XY: Apa yang u akan buat supaya I suka kat u? (251107)
Jawapan pada saat ini:
Saya hanya akan menjadi diri saya dan akan berdoa kepada Tuhan. Tidaklah saya akan berbuat apa2 sekarang. Kerana saya sudah begitu penat. Saya sangat penat memujuk hati saya supaya berhenti untuk mengharapkan apa-apa lagi. Memberitahu hati saya bahawa kamu milik orang lain. Memujuk hati saya yang kecil ini bahawa sesungguhnya kamu mmg bukan untuk saya. Maka, di saat ini, apabila menyebut nama kamu, sudah tiada rasa kasih itu lagi.
Bahawa, kamu pernah melukakan hati kecil ini sehingga terasa pedih sungguh dgn jawapan2 kepada persoalan yg pernah saya lontarkan. Maka, tidaklah saya akan berusaha selain daripada berdoa supaya keadaan akan menjadi baik-baik sahaja.
Semasa saya merasakan saya telah memiliki hati kamu satu masa dahulu, perasaannya mmg sgt indah. Analoginya ialah seperti kamu mengidamkan sebuah kereta mewah (idaman kamu ialah Hyundai Sonata AL 145). Melihat dari kejauhan, dan tiba-tiba berjaya memilikinya dengan usaha yang sedikit. Memandu kereta idaman adalah perasaan yang sgt indah. Tetapi, hari demi hari, kamu tahu kereta itu tidaklah begitu sesuai untuk kamu, maka, kamu juga telah ditakdirkan untuk berpisah dengan kereta itu.
Namun, kenangan memandu kereta itu, tidaklah dapat dilupakan, malah akan membuat bibir merah mengukir senyuman. :)
Cukuplah keadaan sudah menjadi semakin baik sekarang. Saya mmg berasa sgt penat sekarang. Mungkin saya akan melakukan sesuatu bila sudah hilang penat saya. Mungkin nanti. Mungkin juga, saya tidak akan melakukan apa2 lagi, kerana saya masih berkira2, jika saya benar2 memiliki hati kamu, tidaklah saya akan merasa senang pun. Malah, saya perlu menempuh byk lagi episod2 duka yang terasa payah. Dan lagi, she nampak sungguh sepadan dengan kamu.
Sekian.
(p/s: inilah akibatnya setelah banyak membaca buku karangan HAMKA. Bukanlah saya telah menulis seperti Hamka, tetapi saya telah sangat terpengaruh dengan lenggok bahasanya. Memang lain benar lenggoknya jika dibandingkan dengan penulis yang lain, bukankah?)