Monday, January 14, 2008

Perempuan Tidak Bernama

Selepas menyambut tahun baru 2008 dan Maal Hijrah 1429, rakyat Malaysia akan menyambut Tahun Baru Cina pula dengan kedatangan Tahun Tikus.

Namun, sambutan tahun baru tidaklah seindah yang diharapkan oleh bekas Menteri Kesihatan Malaysia. Ya, tahun baru dia dicemari dengan dugaan besar. Segala2nya yang dia ada hilang dalam sekelip mata hanya kerana hubungan dia dengan seorang perempuan tidak bernama itu.

Ya, bukan Dr. Chua sahaja yang berbuat begitu. Ramai lagi lelaki di luar sana yang melakukan hubungan dengan perempuan tidak bernama. Namun, disebabkan status Dr. Chua sebagai seorang ahli politik, maka musuh2 politiknya mencari seberapa besar dosa yang dia pernah lakukan. Maka, atas dasar TIDAK BERMORAL, dia telah TIDAK DAPAT DIMAAFKAN oleh masyarakat amnya.

Siapa perempuan itu? Tiada siapa yang tahu. Tapi, kehidupan dia mmg telah dilabel TIDAK BAIK oleh masyarakat am. Apa yang dia dapat dari kehidupan dia? Banyak, tapi, kata sesetengah orang, dia hanya tidak mendapat cinta sejati atau kasih sayang sejati, hanya kerana dia tiada ikatan yang sah dengan LELAKI itu.

Ya, dia mungkin boleh digelar perempuan picisan. Atau, lebih keji lagi, perempuan murahan. Dan, ya, dia mungkin sudah kaya dengan harta benda, kerana LELAKI itu ada banyak wang. Dia dilihat sebagai tiada kuasa dalam apa2 perkara. Tidak layak mendapat harta pusaka dan banyak lagi.

Namun, akhirnya, dia telah BERJAYA memusnahkan kuasa orang LELAKI itu. Satu orang LELAKI yang macam ada kuasa dalam banyak perkara telah hilang kuasa disebabkan oleh satu orang PEREMPUAN yang macam tiada kuasa dalam apa2 hal pun. Begitulah hebatnya PEREMPUAN TIDAK BERNAMA itu yang semacam TIDAK ADA KUASA itu.

Kesimpulan? Jangan memandang enteng terhadap kuasa PEREMPUAN TIDAK BERNAMA a.k.a perempuan picisan a.k.a perempuan murahan. DAN, jangan rasa sgt berkuasa bila memegang banyak kuasa. Kerana sesungguhnya, ALLAH Maha Berkuasa.

3 comments:

Marliza Radzi said...

perempuan dan keruntuhan lelaki, bukan suatu fenomena baru.

moral: jangan tersilap memilih perempuan.

Anonymous said...

tim! bukan a.k.a lah, tu kan omputih "as known as", dia kena, "atau dalam nama lain" kan kan? ;P.

manja betul la berbahasa melayu formal ni. good job though. :)

SITI said...

kak Yanti: Ya, perempuan juga jangan tersilap memilih lelaki.

Azhani: Ya, terima kasih. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...