Wednesday, January 02, 2008

Tahun Baru 2008

Ya, hari ini sudah masuk hari kedua tahun 2008. Tahun yang dikatakan banyak tuahnya. Tahun yang dikatakan akan berlansungnya pilihanraya umum Malaysia (yg sgt signifikan dgn keluarga saya). Bermulanya tahun baru, sume orang mengharapkan yang baik2 sahaja berlaku, termasuk saya.

Tahun 2007 agak gerun bagi saya. Penuh dengan kisah satu orang lelaki itu. Maka, harapan saya semuga lelaki itu tidak dominan lagi dalam hidup saya tahun ini. Begitu? TIDAK. Harapan saya ialah, saya akan mendapat cinta dari lelaki itu walaupun sesaat. Ameen.

Tahun 2007 juga saya masuk semula ke KAB, UKM. Mmg saya gembira. Tapi, saya juga berharap, saya akan dapat tammatkan pembelajaran saya di sini. Dalam lain ayatnya, semuga perjalanan pembelajaran sarjana saya akan lancar tahun ini. Ameen.

Dan, bagi tahun 2008 ini, saya juga berharap, saya tidak mempunyai banyak pilihan. Maka, saya tidak perlu membuat keputusan yang berat2. Bukan saya tidak sukakan tanggungjawab, tetapi, saya berasa agak penat membuat keputusan pada 2007 yang lalu. Huhu. Biarlah saya hanya perlu memilih jenama berus gigi dan/atau ubat gigi. Colgate, Darlie atau Oral-B? Ubat gigi Mukmin? :D

SELAMAT TAHUN BARU 2008. Bumi sudah tammat satu lagi pusingan orbitnya mengelilingi matahari. Indah sungguh kejadian Tuhan. Subhanallah.

3 comments:

Anonymous said...

Selamat Tahun Baru Tim,

Ye..maaf la kerana aku akan wujud di kehidupan kau untuk seminggu dua ini...

Aku sangat bersetuju dengan new year wish ko iaitu tak perlu byk buat pilihan...

Aku harap tahun 2008 memberi sinar pada aku yang malap senatiasa ni..

Try to cheer up my year by....tuka new car..maybe...hehe

Marliza Radzi said...

pilihanraya umum Malaysia yg sgt signifikan dgn keluarga anda. sudah tentu lah kan? heheh.

tapi ia juga signifikan dengan saya selaku rakyat negara ini. heheh.

selamat tahun baru!

SITI said...

Erma: aku ingin naik kete baru!!!

kak Yanti: tak suke pilihanraya sebenarnya... huhuhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...