Monday, March 15, 2010

Ketika Susah, Setiap Kesusahan...

Mahu update blog sejak semalam lagi. Mahu berkongsi sesuatu. api, tersekat-sekat pula penulisan. Tapi, perlu tulis juga. Maka, hari ini berusaha.


Lihatlah surah di atas. Surah pendek diberi nama surah Al-Insyirah bermaksud Perihal Melapangkan Dada Nabi. Saya mendengar tafsirnya semasa sedang memandu kereta untuk pulang ke rumah. Mahu saya highlight terjemahan ayat 5 dan 6 surah ini. "Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai dengan kemudahan (5). (sekali lagi ditegaskan): bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran, disertai kemudahan (6)." (Tafsir Pimpinan Ar-Rahman Cetakan Kesepuluh).

Penulisan saya tersekat-sekat semalam kerana telah saya temui beberapa versi terjemahan. Antaranya;

5. Maka, di samping kesukaran ada kemudahan. 6. Sesungguhnya di samping kesukaran ada kemudahan ( dari sini.)

5. So verily, with the hardship, there is relief. 6. Verily, with the hardship, there is relief (i.e. there is one hardship with two reliefs, so one hardship cannot overcome two reliefs). (dari sini)

5. Surely there is ease after hardship. 6. Aye, surely there is ease after hardship. (dari sini)

Namun, hari ini, saya menulis kerana saya tahu yang penting intipatinya, bahawa Tuhan itu telah memberitahu bahawa setiap kesusahan itu pasti ada kesenangan. Dan, ia telah diulang dua kali. Bila baca ulang-ulang kali, akan berasa tenanglah hati yang sedang gundah-gulana ini, menanggung kesusahan barang secebis.

Dan lagi, firman Allah dalam ayat ini, telah disambung, "Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal salih), maka berungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal salih yang lain) (7).

Maka, berbuatlah baik, terus-terusan. Tanpa. Henti.

"In fact, whatever personal sorrows this may bring to mind, "Surely, with each difficulty there is ease". This may indeed be the key phrase of this sura; it is repeated in lines 5 and 6. Conversely, the reader is asked to continue their work diligently, even when it grows simple again - for God Himself is what you are working for." Wikipedia

Semoga Allah memberkati hidup kita semua seluruhnya. Ameen.

Sekian.

2 comments:

disputed lamb said...

Just what I needed, Tim. Thanks a heap.

SITI said...

sama2, Neila.

miss u luv u.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...