Wednesday, July 18, 2012

Anak Perempuan

Mahu cerita beberapa kisah, sekadar untuk renungan. Kisah-kisah yang mungkin tidak kita percaya kebenarannya, sehinggalah ia berlaku pada orang sekeliling kita. Ya, kisah tentang anak perempuan. Ini kisah tentang dua orang (dua buah keluarga) yang BELUM mendapat anak perempuan, setelah mendapat anak-anak lelaki.

Kisah pertama. Kawan saya, dinamakan di sini YY. Dia sudah berkawin, punya anak dua. Pada satu perjumpaan makan-makan, saya ada bercerita tentang IVF. Dalam ayat-ayat terakhir, saya ada sebut, teknologi terkini telah memungkinkan kita memilih jantina embrio yang kita hendak masukkan ke dalam rahim. Pemilihan jantina. Dan YY pun bertanya lebih lanjut lagi, tapi jadi sedih kerana teknologi ini guna banyak wang yang dia belum mampu. YY pun bercerita tentang dilema yang dihadapinya. Dia berkahwin dengan lelaki yang ada adik-beradik seramai 5 orang, yang kesemuanya lelaki. Kemudian, YY dapat anak, dua-dua pun laki-laki. Emak mertua YY sampaikan telah tolong jaga anak/ cucu jiran yang perempuan kerana rasa kepingin yang amat sangat. YY gusar kerana adik iparnya akan berkahwin tidak lama lagi. Jika birasnya mengandungkan anak perempuan, dia risau kedua-dua anaknya akan dipinggirkan oleh mertuanya.

Kisah kedua. Tentang satu kakak yang saya kenali, RS. Kakak ini kahwin awal dewasa, dan terus mendapat anak. Dan, seterusnya anak lelaki kedua dalam tahun ketiga perkahwinan. Sudah sebelas tahun kak RS tidak mengandung, lantas mengundang rasa rindu. Kepingin sungguh dia anak perempuan. Dia pun menunggu juga jika ada siapa-siapa yang mahu memberinya anak perempuan untuk dijaga. Satu hari, ada berita bayi kena buang. Ralat sungguh kerana bayi itu mati akibat lemas dibuang dalam parit. Ralat bertambah apabila bayi itu dibuang di Kajang, 20 minit saja perjalanan dari rumah kak RS. "Letak sajalah di tempat yang selamat, biar akak jaga". Minggu lepas kak RS sudah mula shopping raya. menjadi satu-satunya perempuan dalam keluarga, banyaklah barang untuk kak RS sahaja, sehingga anak yang dua itu mencemik. Tapi, bila ingin dibelikan baju, mereka menolak, mahu tunggu puasa dulu. "Kalau anak perempuan akak, musti dah dapat sepoloh pasang baju raya" jawab saya. 

Inilah dua kisah, dalam beribu-ribu kisah masyarakat hari ini.

Sekian.

2 comments:

Kak Ida said...

Nice story..paham sgt perasan org tu. agak same like me lah.

jod00d said...

Jd anak perempuan sgt besttttt

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...