Pada 1 Februari 2008 yang lalu, saya telah berkesempatan pergi ke majlis persaraan PUAN RAJA KHUZAIDAH (tengah) Pengurus Asrama di kolej saya. Dia adalah seorang perempuan yang penuh dengan sifat keibuan, tercurah kepada pelajar-pelajar di kolej. Dengan bos yang baik, dia kelihatan agak sedih untuk meninggalkan pekerjaannya ini.
Gambar yang kelihatan sgt pink ini pula adalah bersempena majlis persaraan ibu saya pada 1 Mac yang lalu. Tapi, ibu hanya akan tamat bekerja sebagai guru besar pada hari rabu ini. Dia membuat majlis ini dan menjemput rakan2 guru besar yang lain hanya untuk tidak mengganggu P&P sekolahnya. Ya, ibu sangat dedikasi dengan kerjanya. SANGAT. Ini kerana, ibu telah dibesarkan dalam kawasan sekolah. Datuk saya adalah seorang guru besar semenjak ibu saya darjah satu. Agak risau juga saya dengan ibu, apa saja yang dia akan lakukan selepas pencen ini. Sempat saya dan adek2 berpesan kepada pembantu rumah "Jika ibu mahu ke sekolah pagi2, jangan benarkan. Cakapkan, ibu sudah berpencen". Ini kerana ibu saya sangat ke sekolah. Dia selalu ke sekolah wpun pada hari sabtu dan ahad, malah akan ke sekolah pada waktu malam, pada musim menyemak (mengecop dan menandatangani) buku pelajar2nya.
Kepada ibu dan Puan Raja, selamat meneruskan kehidupan ini. :D
6 comments:
sangat PINK!!!
suke~!!!
nyatalah ibu anda seorang guru yang sangat berdedikasi dalam kerjayanya sebagai pendidik. sekarang ini malangnya agak susah untuk mencari seorang guru sebegini.... saya pun paham kerana bonda saya juga seorang guru.... dibesarkan sebagai anak cikgu kata jiran2.... pagi lagi dah bangun untuk siapkan sarapan dan masakkan lauk untuk anak2 makan tengahari nanti.... maklumlah anak2 tidak sama sekolah dengannya.... pegi sekolah... balik sekolah... kerjanya tidak habis di situ saja... kena semak buku pelajarnya lagi... di waktu yang sama menjadi isteri dan ibu di rumah.... kekadang kesian saya melihat bonda saya yang sorang ini.... hehehehe... kiter seruper jer tim..... ANAK CIKGU!!!!
erma: suke juger!
anon @ kak Asma: Haah, kesian. Tp, takde keje yg tak penat. :)
pencen = suatu lagi peringkat hidup. kan?
kak Yanti: yup!
hermm.... ari nie khamis dah... ader gi lebih kurang sehari nak kempen... cilk siti mesti sibuk kan??? yerlahh... pak ngah cik ct jd calon.... hehehehe.... cik ct balik ari nie ker esok??? kiter balik kedah malam nie.... kol 12... anak kite ikut ayah dier naik keta... jumpa nenek kat sana plak... ari tue jumpa nenek kat kedah.... kiter naik bas jer.... cik siti datang lab tak??? kiter half day ari nie.... jumpa pas election....
Post a Comment