Tuesday, December 11, 2007

Surat untuk Awis

Awis, sahabatku,

Aku tahu aku tidak sepatutnya rasa begini. Kau marah aku menjadi agak emosional dengan perkara2 yang telah berlaku. Kau salahkan aku, kononnya estrogen aku yang sedang meningkat punca aku bersikap demikian.

Tapi Awis, aku dah lama pujuk hati aku supaya biarkan sahaja apa yang kau buat. Sebab aku sangat terhutang budi pada kau, membuat kerja untuk aku. Aku pernah katakan pada beberapa orang teman yg lain, malah berkali2 aku katakan pada diri aku sendiri, "Siti tak boleh jahat sikit pun dengan Awis, sebab Siti memang terhutang budi dengan Awis, sebab dia sudi jadi Pengarah Projek ABADI. Biarlah Awis nak buat jahat apa pun, Siti tak boleh nak cakap Awis jahat". Tapi, episod2 yang berlaku sangat menggugat perasaan baik terhadap engkau ini.

Awis, aku dgn penuh azam memujuk hati aku melupakan pelakuan kau padaku sewaktu aku di Langkawi. Itu sebab aku telah berjaya "berbuat baik" lagi pada engkau. Tapi, aku sangat tidak sangka kau boleh berkata "begitu" padaku dan adek ku. Dan, dengan senang hatinya, kau menambah, "Aku kawan kau, Tim. Berapa lama sangatlah kau boleh merajuk dgn aku". Aku sangat tak sangka kau, seorang yang aku dan kawan2 aku labelkan, MULIA, boleh berkata begitu. Aku boleh terima kalu kawan2 aku yang lain yang kata begitu, tapi bukan kau, Awis.

Awis, minggu lepas, Mak Usu aku bercerita, tentang dia boleh berbuat baik dgn mertua dia selama 20 tahun ini. Tapi, keadaan tidak bertambah baik, malah semakin buruk. Dan, akhirnya, pada tahun ini, dia terpaksa melawan sifat dirinya. Dia bercerita padaku, "Bila Moksu rasa nak buat baik, nak anta makanan ker, tiba2 teringat kat mereka, macam nak melawat, tp, Moksu lawan. Moksu keraskan hati." Kau mahu aku buat begini pada kau?

Kau tahu aku juga punya hati selembut Mak Usu ku itu. Tapi, Awis, aku juga boleh belajar melawan hati yang baik ini untuk tidak berbuat baik. Tapi, aku tahu, aku akan merasa sangat sedih bila aku telah tidak berbuat kebaikan kepada engkau. Tidak, Awis. Aku pasti tidak sanggup untuk makan sedikit pun cokolat, jika aku tidak membelikan untuk kau tempoh hari.

Aku tahu, aku sekadar kawan picisan kau. Tidak perlu kau jaga hati aku sebaik kau menjaga hati "perempuan berstokin hitam" itu. Tidak perlu kau pujuk hati aku, malah kau boleh menambah kedukaan yang ada. Tapi, aku nak kau tahu, sudah lama aku menyimpan kesedihan terhadap kau ini. Dan, hari ini aku telah menulis kepada engkau.

Awis, aku minta maaf jika aku telah mengganggu emosi engkau. Tapi, sejak kebelakangan ini, semakin ramai orang yang mempersoalkan kebaikan aku. Mengapa perlu kita menjadi musykil bila orang berbuat baik kepada kita? Aku sungguh tidak faham. Bukankah dunia akan menjadi lebih baik jika ramai orang berbuat baik? Bagi aku, kita hanya perlu sedih dan musykil bila ada orang berbuat jahat pada kita. Mengapa dia perlu berbuat jahat? Apa salah kita?

Sentiasalah berbuat baik, Awis. Sekian.


Ikhlas dari,
"Satu orang perempuan yang kau panggil KAWAN".

8 comments:

Anonymous said...

Siti FaTimah, I really appreciate what u had done/gave to me. Tak pernah terdetik or sekelumat pun dalam hati aku nak buat jahat/ xmulia/ sakitkan hati ko. Sebab ko kawan aku, Tim..

I just being myself since we knew each other 5 years back. Aku tak pernah berubah pun even lepas aku kenal so called 'gadis berstokin hitam' tu, and for your info nama dia Syahida. The way I treated you today as what I did it last year, last 2 years, last 3years, last 4 years, even last 5 years back. Sebab ko kawan aku, Tim..

I always want to be a friend by your side. Always.. Kalo ko dah terlupa, biar aku ingatkan sket utk ko.. Bila orang2 or kawan2 lain tak penah berminat pun nak dengar cerita2 ko tentang 'budak gagah' yang ko minat tu, sapa yang ko cari? sapa yang spent a few hours listening n trying to understand? Sebab ko kawan aku, Tim..

It's ok Tim, tak perlu ko nak jadi mcm moksu ko. If you think I'm still worth to be a fren of yours, so am I. Last but not least, Aku kawan kau, Tim. Berapa lama sangatlah ko boleh merajuk ngan aku. Ehehe. Sebab ko kawan aku, Tim..

Sebab ko kawan aku jugaklah, thanks for this write-up about me in your Setitis Rasa Blog. Thanks jugak coz ko dah buat aku sedar yg aku sgt2 tidak menjaga hati kawan2 dikala aku ingat aku dah cukup menjaga hati kawan. Sebab aku tahu yang ko still hargai erti persahabatan kita ni.

Sorry sebab aku teremo & my bad english.

Awis 18:35 12/12/07

Anonymous said...

yo tim. wow, tim berdrama swasta. what happened to your malay tim? study genetics byk sgt la ni kot.

anyway, miss you timah! take care :)

SITI said...

Awis: ...

Azhani: Apsal dgn malay aku pulaks? email aku = timdina@yahoo.com dan/ atau timdina_199@hotmail.com

Anonymous said...

hey Ya..

Both of u..
kelakar la...

gadis berstokin hitam vs budak gagah..huuhu.

anyway, meh datang my engagement k...berbaik2 la kamu..yang aku tahu both of u adalah sangat baik...biasala sedangkan lidah lagikan tergigit..

Peace babe

SITI said...

haah, klakar...

hehe...

congrats on ur engagement!

Anonymous said...

ye..saksikanla perlawanan gadis berstokin itam vs budak gagah..
teket 5 hengget jek..mari3...

kesimpulan:tim karat

Anonymous said...

Ema.. Congrats on your engagement..

Tim.. Happy Birthday mengikut peredaran bulan huhu..

Nadia.. duit teket tu jangan wat2 lupa palk, 20% tu aku nyer..

Too all, Happy Aidul Adha.. And Happy New Year..

Penat dah gado2 ngan Tim, last2 baik jugak..

Anonymous said...

HeLo...

Kawan2 sekola convent..ade
kawan2 sekola SSI..ade
Kawan2 Matrix ade...
Kawan2 UKM...TIADE!!!
sampai hati kamu2 tidak menjengukkan diri di hari pertunanganku...huhuhuu ='(

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...