Saya dan adeks berposing sebelum menunggu lembu2 di sembelih di belakang rumah, sambil adek yg seorang itu berposing dgn penyapu. Lembu tak pulaks masuk gambar. Hehe. Oh ye, tahun ini kami ada baju baru untuk Aidiladha, yg agak jarang2 juga dilakukan. Huhu...
Pagi Khamis, Aidiladha 1428, menolong di dapur. Selesai solat Hari Raya, sebok pula ingin melihat lembu dikorbankan. Di belakang rumah, 4 ekor lembu dikorbankan. Kemudian, semua hadirin pun makan di rumah kami. Saya adalah orang yang telah dipertanggungjawabkan untuk memastikan makanan cukup untuk orang ramai itu seramai 40 orang. Huh. Selesai tugas, hujan pun turun. Penat dan sejuk = tidur yang nyenyak. Pakngah n family sampai agak lewat petang. Jamil yang hensem juga pulang. Hehe. Tp, adeks lelaki ku belum kunjung tiba. Erm... dia tiba agak lewat, jam 11 malam baru sampai, perlu berhari raya di kem terlebih dahulu.
Jumaat, berjalan2 ke rumah maklong dan tokcik. Akibat makan agak banyak hari sebelumnya, maka perut sudah tidak mahu menerima apa2 lagi. Kesian kat buah pinggang, saya makan terlalu banyak daging. Maaf, ibu tidak memasak ikan kerana hari ini hari raya. Hanya ada daging lembu, ayam, sedikit sayuran dan buah2an.
Hari ini hari Sabtu, 12 Zulhijjah 1428 H, HARI JADI SAYA yang ke-25 mengikut peredaran bulan. Masih hari tasyrik, tidak boleh berpuasa. Masih tiada ikan, ibu memasak nasi malaya kesukaan saya. Hari ini juga, saudara-mara saya mula pulang. Tengah hari, rumah sudah mula sunyi semula. Ibu saya juga sudah ke sekolah. Apakah?! Ya, dia sudah rindu pada kerusi di sekolahnya mungkin. Hehe...
Esok, Ahad, perlu pergi membeli-belah sedikit. Malam pula, perlu ke rumah moksu. Dia buat barbeque sempena anniversary poksu moksu saya yang ke 22 tahun. SEMOGA BERBAHAGIA HINGGA KE AKHIR HAYAT. Daging lagi? Harap2 ada ikan dan/ atau seafood. Tp, saya teringin nak makan lamb. Heh.
Saya akan pulang ke kolej hari Isnin kerana perlu menjalankan tugas sebagai felo.
Tammatlah catatan Aidiladha saya untuk tahun ini. Dan, sekali lagi saya sangat bersyukur dengan nikmat Tuhan yang tidak terkira. Begitu banyak rezeki esp food yang telah dikurniakan kpd saya sekeluarga. Kami tambah2 bersyukur apabila menonton mangsa2 banjir di timur dan utara semenanjung Malaysia, tidak lupa juga mangsa bom di Pakistan. Aidiladha mereka penuh duka.
Dan, sempena hari jadi saya, saya dedicate bulan penuh pada kawan2 (perempuan) saya. INDAH. Rindu kamu semua.
7 comments:
family matters :)
Salam Aidil Adha & Happy Birthday :p
kak Yanti: Ya! :D
Awis: Thanks. Erm, kite mmg dah baik, eh? Huhu. Kau dah minum kt Starbucks?
Hey!!!nape tak selit kan ucapan selamt bertunang tuk aku???
mane aci!!!awis pernah dapat surat..cis!!
hehe itu jamil masih wujud?
hehehe
Anne: Haah. Tp, tahi lalat dia dah tak wujud dah. heh.
bestnyer kumpul ramai-ramai bersama sepupu n pakcik makcik... walaupun nenda berdua telah kembali ke rahmatullah.... yup... family matters.... sungguh seronok bercerita bergosip berkumpul ramai-ramai... maybe kekadang tue umah tue bising sampai tak sedar dah jauh malam, embun jantan dah mula turun, kekadang ada yang sampai ayam berkokok pun... ceritanya tak abis lagi... sungguh seronot detik-detik itu.... :)
Post a Comment