Sunday, June 26, 2011

Tentang Viva Sarjana

Saat ini saya sedang menyiapkan pembetulan tesis Sarjana. Sudah kekeringan idea mahu tulis apa lagi. Saya rasa sudah cukup banyak saya tulis pada masa lalu.

Viva yang diadakan Isnin lepas sepatutnya menjadi hari yang sangat gerun bagi saya. Tapi, saya sudah berkira-kira, semua yang masuk itu adalah soft-spoken semuanya. Ya, profesor-profesor yang menjadi penyelia dan pemeriksa tesis saya adalah yang baik-baik sahaja. Tiada yang garang-garang. Jadi, bagi saya, jika pun mereka mahu garang-garang, mereka tetap akan berhemah.

Saya siapkan slaid pada akhir-akhir waktu. Sampai di bilik pembentangan agak awal. Tetapi, ada rajah yang tidak keluar. Walaupun agak kalut, saya berjaya edit slaid saya sekali lagi. Takut juga masa itu. Sudahlah tidak sempat tunjukkan kepada penyelia-penyelia saya yang chantek itu. Naseb badanlah dapat penyelia yang lemah-lembut dalam ketegasan. Haha.

Prof. Mahani memang suruh bersedia beberapa soalan yang mungkin akan ditanya. Saya juga buat begitu semasa undergraduate dulu, dan ada beberapa soalan keluar ketika itu. Tapi, untuk sarjana ini, saya tidak sempat, malah ketandusan idea untuk menjangkakan soalan daripada pemeriksa.

Apabila soalan pertama ditanya, saya sangat musykil dan berkerut dahi. Pemeriksa luar yang kacak itu sungguhlah panjang kata-kata pembukaannya. Dan, akhirnya saya hanya gelak-gelak kecil sahaja. Haha. Dia sangat bertanya kenapa banyak ayat-ayat saya tiada "scientific-based". Haha. Apakah? Dia siap tulis lagi pada perenggan akhir tesis saya, "This thesis is about science, not about national policy".

Saya tidak sempat mahu jawab semasa itu. Jadi di sini, saya mahu jawab. 

Kepada Prof. yang kacak lagi dihormati, saya minta maaf jika tersalah tulis. Sememangnya saya telah menulis thesis ini dari hati saya, maka ia telah nampak seperti tesis kemasayarakatan. Bagaimana saya boleh tidak menulis sebegitu. Tesis ini penuh dengan pertolongan ramai pihak.Terlalu ramai. Lihat sahaja muka surat Penghargaan saya itu. Seluruh pihak telah memberikan pertolongan kepada saya. Itu sebab tesis ini sudah seperti kurang nilai saintifiknya. Saya mohon maaf jika ia telah menjadikan Prof. gusar. Terima kasih kerana telah meluluskan saya.

Akhirnya, hari yang sepatutnya saya gerun, telah menjadikan saya gelak-gelak kecil dan tersenyum sampai telinga hingga waktu malam. Esoknya juga masih senyum-senyum membaca komen dan sokongan daripada rakan-rakan di Facebook. 

Prof. yang kacak itu telah tidak garang selepas saya diumumkan lulus viva itu. Malah, kesemua pun memuji-muji saya. Haha. Rasa kelakar sebab hanya saya saja yang tahu tahap kerajinan saya. Mereka puji salah satu sebabnya ialah tidak ramai yang gigih mahu mencerap kromosom, dalam bilik gelap lagi tu! Dan, Prof. yang kacak mahu tawarkan saya projek untuk Doktor Falsafah! Perlu saya istikharah dulu, ya Prof. :)

Mendapat ucapan tahniah daripada professor-professor adalah sangat menyamankan hati di kala bos sedang memandang hina kepada kita.

Saya perlu betulkan tesis ini secepat mungkin supaya saya dapat konvo bulan sembilan nanti. Sambutan pre-convo juga telah dijalankan, maka wajiblah saya konvo tahun ini. Sila baca di sini dan sini tentang sambutan itu.

Ingat, ya bulan sembilan. Sediakan hadiah untuk konvo saya. Eh, ada tak saya beritahu yang hari jadi saya juga bulan sembilan? ;p



3 comments:

KBH said...

Wah, hebatnya. Kagum dengan insan yang sentiasa gigih menambahkan ilmu. Rasa kerdil dengan diri sendiri. Isi borang untuk memohon HLP tetapi di saat akhir, minat kian berkurang dan akhirnya mengalah begitu sahaja.
Tetapi memang betul, pengalaman yg menggerunkan semestinya semasa viva dan ianya akan menjadi manis setelah berakhirnya sesi itu.

SITI said...

Panjang betul enchek KBH komen kali ini. ;p

Tiada yang hebat. Cuma ramai insan penyayang di keliling saya. Haha. *perasan*

apahal said...

Apahal punye...sudah bersara ke? Manakah post baru?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...