hola hol...

axim: welkam here. :)

mecerap kromosom itu melihat kromosom di mikroskop. Mencerap itu bukan sekadar melihat satu kromosom, tapi banyak2. Dari satu kelompok (serakan metafasa) ke kelompok yang lain. Kalu tak faham, nanti saya tulis satu entri.

Atau, awak bleh bukak buku genetik atau kromosom. Hehe.

Lelaki 3M said...

Salam, tirai pembuka bicara……setelah meneliti blog si gadis suci,hamba percaya,gadis suci mengangkat nukilannya tuntas & bernas…Cuma setelah penelitian hamba lakukan ,dpt hamba perhatikan….setiap pengakhiran diajak pembaca bermuhasabah kpd Allah S.W.T…alhamdulillah….. jd selaku insan Islam,wajar hamba menyentuh 1 perkara………..
Dan sekiranya akhiran mengigatkan kita kpd Islam,mengapa mukaddimah pemula bicara tdk begitu…..sebagai warga yg terbukti tahap inteleknya,adalah jengkel si gadis suci menerima ketetapan hidup sebagai “HUKUM KARMA”…ini adalah fahaman yg dicerap dr agama HINDU yg diasaskan oleh Siddharta Gautama Buddha…

Selaku insan Islam,ini ternyata memalukan,krn si gadis suci selaku penulis menjadikan hukum Hindu ini sebagai rujukan…sedang Islam itu indah & mencakupi seluruh aspek…
Dalam rukun Iman tlh termaktub;

1. Beriman kpd Allah
2. Beriman kpd Malaikat
3. Beriman kpd para nabi
4. Beriman kpd al-Quran
5. Beriman kpd hari penghabisan yakni kiamat
6. Beriman kpd Qada’ dan Qadar

Bukankah wajar si gadis suci memulakan tinta coretan dgn menceritakan apa yg berlaku rentetan Qada’ & Qadar?dari sebaliknya memperincikan hukum Karma?????????????? Hamba syorkan si gadis suci yg intelek,merujuk definisi qada’ & qadar…mubram & muallaq……x perlu hamba huraikan…si gadis suci lebih arifffffff…..
Dan pemahamam ttg qada’ & qadar WAJIB kita kuasai krn ini termaktub sbg rukun Iman kita…..

Lelaki 3M said...

alkisah hamba mndpt gelaran baru...yakni Lelaki 3M..hehehe...comel nama ini...hamba suka...dan didoakan agar zuriat hamba cacat....Alhamdulillah....dgn dztNya...segalanya luar gapain kita..

sedikit teguran drpd hamba....kawallah batas susila kewanitaan anda...
Mengapa BERBEDA dlm sapaan????bila dgn kaum adam,intonasi,gerak badan,lirik mata,meleret manja (konon2nya...sdg pd hamba menjengkelkan) disisipkan aksi 18sx
lg;yakni sepasang bibir yg kununnya mungil,dijuih & dimuncungkan persis mndambakn ciuman......dititip bunyi mencuit ala ala cencurut tanah dan.............

Gaya MENJILAT bibir...masyaAllah... ..hamba yg pernah dserkup fenomena alam yg dangkal sebegini tahula rasanya....gering di ulu hati...

sedang dgn kaum hawa sapaannya hanya ringkas tanpa aksi gersang....dannnnnn
hamba yakin,teramat yakin...jika rakan wanita yg beremosi (segelintirnya) berkongsi luahan hati lara si gadis suci...tahu akan perlakuan gadis suci yg memualkan ini,inilah hakikat zahir si gadis sucidi makamalnya...diulang dimakamalnya....maka akan sepakat marah pdnya dannnnnnnnn bengkek..

Benak hamba membuat telahan...mungkin faktor umur yg agak terkedepan (mencari2 mr right)
dan lebihan lelehan cairan estrogen+androgen (ditmbh formula vortex;dmana 1+1=3@4@5...dsb) mendorong kpd perlakuan gersang ini???????

Hamba rayu,jgnlah begini...jatuh maruah,martabat & imej wanita...dan hamba pun terpalit segan dgn aksi dangkal ini...
dan utk membuka mata si gadis suci,hamba tintakan nukilan kisah ini,berlakunya segar lagi.....

"Petang yg suam mendungnya,ada sekelompok manusia berhimpun,yg terdiri drpd mereka yg fungsi & kredibilitinya agak setara....dan dgn ijinNya,dzat yg maha menggerakkan,melintaslah si gadis suci...
terlintas d benak seorg ini,menyapa dgn cara mengajuk "trade mark" si gadis suci...sekadar sapaan biasa yg berlaku sblm ini,bedanya aksi ini berlaku ditontonan kelompok ini..............
..........ttp mengapa berderaian gelak ketawa kelompok ini...muntah membuak dr isi perut masing2...diselitkan kesan bunyi khas,bunyimuntah oleh seseorg...dan maafkan hamba,sblm perut hamba membuakkan isi geli ini,telah hamba berlari ke suatu sudut....

jadi renungkan kisah hamba...apa signifikasi perlakuan kelompok ini????adakah sekadar gurauan @ menyanjungi gadis suci @ si gadis suci sebenarnya bahan moomokan ramai kesekian lama...

hanya tun dr Mahathir ada jwbnnya..

*maaflah,seiring nama "Lelaki 3M" laras bahasa hamba tiada setara gadis suci....

Anonymous said...

buat erma;jgn benci dulu...rakan anda sukar mengekang tertib...jd wajar dpercepatkan walimatulurus buatnyer...

Anonymous said...

terima lah teguran itu dengan hati yang terbuka..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...