Monday, January 10, 2011

Buku "Malay Courtesy" & Kechomelan

Entah mengapa, hari2 terakhir saya pada 2010 dan hari2 terawal saya pada tahun 2011 ini dipenuhi dengan perkara2 yang cute. Chomel! Penat tau senyum sehingga telinga. :)

Selepas episod gambar sel love itu, saya pun telah pergi mula kerja. Isnin itu, pergi kedai fotokopi, untuk print thesis. Tiba-tiba, ternampak sebuah buku lama, kecil sahaja. Ia ditinggalkan di situ untuk dibuat salinan. Saya ambil, lalu saya baca ayat pertamanya. "You can find Kampong Bahagia in many parts of Malaya". Owh, cuteness! Tidak dapat tidak saya daripada menyuruh pekerja di situ membuat satu salinan untuk saya.



Buku ini telah ditulis pada tahun 1959 dan diterbitkan di Singapura. Ditulis dengan begitu baik, sangat terperinci tentang tatasusila orang Melayu, daripada kaca mata seorang Mat Salleh, yang merupakan seorang pemerhati yang sangat2 baik. Dia mengganbarkan budaya bersalaman kita dengan cukup teliti; "... with palm and fingers in a straight line and joins hands with him. The contact is brief, without any grasp or handshake, and the hand is then raised to the breast for an instant". Saya sangat-sangat kagum dengan penulis ini. Terlalu.

Saya baca buku ini sambil senyum-senyum. Naseblah tidak terjatuh, sebab semasa berjalan pun mahu membaca buku ini. Rasa mahu ambil chuti sahaja petang itu, sebab mahu cepat-cepat habis baca buku itu. Hati pulang berbunga-bunga.

Dan petang itu, cuteness disambung lagi. Prof. telah beri saya SMS dengan smiley face! Tidak pernah berlaku sepanjang saya mengenali dia. Hoh!

Ya, mahu sambung cherita tentang cuteness lagi. Esokya, ada pelawat tiba-tiba datang ke opis saya. Dari jauh saya nampak dia, senyum saya sudah sampai telinga. Haha. Dia seorang yang terkenal dalam bidang genetik. Kacak dan bergaya, Dr. Zilfalil dari HUSM. Huh. Apabila dia masuk ke bilik kecil saya, saya tidak boleh berhenti senyum. Penat tau. ;p

Erm, siapa mahu salinan buku cute di atas, sila email saya, ok? Saya mahu menyebarkan kechomelan buku ini kepada orang ramai. Banyak yang kita boleh pelajari daripada buku ini.

"Some of the old customs might change as he grew up, he would probably never chew a sireh quid or learn how to handle a kris, and he might not live in Kampong Bahagia, but of one thing he was sure, he would never abandon Malay courtesy" - ayat akhir, muka akhir, dalam Malay Courtesy.

Sekian. Selamat menjalani hari-hari seterusnya dalam tahun dua kosong satu satu ini. :)

4 comments:

amiza said...

tim, aku mahu 1..nanti pass kat airport this Friday..insyaAllah akan ke sana

KBH said...

Permulaan yg baik dan menarik di awal awal tahun dua kosong satu satu ini...

SITI said...

amiza;
InsyaAllah.

KBH;
Mahu buku tak?

KBH said...

macam mahu...tapi memandangkan banyak buku lagi yg masih belum habis dibaca, hold dulu la kot...
Rasa masa pada tahun 2011 ini terlalu cepat...btw,thanks.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...