Sunday, March 03, 2013

CNY 2013 Potluck

Salah satu kegembiraan apabila bekerja dengan kumpulan pekerjaan sekarang ini ialahhhh,

Merahhhhh. Saya sungguh merah pada hari ini.

Kami meraikan Tahun Baru Cina tahun ini dengan mengadakan potluck! Banyak sungguh makanan sehingga tukang ambil gambar opis kami ini tidak ambil banyak gambar, sebab asyik makan sahaja. Haihhhh.

Kita mula dengan yee sang.



Ada nasi lemak, mee goreng dan nasi impit sebagai juadah utama. Saya bawa sambal sotong yang pedasssss sampai bos tak tahan. Huhu. Sorryyyy bos. Disebabkan banyak sangat makanan, dapatlah juga bawa balik sambung makan malam.


Ini adalah highlight of the day. Di tempat saya bekerja ini, ada satu budak yang makan secara amat sihat. Maka, dia telah membawa miang kham ini. Ia sejenis makanan Thai. Ambil daun kaduk itu dan letak bahan-bahan sampingan tersebut, lipat lalu makan. Oh, bagi melekatkan bahan-bahan yang kecil-kecil ini, sapu daun dengan kuah rojak, yang entah kenapa tiada dalam gambar di atas. 

Setelah makan, saya rasa suka. Mungkin lain hari boleh buat sendiri. Atau jika ke kedai Thai, boleh order makanan ini. Dulu, kawan saya ini bawa chicken salad yang sedappp. Sehinggakan saya buat semula sendiri di rumah. Nyum nyum. 

Saya tidak sabar menunggu potluck seterusnya. 




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...