Monday, June 20, 2011

Penghargaan


Syukur ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan izin-Nya dapatlah saya menyiapkan kajian ini. Di kesempatan ini, saya ingin merakamkan jutaan terima kasih dan penghargaan yang tidak terhingga kepada semua pihak yang telah membantu saya dalam menyiapkan kajian ini.

Penghargaan dan terima kasih buat kedua-dua penyelia saya iaitu Prof. Dato’ Dr. Mahani Mansor Clyde dan Dr. Siti Norlasiah Ismail atas bimbingan dan nasihat yang telah diberikan. Juga kepada pensyarah-pensyarah yang lain yang telah mengajar saya subjek-subjek Kaedah Penyelidikan, Bioinformatik, Biologi Sel Kanser dan Interaksi Ubat-ubatan.  

Penghargaan dan terima kasih buat En. Abdul Wahaf Abdul Wahid, Cik Noor Azreena Aziz, Puan Noriha Barawi dan Encik Abu Bakar Ardi di Makmal Genetik Reproduktif, BRM, LPPKN yang telah bersama-sama saya sepanjang kerja makmal dilakukan. Juga kepada Dr. Roziana Ariffin, Dr. Shanti Balasubramaniam dari Hospital Kuala Lumpur dan kaum keluarga pesakit atas kerjasama yang telah diberikan dalam melengkapkan kajian ini.

Penghargaan dan terima kasih buat kaum keluarga saya. Kepada kedua ibu bapa dan adik-adik saya yang telah banyak bersabar sepanjang kajian ini dijalankan. Terima kasih khas ditujukan kepada Pak Ngah sekeluarga, Pak Itam sekeluarga, Pak Usu sekeluarga dan Abang Hafiz sekeluarga atas pertolongan yang tidak berbelah-bahagi kepada saya untuk menyiapkan kajian ini.

Penghargaan buat rakan-rakan yang saya temui sepanjang perjalanan untuk kajian ini. Rakan-rakan yang saya temui dalam bas dan komuter. Rakan-rakan di Kolej Aminuddin Baki, Kolej Tun Syed Nasir, Plaza RAH, LPPKN dan juga rakan-rakan di kelas-kelas yang saya hadiri di FST.

Penghargaan dan terima kasih buat seluruh orang-perseorangan yang telah saya kenali dalam perjalanan selama kajian ini dijalankan. Kakitangan di Universiti Kebangsaan Malaysia terutamanya di FST, PPS, Kolej Aminuddin Baki, Kolej Tun Syed Nasir, PTSL, PATMA, PPU, PPPUKM, dan PDAL. Warga kerja di LPPKN terutamanya di unit makmal, unit klinik dan unit pentadbiran BRM, perpustakaan LPPKN, Bahagian Teknologi Maklumat dan Bahagian Keselamatan. Tidak dilupakan, pihak HKL, DNA Laboratories Sdn. Bhd., Hi-Tech Instruments Sdn. Bhd. dan Bio-Diagnostics Sdn. Bhd.

Kesediaan semua pihak dalam membantu saya secara langsung mahu pun tidak langsung dalam proses saya menyiapkan kerja makmal ini amat saya hargai. Hanya Tuhan yang dapat membalas budi kalian. Semoga Tuhan sentiasa memberkati dan merahmati kamu semua.


Saya telah berjaya membentangkan kajian saya petang tadi. Juga telah dianugerahkan Ijazah Sarjana Sains (Genetik) dengan pembetulan. :) Terlalu gembira. Bukan kerana memiliki Sarjana. Tetapi, kerana perjalanan yang panjang ini, tammat jua akhirnya. Apa lagi yang boleh saya katakan lagi selain terima kasih. Ya, ribu-ribu terima kasih. 

5 comments:

HK@JKT said...

Tahniah Siti Fatimah. Semoga kamu terus rajin-rajin dan jangan berfoya-foya jer (perlu juga tu, tau!). Terus serius dan kurang mengada-ngada (ah, kamu faham maksud saya kan?)

Sukses!

KBH said...

Alhamdulillah. Tahniah! Maka, yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu yang kamu hendak dustakan?- Ar Rahman.

SITI said...

HK;
Jika tidak mengada-ngada dan berfoya-foya, bukan Siti Fatimah namanya. ;p

KBH;
Thank you.

Tiada, tiada yang saya mahu dustakan. Semoga kita menjadi hamba yang sentiasa ingat untuk bersyukur.

ros said...

yeay!! congrates akak..akhirnya berjaya jgk..

SITI said...

Thanks, ros!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...