Monday, April 14, 2008

Dari Wiken ke Wiken

Maaf kerana tidak menulis entri sejak cerita hujung minggu yang lalu. Saya agak kesempitan waktu. Ada bahan untuk ditulis, tetapi saya perlu membuat sedikit rujukan terlebih dahulu supaya tidak tersilap fakta. Maka, di malam hari ini, saya akan menceritakan ttg wiken saya lagi.

Setelah melalui wiken yang chanteks, saya telah melalui wiken yang agak letih. Saya telah pulang ke rumah pada khamis malam jumaat, bersama2 adek2 saya. Jumaat, menyelesaikan urusan bersama makcik. Sabtu, mengemas dan membuat persediaan untuk hari ahad. Pada hari ahad yang lalu, ibu saya telah mengadakan majlis sambutan maulidurrasul untuk 300 jemputan.

Bukan kali pertama kami organize kenduri utk hadirin sebegini ramai. Tapi, kali ini ada semacam perkara yang telah masuk ke dalam perbualan saya dan adek2s esp adek2 perempuan saya. Heh.

Jemputan hanya utk kaum ibu. Dimulakan jam 9 pagi dengan bacaan tahlil dan berzanji, kemudian ada ceramah ugama. Lansung, makanan tengahari disediakan utk para tetamu. Nasi putih berlauk ayam, rendang daging, gulai ikan dan sayur. Sate juga disediakan. Tidak ketinggalan, 2 jenis kuih dan buah. Air sirap bandung. Mmg menu makanan di rumah kami sangat dititikberatkan. Perlu dipersetujui oleh ramai pihak terutamanya Maklong. Kali ini, ayah mahu satu orang pakcik di kampung kami itu masak. Maka, tiada katering. Dia hanya masak sume lauk dan dihantar ke rumah. Maka, saya dan adek2 saya dan sepupu2 saya perlu menghidangkan kepada para tetamu. Nasib baik ada bantuan drpd anak murid makcik saya seramai 15 orang. Tidak menang tangan kami utk menguruskan tetamu yang ramai dengan lauk yang cukup banyak. Alhamdulillah, semuanya telah selesai.

Bukan kali pertama, kenduri kami, memberikan buah tangan kepada org yg dtg. Dari sejak arwah nenek kami ada lagi, tetamu pasti pulang dgn 2 jenis kuih; yg berlainan dgn kuih yg dijamu di atas meja. Kali ini, ibu membuat keputusan utk memberikan tetamu 2 biji muffin, sebiji telur asin, dan tuala kecil yang disembur wangian. Owh! Sangat seperti kenduri kawen, OK? Itulah perkara yang merungsingkan saya dan adek2s. Telur asin mmg diletak dalam bekas telur spt kenduri kawen. Dan tuala kecil itu mmg dibeli di kedai persediaan kawen, di Nilai 3, yg sgt berjenis2, yg semcm menjadi trend bbrp waktu kebelakangan ini. Alasan ibu dan Maklong, dulu2 bagi bunga rampai, sekarang dah takde org nk hiris, potpuri org kampung mcm tak gemar, so, nak bg mende wangi juga, maka bagi tuala wangi. Heh! (kalu ada gambar, akan saya uploadkan)

Abah saya terlepas cakap "Mcm praktis buat kenduri kawen jerssss". Apakah?

Saya dan adek2s sumtimes risau juger, mcm mana lah mak nak organize first wedding nanti. Buat kami sume agak takut. Saya sbg anak sulung pernah cakap kat adek, "Korang kawen dululah, takut along nak jadi 1st wedding". Adek saya yang ke2 kata, "Aku mcm nak buat kat dewan jer. Tak nak aku nak buat kat umah besar ni nanti". Ya, umah arwah nenek yg kami duduki sekarang mmg besar. (Gambar spt di bawah)


Persediaan berkahwin itu satu hal yang lain bagi saya. Tetapi, persediaan kenduri kawen adalah satu hal lain yang jugak menakutkan. Jika kenduri maulud adalah spt yang telah diceritakan di atas, kenduri kawen nanti, apakah yang akan diberikan kepada tetamu? Silakan menjawab.

Panjang pulak entri ni. Bacalah perlahan2. Semuga yang baik2 sahaja akan berlaku. Ameen.

24 comments:

Anonymous said...

Hmm..mari aku cerita persiapan ibu dan abah aku masa nak wat kenduri kawen yang tak jadi tempoh hari..

ibu : telah pun membayar deposit di kilang apollo (utk 2000 kek)dimana kek apollo yang sampul kuning itu sepatutnya akan berada didalam goodies bag kami.
Abah : telah pulang ke batu pahat tuk mem'book' telur ayam kampung utk dibuat telur pindang. Abah juga telah berurusan dengan rakan beliau yang bekerja di kilang cadbury untuk membeli sejumlah coklat cadbury yang juga akan di masukkan ke dalam goodie bag saya..




akan tetapi saya putus tunang dan kilang apollo tidak dapat bg refund,maka mereke memberikan kami KEK APOLLO KUNING 800 PCS!!!! dan ia telah dihidangkan sebagai pemanis mulut semasa kenduri tahlil arwah moyang saya.

jika di takdirkan saya memang akan berkahwin, saya sangat rasa mereka tidak akan membuat sebarag persiapan lagi..huhuuhu...='(

SITI said...

Erma: Eh, mengapa pula mereka tidak akan melakukan persiapan lagi. Mungkin mereka akan menempah barangan yg lain puler. Kamu pun bukannyer ramai adik beradiks. Hoho.

Aku rase mak aku akan tempah kuih tradisional, sbb kilang IKS begitu sgt byk di sekitar Muar dan Batu Pahat. Heh.

Afzan said...

cantik yang amat rumah nenek ko.. boleh buat pernggambaran filem..

SITI said...

Afzan: TQ. Kalu ada masa nanti, dtglah singgah. Org filem blom penah dtg lah, tp, architecture student ramai yg dah penah dtg. :)

Anonymous said...

Memandangkan blog kamu sgt glamour,nak tmpg advertise sumthing jap..

Dear Frenz,

My new Frenster is erma.tasrif@yahoo.com

SITI said...

Erma: glamour? Hoho. Kau buat frenster jers? Facebook? Myspace? Cepatlah buat, trendy sket. Hoho. aku tak larat nak update nanti, maka belum lah nak buat lagi.

Anonymous said...

Owh..aku sangat addict ngan blog kau ok..
sangat!!!!!blog amiran,pon aku baca...tapi kadang2 pjg sgt..
sorry amiran...tapi..kadar kemalasan aku sgt tinggi tuk membuat blog sndr....

owh..sila ke frenster aku...utk prg2 tertentu shj....hihihi

facebook..blom wat...myspace..da ada =)

Anonymous said...

prg =org actually..typo error

SITI said...

Erma: haha, maka aku perlu rajin update lah, sbb ade pembaca yg rajin membacanya. Hoho.

Anonymous said...

Haloo...ermmmm ape ye...jgn la risau sgt...slalunye parents mmg excited psl kenduri kawin...jd ko kena la phm..
he..he..kite pun same....blum ade pakwe pun mak dah bising2 nanti kenduri nak buat kat mane la....tema bj warna ape la...
hu..hu.....tidakkkkk..
k la tu je...daaaa

Anonymous said...

ermalina???
dgr blh..pecaya jangan...

Awis said...

woww.. ko dah kena ready utk kenduri2 dah.. ko ngan adik beradik pon mcm dah hampir jer :)

Anonymous said...

wah..en.aNoN..so niceo of u bagi comment....Whut eva dear!

SITI said...

reen: welkam. :)

Hehe, kau pun begitu, eh? Semuga mak2 kita ini tidaklah terlalu excited utk itu. Susah juga kalu terlalu excited. Kan, kan?

Anon: Erm, welkam here.

Tapi, siapakah kamu? Sahabat Ermalina pastinya. Kenalkah saya dgn kamu?

SITI said...

Awis: Haha. Jodoh di tangan Tuhan. Aku kene lebih fokus dgn kromosom aku. Dah grad master, bleh mintak duit hantaran tinggi sket. Boleh begitu? Bolehlah...

Erma: Kau tahu ker saper kawan kau itu? Huhu. Pelik2s jerssss.

Anonymous said...

owh!
apakah?...
byk unsur yg aneh2 dlm semua coment nih...
hmmm...
rileks ye all my fren...
;-)

ultimatecass said...

aku nak a really nice, intimate wedding where aku kenal semua orang yang datang. tak mau uncle auntie suku sakat kawan parents sana sini segala. aku rasa parents akan support. tapinya kalau mahu juga reception besar macam tu, akan aku mengamuk dan tidak akan contribute satu sen pun sebab aku yang kahwin bukan diorang. hahaha. aku nak small reception for close family and friends kat garden. and another even smaller, more special reception for orang orang penting yang disayangi terlebih lebih. hahahah berangan tu. insyaallah. hopefully ada orang nak kahwin sama aku masa tu.

SITI said...

Sensortu caps: aneh takpe, tapi menakutkan, wei.....

SITI said...

Atie: Haha, janganlah begitu. Sangat byk sbb kau tidak boleh begitu. Kau anak tunggal, mana boleh kawan2 parents kau tak dtg. Kecik ati mereka nanti. Nanti anak kau kawen, kau jemputlah kawan2 kau pulaks. Heh! Buatlah besar2 pun takpe, kawan2 kau, kau layanlah; kawan2 parents kau, merekalah layan. Okies? Jemput aku tau! ;)

Anonymous said...

siti...u know ermalina better rite...mesti u paham...muahahaha...

SITI said...

Anon: better than u? Is it? Owh, siapa saja kamu...

Anonymous said...

muahahahaaha..---only one person yang aku tau gelak sebegitu bile dlm chatting or typing...

owh.tim...anon must be the super psycotic person in this world...sape lagi kalu bukan insan yang tak habis2 nak tahu pasal kehidupan aku eventho die da byk kali mentioned :'takkan maafkan aku sampai bila2!' but the truth is..masih tak dapat lupakan aku...lalalalalalalaalala..pity you mr.aNon..

you know what mr.aNon.."uwek!! ;p "

and maybe shud i tunjuk police report yang abah da buat to ur boss???

hhmmm..let's think..menarik...

SITI said...

En. Anon n cik Erma: wei, korang kalu nak gaduh, buat blog sendiri. Heh. Byk jer lagi medium y korang boleh gune selain blog aku.

Aku sgt menghargai pembaca blog ini. Maka, kamu2 sekalian, baca dan tulislah komen dgn berhemah. SEKIAN.

Anonymous said...

Yer..aku sgt berhemah..tapi telah diprovoke..So sorry tuan taNah...

Peace erk.. =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...