Tuesday, April 24, 2012

Kubur Wangi

Umur semakin meningkat, maka semakin banyak kali ke kubur. Daripada sangat takut sehingga takut sikit-sikit. Tidak pernah melihat kubur digali. Tapi, sudah banyak kali lihat mayat diturunkan, dikambus dan mendengar talkin.

Dalam 6 bulan yang lepas, 3 kali saya ke kubur melihat pengebumian jenazah. Saya kira paling banyak dalam tempoh itu. Kali terakhir hari Ahad yang lalu.

Saya juga selalu dengar cerita tentang orang mati. Ada juga cerita yang saya tengok dalam tv. Kadang-kala dalam tv itu nampal macam tak logik. Mastika, saya pasti penuh dengan cerita orang mati juga. Dah lama tak baca, kali terakhir mungkin 10 tahun yang lalu.

Dan, pada hari ahad yang lalu, saya mengalami peristiwa yang sungguh menginsafkan. Mak mertua kepada makcik saya meninggal dunia. Arwah juga adalah jiran kami, tinggal berdekatan dengan rumah kami di kampung itu. Arwah juga satu kariah masjid dengan kami semua.

Saya ikut jenazah sampai dibawa ke tanah perkuburan. Selesa dikambus tanah, pak imam bersedia membaca talkin. Sayu dan insaf mendengarnya.

Semerbak bau wangi. Saya menghidu lagi. Wanginya. Saya cium baju saya, tak wangi. Saya tanya adek saya di sebelah, "Bau tak?". "Bau" jawab adek tersenyum.

Selepas talkin, dibaca tahlil ringkas. Saya berjalan ke arah belakang sedikit, masih tidak mahu percaya. "Mungkin pakcik belakang ini yang wangi". Setelah ke belakang masih bau wangi.

Pulang ke rumah, kami berjalan kaki. Saya tanya ayah saya. "Haah, bau" jawab ayah.

Sampai di rumah, hampir maghrib. Saya mandi. Dan hujan renyai-renyai pun turun.

Kubur wangi, dan hujan renyai. Couldn't ask for more.

Sekian.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...