Tuesday, May 27, 2008

Kawan saya yang seorang ini, Anif

Saya menulis entri ini di satu malam yang hening, di opis kolej kesayangan saya, menggunakan laptop kawan saya yang seorang ini, Anif.

Tidak pernah saya menjangka yang saya akan menulis juga tentang kawan saya yang seorang ini. Entahlah. Saya hanya merasa dia selalu membuat hati saya gundah gulana.

Mungkin hati saya agak sensitif kebelakangan ini. Mungkin hanya saya yang terbawa-bawa emosi kemerajukan ini. Tapi, tidaklah saya begitu dengan orang lain, dengan kawan2 felo saya yang lain.

Hanya mungkin kerana kawan saya yang seorang ini, Anif, selalu sahaja ingin tergelak2 kecil, membuat hati saya rasa "macam nak nangis". Hanya kerana kawan saya yang seorang ini, Anif, suka menyebut perkataan2 yang saya anggap "lawak budduh", hanya dengan tujuan membuat saya juga tergelak kecil, membuatkan saya rasa "ingin marah" dan "rasa macam nak nangis". Hanya mungkin kerana kawan saya yang seorang ini, Anif, selalu memberi arahan kepada saya, yang saya kira, ingin membuli saya, membuat saya rasa "sedih dan ingin menangis". Hanya kerana kawan saya yang seorang ini, Anif, kadangkala telah meninggikan suara ketika bercakap dengan saya, maka hati saya "rasa macam nak nangis" kerana rasa dimarahi. Ya, saya sangat takut kene marah. SANGAT. Dan, hanya kerana kawan saya yang seorang ini, Anif, selalu lambat memberikan respon kepada saya, apabila saya bercakap dengan dia, maka saya kira, dia "tidak mahu berkawan" lagi dengan saya dan membuat "hati saya merajuk kecil".

Apa2 pun, hanya dia, kawan saya yang seorang ini, yang benar2 mampu membuat saya sangat merasa berkecil hati, kerana, bila mana saya katakan saya berkecil hati, dia hanya menjawab "Habis tu, kau nak aku buat aper?".

Owh, ya, saya sangat selalu berkecil hati dengan kawan saya yang seorang ini. Owh, ya, saya juga sangat tahu, tidaklah akan, kawan saya yang seorang ini, memujuk hati kecil saya ini. Maka, perlulah saya memujuk hati saya ini, sendiri.

Saya minta maaf, sekiranya saya telah membuatkan kawan saya yang seorang ini, Anif, kecil hati dengan tulisan saya kali ini. Cuma, kemerajukan hati ini, tidak dapat ditahan2 lagi.

Sekian.

10 comments:

Anonymous said...

Erm.. saya banyak kali dah kerja ngan anif.. MMM, motivasi, PLKN, Aspirasi, etc.. Dia mmg tegas & bagus dlm kerja, so jgn lah rasa 'ingin membuli saya' yer..

atau mungkin sbb siti rasa anif adalah junior satu ketika dulu, dan tidak layak memberi arahan? apakah?

SITI said...

En. Pokok: Apakah? Tidak, dia tetap ketua(felo) bg saya, yg perlu saya ikut arahannya.

Tapi, arahan boleh sahaja diberi dengan lemah-lembut supaya tidak rasa dibuli. Heh.

Anonymous said...

Ekceli..sape kah gerangan enchik poko ini?Anif....yer tim..kite mmg rase dibuli oleh anif ini...tapi apakan daya anif ini jugalah tmpt kite bermanje..dan kite akan sangat risau jika anif :-
1) Lapar
2) Fud anif tak sampai
3) anif tak sempat makan
4) Ade org curi makanan anif
5) Anif menolak pelawaan makan kite...

Anif, nampak tak batapa sayang nya kami pada kamu, Anif??

SITI said...

Erma: Mmg En. Pokok adalah org yg tidak mahu dirinya dikenali, itu sbb dia menggunakan nama samaran.

Haah, kita mmg slalu risaukan Anif. Bila kita tahu Anif main badminton, musti kita akan belikan 100 plus. Tidak boleh tidak, sbb nanti rasa bersalah. kan, kan?

Anonymous said...

owh...
begitu terkesan sekali di hati kamu ye...cik timmy...jgnlah bersedih ye...

en anif bukanlah garang...cuma dia mmg begitu...cik timmy sendiri tahu bagaimana en anif itu kan?...

cik timmy jgn merajuk2 ye...cik timmy perlu tabah, sebab tak selalunya awan berarak cerah...adakalanya ia berarak mendung...

ok cik timmy...
semoga cik timmy akan terus menulis...dan hilangkan kemerajukan di hati itu...

selamat bertugas sepanjang pra-bengkel ye...chaiyok2!!!

SITI said...

Se: Owh, tidaklah dapat saya meneka siapakah gerangan kamu wahai (Encik/ Puan/ Cik) Se. Heh.

Ya, semuga saya akan terus mampu meluah rasa saya di sini.

Anif masih kawan yang baik, walaupun daya memujuknya SIFAR. Tapi, dia telah berkata pada saya, bahawa dia akan berusaha dan belajar lagi kemahiran memujuk itu. Semuga dia berjaya.

Anonymous said...

GUa tesen... tau tak... tensen.... pening...

SITI said...

anon: tidak, saya tidak tahu awak tensen. saya tidak tahu awak pening. saya tidak tahu awak siapa. tidak ada apa2 yang saya tahu tentang awak.

Anonymous said...

oh..baru skrg sy berpeluang membaca post ini..menarik tajuknya...ermmm...cik Tim..jangan la merajuk dengan anif yg seorang itu..sememang dia memang begitu..tegas dan cukup komited..hehehehe..tapi sy belum lagi tgk ym cik Tim ada tulis shout out "merajuk dengan anif"..hehehehe

SITI said...

oryza: kamu baru baca, eh? huhu. Ya, perangai dia yg begitulah yg membuatkan saya selalu ingin merajuk. Maka, jika dia mmg begitu, saya akan sentiasa selalu merajuk dgn kawan saya yang seorang ini.

Dan, sekali lagi saya nyatakan, tidaklah dia, kawan saya yang seorang itu, akan memujuk saya, maka saya perlu memujuk hati kecil ini sendiri. :(

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...