Thursday, February 28, 2008

Lidah Tak Bertulang


Hari ni, cik Siti nak mulakan pembelajaran genetik dalam blog ni. Maka, kita pilih yang senang2 dulu.

Genetik adalah kajian mengenai perwarisan, mengkaji bagaimana sesuatu ciri itu diwarisi. Gen pula ialah perkara yang diwariskan itu. Secara umumnya, terdapat dua jenis gen, dominan dan resesif, bagi sesuatu ciri.

Let's start dengan ciri menggulung lidah. (Eksperimen ini selalu dilakukan pada permulaan kuliah genetik asas, sama ada tingkatan lima, matrikulasi atau pun sesiapa yg ambil degree in Bio.)

Ciri Menggulung Lidah akan diekspreskan oleh orang yang mempunyai homozigot dominan (kedua2 gen adalah dominan) dan heterozigot (satu gen dominan dan satu gen resesif).

Manakala, ciri TIDAK boleh menggulung lidah pula diekspreskan oleh orang yg mempunyai gen homozigot resesif (kedua2 gen resesif). Lihat rajah di bawah.


Ciri2 yang kita ada adalah diwarisi daripada induk (ibu dan bapa) kita. Dan, kita pula akan mewariskan separuh daripada gen yang kita ada pada anak kita kelak. Separuh daripada gen kita ini akan bergabung dengan gen suami untuk membentuk ciri2 pada anak.

Berdasarkan rajah di atas, boleh anda buat rajah pedigree Ciri Menggulung Lidah keluarga anda? (*nanti akan diedit, cik Siti akan buat pedigree utk famili poksu n moksu, hehehe)

Semasa membuat program kesihatan untuk famili saya pada hari keluarga yang lalu, saya telah memasukkan slot parameter genetik, dan antara salah satu ciri yang diambil ialah menggulung lidah. Akan terdapat 25% ahli sesebuah komuniti yang akan mempunyai ciri TIDAK boleh menggulung lidah. Ahli keluarga saya ada 40 orang, maka, dianggarkan 10 orang akan mempunyai ciri ini. :D

Fateema: Ok, Nabila, boleh menggulung lidah? (Nabila berumur 12 tahun; tidak pernah menyedari ciri ini pd diri sendiri)

Nabila: Ha? Erm... (cuba menggulung lidah, namun gagal) Tak boleh lah, kak Fateema.

Fateema: Tak boleh? Hehehe... (sebenarnyer gelak dgn kuat) Nabila tak boleh gulung lidah... (dengan nada memberitahu semua orang)

Moksu: Bang, anak kita tak boleh gulung lidah, bang? (terus pergi kepada anak bongsunya itu sambil gelak2 dan memberitahu suaminya) (Poksu dan Moksu, both are medical doctor)

Poksu: Takpelah, bukannyer sakit pun. (hanya memberi pandangan biasa, sedangkan yang lain tgh gelak2 ni)

Beberapa lama kemudian, tiba turn Poksu dinilai;

Fateema: Ok, poksu, gulung lidah.

Poksu: (menjelir lidah sedikit)

Fateema: Erm, tak gulung pun.

Poksu: Ha, tak gulung, tak gulung lah.

Fateema: (gelak tanpa belas ihsan) Poksu tak boleh rupanya...

Moksu: Ha? Abang tak boleh? Betul ker bang? Cuba bang? (sambil gelak2) Hehehe... Dah 22 tahun kawen, tak pernah saya tahu abg tak boleh gulung lidah. Hehehehe...(moksu gelak tanpa henti)

Moksu: (memanggil suaminya dengan nada kelakar) Abang, abang (sambil menggulungkan lidahnya). Hehehe....

Kelakar betul masa ni. Walaupun saya adalah orang yang paling tahu ttg gulung lidah ini adalah genetik, ciri yg diwarisi dan bukannyer penyakit, namun, saya adalah orang yg gelak paling kuat. Sorry, hehehe. Seramai 6 orang dalam keluarga besar saya telah dikesan tidak boleh menggulung lidah yang tidak bertulang itu, maka mereka mempunyai gen homozigot resesif. :D SUBHANALLAH!

8 comments:

Marliza Radzi said...

susahnya. ngeee.

SITI said...

kak Yanti: apa yang susahnyer? Gulung lidah ker genetik ker? Hehe.

Anonymous said...

wahhhh sudah memasukkan elemen genetik nampaknya.... hehehehe me and my hubby boleh gulung lidah... but saiful don't know yet.. tak baik tau cik ct gelak dengan besarnya kat poksu anda.... kesian dier.... punyalah nak cover punya resesif gen utk gulung lidah... akhirnya terbongkar juga dek aktiviti yang cik siti telah susunkan itu.... wakakakakaka.....

SITI said...

kak Asma: Hehehe. Seronok jer buat aktiviti tu. :)

ultimatecass said...

tim, bila aku baca blog kau aku rasa macam baca buku teks BM. tiba tiba teringat kat puan minati. hahaha.

SITI said...

Atie: Ahaha. Aku tak pandai nak tulis bahasa lain mcm kau. Bukak blog kau n blog nella, aku kene bukak kamus tau. Huhu.

Anonymous said...

kesimpulan?...

mari menggulung lidah...

:p

Along mesti gulung..chaiyok2!

ros said...

sy boleh gulung lidah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...