Tuesday, January 01, 2013

Tahun Baru: 2013



"Where there is desireThere is gonna be a flameWhere there is a flameSomeone's bound to get burnedBut just because it burnsDoesn't mean you're gonna dieYou've gotta get up and try try tryGotta get up and try try tryYou gotta get up and try try try..."


Bait lagu "Try" oleh Pink ditujukan untuk menyambut tahun yang baru ini, tahun 2013.

Memang bagi sesetengah orang, tidak ada apa-apa yang berbeza. Tidak menyambut pun hari 0101 ini. Tapi, ada yang bersungguh-sungguh menyambut tahun baru. Ada juga yang berlebih-lebihan.

Semangat untuk berubah pada setiap tahun yang baru memang biasa kita dengar. Dan, jika mengikut bait lagu di atas, kita kadangkala boleh terbakar dengan semangat dan azam yang meluap-luap itu. Tapi, kita tak semestinya akan mati. Bangun dan cuba lagi, ya.

Dengan kemudahan media sosial sekarang, saya dapat melihat ramai rakan taulan dengan azam baru mereka. Ada yang nampak begitu gembira, kerana mereka melihat ada satu sinar kegembiraan yang akan datang kepada mereka dalam tahun ini. Ada yang menunggu kelahiran orang baru tahun ini. Ada juga yang akan melengkapi diri orang lain dan dilengkapi oleh orang lain. Bos saya tentunya telah membuat pelan untuk syarikat saya bekerja ini, termasuk untuk kemajuan saya dalam syarikat itu. Itu semua pelan. Emak saya juga ada membuat pelan untuk saya bagi tahun ini, tentunya!

Tapi, ada juga beberapa orang dengan ketidakpastian. Saya adalah antara orang dalam golongan itu. Terlalu banyak ketidakpastian. Doa hendaknya perkara yang baik-baik sahaja berlaku. Doa juga untuk sentiasa berada dalam golongan yang bersyukur.

Selamat tahun baru, rakan taulan, sahabat handai.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...