Monday, December 17, 2007

Cerita Pendek

Saya memang addicted dengan cerpen. Saya memang lebih gemar membaca cerpen daripada novel. Dua buku di atas adalah antara antologi cerpen kesayangan saya. Baca ulang2 seribu kali ulang pun boleh. Banyak cerita sweet, comel dan menginsafkan dalam buku2 itu. Antara yang paling digemari ialah Hari Ini, Hari Gembira dan Sapu Tangan Tanda Kasih dalam Hati Muda Bulan Muda; dan Cina Angkat Najis di Rumah Saya dalam Ingin Jadi Pujangga.

Lain2 cerpen yang mempunyai kenangan ialah Jangan Menangis Perempuan dan Semut Merah Semut Hitam. Dua cerpen dalam akhbar tempatan ini dibaca bersama2 orang terchenta (ketika itu). Ihiks.

Jangan Menangis Perempuan itu; ceritanya telah memberi kesan kepada saya. Ia berkisah ttg seorang perempuan (saya namakan A) yang sentiasa bersyukur dengan keadaan negaranya yang aman dan keluarganya yang bahagia dengan suami soleh dan anak2. Kemudian, ada seorang perempuan (saya namakan B); kenalannya yang telah ditinggalkan suami. Sebagai seorang ustaz, suami si A telah memberi nasihat kepada B. Melihat keadaan itu, si A bertambah bersyukur dgn kehidupannya, sehinggalah si suami membuat keputusan ingin berkahwin dengan si B. Dan, tidaklah dia boleh menangis hanya kerana dia akan dimadukan; dan dia cepat2 membandingkan keadaannya dengan kesengsaraan orang lain (yang sedang berperang, menghadapi bencana alam etc.). Dia tidak boleh menangis!

Maka, saya juga telah berperasaan bahawa, apalah sangat jika hendak dimadukan, jika dibandingkan dengan kesengsaraan orang lain di tempat lain. :P

Dan, semalam saya telah amat tertarik untuk berkongsi cerpen dalam Berita Minggu. Ryan dan RM 200, 000. Cerpen ini penuh dengan fakta dan sarat dengan emosi. Ia mmg dekat benar dengan diri saya as saya pernah diajar menjadi seorang embriologis. Saya pernah berada dalam wad pembedahan untuk melihat prosedur IVF itu, menjadi runner membawa ovum dari doktor ke embriologis. Saya pernah melihat ovum degil yang tidak mahu bersenyawa dengan sperma itu. Saya pernah lihat lebihan embrio yang disimpan ke dalam tangki nitrogen (baca: dihentikan proses perkembangannya). Ya, saya pernah.

Dan, cerpen ini agak menakutkan. Betapa teknologi telah memberi banyak pilihan kepada manusia. Kadangkala, hidup lebih mudah jika tiada banyak pilihan. Betapa dengan mudahnya, manusia berfikir untuk membuat jahat, lebih mudah dari berfikir untuk membuat baik. Betapa, apabila ahli sains menjadi jahat, maka dunia akan menjadi lebih kacau. Betapa, balasan Tuhan itu boleh berlaku bila2 masa dan di mana saja.





Saya juga sedang membaca dua buah antologi cerpen ini.




5 comments:

Marliza Radzi said...

hebatnya perempuan A.

SITI said...

kak Yanti: Ok kot kalu dpt madu yg baik, boleh jadi frenz. Gi seshopping sama2. Hehe.

Anonymous said...

apakah???? kenapa cerita perempuan A, perempuan B dan suami perempuan A itu seperti cerita yang sedang hangat dan panas diperkatakan sekarang ini???? ihiksss tapi memang hebat dan punya hati yang kuat perempuan A itu kerana dia boleh menerima takdir hidupnya yang bermadu.... sehinggakan dia tidak boleh menangis langsung.... apakah??? kite boleh menjadi sepertinya???? hanya Allah yang Maha Kuasa saja Yang Maha Mengetahui segala apa yang bakal berlaku.....

SITI said...

kak Asma: cter yg maner, eh? Nanti kite gossip kat lab, k. Hehe. Erm, bukannyer takde kehidupan poligami yang aman, wpun sedikit tapi ia wujud.

Awaldamai said...

Tidak pelik kisah seperti itu.Jika kita baca kisah seleberiti Salleh yaakob lagi hebat dengan 4 isteri...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...