Thursday, July 03, 2008

03072008

Entri ini mungkin agak panjang. Saya sebenarnya bukanlah ingin menulis. Tadi, saya keluar lunch tanpa membawa handphone, dan pulang melihat Erma telah pernah menelefon sebanyak 4 kali. Saya call dia semula, hanya untuk dimarahinya, hanya kerana saya sudah seminggu tidak update blog ini. Dia sangat marah, seperti saya sudah berbuat jahat kepada boyfren dia. Haha.

Banyak faktor yang menyumbang kepada perkara ini. Alasan yang tipikal ialah busy. Dan juga, ketiadaan talian LAN di bilik adalah amat membuhsankan. Dan, saya juga telah pulang ke kampung pada hari isnin hingga rabu. Bila di rumah, saya amatlah malas mengadap PC. Lebih senang nonton TV. :)

Maka, saya akan cerita apa yang telah berlaku seminggu ini. Setelah saya berasa marah selepas dari makmal, rasa marah itu terbawa sampai ke kolej. Kid jadi konpius. Dan kekonpiusan itu dinyatakan kepada Erma, lantas berborak panjanglah kami berdua pada malam itu. Huhu. Saya akui saya terlebih emosi pada hari itu. Maaf telah beribu kali dipohon. Maaf dipohon untuk kesekian kalinya. Huh. Hari Jumaat, tidak ke lab, dan telah berfoya2 bersama kawan saya yang seorang ini, Anif. Saya juga telah ke rumah adeks2 saya yang kembar itu. Memakan durian. Merompak kasut dan tudung. Pulang.

Hari sabtu, saya mengemas bilik dan blok saya. Menolong mengemas t-shirt kolej yang baru sampai. Persiapan rancak dijalankan untuk menyambut ketibaan para pelajar yang baru. Secara amnya, keadaan kolej pada tahap yang memuaskan. Maka, pada hari Ahad, saya bangun dan bersiap memakai baju bateks chanteks untuk membantu pendaftaran pelajar. Saya telah ditugaskan untuk memberi kunci bilik kepada para pelajar perempuan. Pagi yang menarik, kerana satu orang pelajar junior ini, yang merupakan kekasih hati kawan saya, Nasrul Azizi, telah mendaftar di kolej saya. Hebohlah satu Malaya. Dan, gerunlah hati rakan saya itu, takut, jika kekasih hatinya akan diapa2kan. Haha.

Hari Ahad dirasakan sangat panjang. Tidaklah sesibuk mana, maka saya dan rakan2 ada masa untuk mengumpat. Matahari tidak memancar terik, malah hujan sekejap2 membuat mata rasa mengantuk. Tapi, tali pinggang doktor kacak telah membuat saya bergelak2 kecil dengan rakan2 yang lain. Hehe. Sowi. Malam itu diakhiri dengan pelbagai emosi. Marah dengan Doktor kacak yang tidak memperkenalkan kami felo2s kepada pelajar baru. Gundah gulana dengan En. Fairus yang mengatakan "kanak2 riang" itu kekasih hati saya. Geram kepada "kanak2 riang itu" kerana entah apa2 sahaja yang telah dilakukan sehingga En. Fairus berkata begitu. Heh. Musykil dengan En. Kid yang "keras". Haha. Peliks2 dengan Amiran yang tak pandai nak edit tesisnya. Gumbira dengan Mike yang telah berjanji akan downloadkan Grey's Anatomy for all season untuk saya. Saya tidur, dan Spain menang. Yeay!

Isnin dirasakan telalu penat. Tiba2, adek lelaki saya call, mengatakan dia sudah dalam perjalanan pulang dari Lumut. Mungkin dapat cuti esok dan boleh pulang ke kampung. Maka saya perlu bersedia. Saya selesaikan beberapa perkara di fakulti. Petang, berborak dengan rakan saya, Ayuni. I miss u too, Sis. Hehe. Malam, adek saya call, "Boleh balik sekarang. Kau siap, KakLong."

Saya tiba di Muar jam 1 pagi. Surprise untuk mak ayah, sementelah adek saya tidak memberitahu berita kepulangannya kepada mereka. Heh.

Musim durian di rumah sudah lama. Tapi, abah telah berkata kepada satu batang pokok, jangan gugur dulu, tunggu samapai Farid pulang. Sehari sebelum Farid pulang, buah durian dari pokok itu gugur.

Maka, Farid pulang dengan makan buah durian untuknya. Farid sangat kurus, maka mak sangat risau. Ya, saya juga sangat pelik melihat adek saya sangat kurus. Owh. Saya berfoya2 sahaja di rumah. Shopping. Nonton cerita korea dengan ibu. Huhu.

Saya pulang petang semalam. Kid ajak Amiran ke dinner kolokium FST. Amiran ajak saya. (Kid tidak ajak saya). Maka, saya pergi meneman Amiran. Banyak lagu sedap2 dinyanyikan pada malam itu. Kid menyanyi, sementelah tiada wakil pelajar. Lagu: Kian oleh Mawi. Kid kacak, berbaju bateks, berseluar berkasut putih, berambut cacak2. Zuhri, kawan felo saya menari dan menyanyi juga malam itu. Saya pulang setelah kacau2 Mike di opis. Mike sudah hampir siap mendownload Grey's Anatomy untuk saya. Suke!

Bangun pagi ini dengan mesej Neila yang sudah ada di LPPKN untul mesyuarat. Neila PTD kementerian Wanita. Maka, saya bersiap cepat. Owh, dinding rahim saya runtuh pula, maka saya tidak dapat menyambut 1 Rejab esok. Huh. Saya perlu membatalkan puasa saya hari ini.

Saya lunch dengan Neila, dan menghantar dia pulang ke opis menaiki kereta, kerana hari hujan, dan Neila tidak suka jalan kaki. Thanks for the lunch, Neil.

Ok, Ema? Sila beri komentar anda untuk semua aktiviti di atas. Akan ku upload gambar kacak Kid itu. Ema beritahu saya dia hanya comentator. Saya blogger. Maka, saya perlu menulis, sementelah itu kerja saya. Maka, dengan itu, dia boleh melakukan kerjanya, mengomen. Heh!

6 comments:

Anonymous said...

Owh....akhirnya..
kau tahu...hari2 aku melayari blog kau untuk mengomen.
Tetapi tiada new entrie~!!!
aku sangat marah..
dan kemarahan aku itu memuncak tadi..dan lantas menelefon kau..
dan marah..sebab tiada new entrie!

Sowee..i born to be a commentator..
=)
U are the blogger..
maka kau kene faham tim.. without u, there will be no me..

Owh..awek nasrul azizi di KAB?
Aku akan ke sana utk menonton beliau..
;p

Nape kamu2 gelakkan belt Encik Doktor?

Owh..kite belum bercerita penuh lagi ttg Ayuni...
did she miss me too?
as she missed u?
='(
Aku akan call kau sekarang!

Sile..yer upload pic en.Kid kacak ku itu pada kadar segera...
sangat teruja mahu menonton beliau!

Nur Fatin said...

tim..
neila ptd?neila mane?neila aldrina kahhh???

SITI said...

Erma: Ya, sila dtg menonton aweks nasrul azizi.

Citer belt Doktor? Perlulah dtg ke sini utk mengetahuinya. Heh.

Aku tak tanya pulak Ayuni sama ada dia rindu kau atau tidak. Kau call lah dia. Hehe.

Aku tak tahu bile bleh upload gamba. Paling cepat pun hari Ahad. Tunggulah, k.

Fatin: Haah. Neila Aldrina Hj. Shuhaime. Ya, dia sgt ptd skrang. Haha.

Anonymous said...

hmm...
upload gmbr2 cepat2..
:p

blurr..

SITI said...

En. Anon: haha, saya sudah tahu awak siaper. sila tulis nama, yer, enchek apis!

Anonymous said...

Tim..akak nak jugeks Grey's Anatomy tu...buleh??? nanti jumpe time akak konvo bulan 8 ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...