XY: Apa yang u akan buat supaya I suka kat u? (251107)
Jawapan pada saat ini:
Saya hanya akan menjadi diri saya dan akan berdoa kepada Tuhan. Tidaklah saya akan berbuat apa2 sekarang. Kerana saya sudah begitu penat. Saya sangat penat memujuk hati saya supaya berhenti untuk mengharapkan apa-apa lagi. Memberitahu hati saya bahawa kamu milik orang lain. Memujuk hati saya yang kecil ini bahawa sesungguhnya kamu mmg bukan untuk saya. Maka, di saat ini, apabila menyebut nama kamu, sudah tiada rasa kasih itu lagi.
Bahawa, kamu pernah melukakan hati kecil ini sehingga terasa pedih sungguh dgn jawapan2 kepada persoalan yg pernah saya lontarkan. Maka, tidaklah saya akan berusaha selain daripada berdoa supaya keadaan akan menjadi baik-baik sahaja.
Semasa saya merasakan saya telah memiliki hati kamu satu masa dahulu, perasaannya mmg sgt indah. Analoginya ialah seperti kamu mengidamkan sebuah kereta mewah (idaman kamu ialah Hyundai Sonata AL 145). Melihat dari kejauhan, dan tiba-tiba berjaya memilikinya dengan usaha yang sedikit. Memandu kereta idaman adalah perasaan yang sgt indah. Tetapi, hari demi hari, kamu tahu kereta itu tidaklah begitu sesuai untuk kamu, maka, kamu juga telah ditakdirkan untuk berpisah dengan kereta itu.
Namun, kenangan memandu kereta itu, tidaklah dapat dilupakan, malah akan membuat bibir merah mengukir senyuman. :)
Cukuplah keadaan sudah menjadi semakin baik sekarang. Saya mmg berasa sgt penat sekarang. Mungkin saya akan melakukan sesuatu bila sudah hilang penat saya. Mungkin nanti. Mungkin juga, saya tidak akan melakukan apa2 lagi, kerana saya masih berkira2, jika saya benar2 memiliki hati kamu, tidaklah saya akan merasa senang pun. Malah, saya perlu menempuh byk lagi episod2 duka yang terasa payah. Dan lagi, she nampak sungguh sepadan dengan kamu.
Sekian.
(p/s: inilah akibatnya setelah banyak membaca buku karangan HAMKA. Bukanlah saya telah menulis seperti Hamka, tetapi saya telah sangat terpengaruh dengan lenggok bahasanya. Memang lain benar lenggoknya jika dibandingkan dengan penulis yang lain, bukankah?)
4 comments:
saya suka lenggok bahasa anda :)
sungguh indah irama, lenggok gaya bahasa itu..... tapi mengapa orangnya berkecimpung dalam bidang sains dan bukannya sastera????
kak Yanti: Ahaks. Terima kasih.
anon: Terima kasih. Tidaklah salah rasanya bila kita dapat mengetahui banyak ilmu Tuhan dalam dunia ini. Ramai lagi orang2 hebat, yg dpt menggunakan kedua2 belah otak mereka. E.g, bekas NC UMalaya,Datuk Dr. Hashim Yaacob, seorang pakar pergigian yang boleh menulis cerpen dengan baik, juga boleh bermain wayang kulit, malah seorang ahli pasukan simpanan tentera laut diraja Malaysia. Hebat, bukan?
Hamka ada menulis,
" Dalam hidup, kita perlu sentiasa
mendaki dan menuruni...memang payah untuk mendaki bukit..
namun bersabarlah..
kerana kita pasti akan sampai ke puncak..apabila berada di puncak..jangan lalai dan leka..kerana kita pasti juga akan menuruni lurah..mudah juga untuk menuruni, tapi berhati-hati kerana mungkin kita akan tergelincir.. bila sudah berada di kaki bukit..
kita perlu bersedia dan berusaha
untuk mendaki bukit yang seterusnya.. itulah kehidupan dunia..jalan rata yang akan kita tempuhi hanyalah di akhirat nanti..
waktu itu, kita tak perlu mendaki
atau menuruni lagi.."
"For the great aim of education.. " said Herbert Spencer, "is not knowledge but action."
And Hamka novel is an action novel. All the best dear..
Your lovely cousin...
Post a Comment