Semalam hari cuti. Tapi, hari cuti yang agak dukacita kerana tiada talian internet di bilik. Maka, berdua2an dgn Ketua Felo di opis kolej, untuk melayari internet dengan talian tanpa wayar. Ketua Felo sangat rajin mentelaah pelajarannya. :)
Sampai pagi tadi, sebelum ke lab, talian internet di bilik belum pulih. Hanya YM sahaja yang boleh. Konpius btol.
Sekarang, hari sudah petang, dan saya masih di makmal. Perlu ke Sogo, kerana belum membeli makanan. Kantin di makmal tutup, kerana, dikhabarkan, bos kantin itu bercuti utk berkahwin lagi, setelah isterinya yang pertama itu diceraikan. APAKAH? Saya agak konpius mendengar perkhabaran itu. *sigh*
Esok, cuti lagi. Apakah akan berlaku dgn kehidupan saya di bilik esok tanpa talian internet? Saya amat dukacita bila memikirkannya.
Kromosom saya hari ini tidak memihak pada saya. Gambar di bawah cahaya DAPI, sgt mengecewakan. Saya tidak tahu mengapa. Selalunya, DAPI yang paling senang dan cantik utk di capture. Tapi, hari ini, DAPI seakan merajuk dgn saya. Ia buat saya penin kepala sebelah.
Saya rasa astigmatisme mata saya semakin menjadi2. Saya rasa saya perlu ke kedai cermin mata, memeriksa mata dan memakai cermin mata. Owh, it is not a good perasaan. Owh...
Semoga lapisan dinding rahim saya cepat runtuh, maka saya tidak perlu rasa gundah gulana begini. Supaya saya boleh lebih berfikiran positif dan lebih fokus. Semoga. AMEEN.
*updated on 7.41p.m: saya baru sesaat je sampai di bilik, and Alhamdulillah, talian internet sudah kembali pulih. Owh, thank u Allah.
10 comments:
ya..ketua felo sangat rajin...sangat..he..he..semoga dinding ......cepat2 runtuh cik siti..he..he..he..tidak lah lagi cik siti gundah gulana seperti sekarang lagi...ya..ketiadaan internet amat dirasai..bukan hanya cik siti..tapi satu ukm lah..he..he..banyak benda yang berlaku pada kawan2 saya sekarang..saya tak sempat mengetahuinya..tak apa...nanti akan ketahuan juga oleh saya ini...semoga cepat siap tesis anda itu Ketua Felo..ameen..
En. Oryza: wei, kau buat ucapan utk Ketua Felo di sini? Apakah? Heh.
Ayat kau sudah dipengaruhi ayat aku. "...ketahuan juga oleh saya ini..."
:P
astigmatisme.. kalau ianya berlaku pada lensa kamera, ia masih boleh dibetulkan menggunakan Adobe Photoshop atau software lain tanpa perlu pakai kanta lain untuk kamera.
tapi kalau mata kita yg kecil dan kompak berbanding kamera yang besar tu, bila prob sket, tak boleh dibetulkan dengan mudah.. terpaksala pakai spek. mmg x syok tp apa leh wat.. it's too complex. nak rawat pakai laser bole gak tp duit la..
hebatnya Allah ciptakan mata ni.. kamera xleh saingi kehebatan mata yg sangat tinggi ketangkasan shutter n aparture dia.
lupa nak gtau:
"anda ditagged"
Alhamdulillah..
internet sudah kembali pulih...
jgn bersedih lagi...
keep on writing ye...
jgn bertangguh wat cermin mata tu..anda perlu menjaga anugerah2 ini dengan baik...
ok!
semoga segala-galanya baik2 belaka...
AMEEN...
Abg Suhail: kita hanya tahu astig mata jersss. Blaja masa sains ting 3 dulu. Tagged? Huhu.
Anon @ En. Kid: Aku akan keep on writing jika kau sudi keep on reading and commenting. :D
Tapi, janganlah anon. Please...
no more anon to your comment?...
surely...
:)
well then...don't mess up ur life...
u av a gr8 one and pursue it...
Ok!
Smile n happy always!...
sensortu caps: wei, pjg lah pulaks nama kau. Tp, better lah drpd kau letak anon.
Hurm, gr8 life, eh?
Tapi, yang pasti, life is greater bila ada kawan yang baik mcm kau. :D
Boleh ker tulis macam tu? Boleh?! Bolehlah. Hehe.
HeLo
erma: hello. Apakah, kau? Di opis baru, kan? Hurm...
Post a Comment