Tuesday, January 26, 2010

Sekolah Berprestasi Tinggi

Mahu tulis sedikit setelah menyedari sesuatu tentang SBT ini di pagi hari ini.

Semalam dah tengok senarai SBT yang diumumkan. Saya sebenarnya macam tak suka bila ada senarai2 begitu. 20 sekolah daripada beribu sekolah yang ada? Macam sangat sedikit dan sangat2 eksklusif jadinya. SBP pun hanya dipilih 10 daripada banyak2 tu. Macam tak bagus rasanya.

Tapi, kat mana2 negara pun, rasanya memang ada klasifikasi begini. Sekolah yang bagus. Sekolah yang kurang. Jadi, bukanlah kat negara kita jer yang begini.

Apabila saya melihat senarai itu sekali lagi pagi ini, saya adalah telah tersedar sesuatu, lantas mengira. 8 daripada 20 buah sekolah itu adalah sekolah perempuan? Adakah benar??? Jika saya tersalah, sila betulkan.

Sekolah Perempuan (40%);
1. Sekolah Tun Fatimah (Johor Bahru)
2. Sekolah Seri Puteri (Cyberjaya)
3. Kolej Tunku Kurshiah (Seremban)
4. Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) (P) Sri Aman (Petaling Jaya)
5. SMK Sultanah Asma (Alor Setar)
6. SMK (P) St George (Pulau Pinang)
7. SK Zainab (2) (Kota Bharu)
8. SK Convent Kota (Taiping)

Sekolah Lelaki (15%);
1. Kolej Melayu Kuala Kangsar
2. Sekolah Sultan Alam Shah (Putrajaya)
3. Sekolah Dato’ Abdul Razak (Seremban)

Sekolah Campur? (45%);
1. SMS Muzaffar Syah (Melaka)
2. Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim (Jitra)
3. Kolej Islam Sultan Alam Shah (Klang)
4. Sekolah Menengah Sains (SMS) Tuanku Syed Putra (Perlis)
5. SMK Aminuddin Baki (Kuala Lumpur)
6. SK Bandar Baru Uda 2 (Johor Bahru)
7. Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Bintang Utara (KL)
8. SK Taman Tun Dr Ismail 1 (Kuala Lumpur)
9. SK Bukit Damansara (KL)

Jika betul senarai di atas, saya ucap terima kasih pada pihak kementerian memilih lebih sekolah perempuan daripada sekolah lelaki. Tapi, kelakarlah. Haha. Kalu kita bahagi sama rata sekolah campur itu, maksudnya pelajar perempuan berprestasi tinggi = 40 +22.5 = 62.5% manakala pelajar lelaki berprestasi tinggi = 15 + 22.5 = 37.5%.

Dapat dilihat juga penguasaan beberapa negeri dalam penyenaraian itu.

KL/ Putrajaya - 5 (25%)
Selangor - 3 (15%)
Johor - 2 (10%)
Kedah - 2
Perak - 2
Negeri Sembilan - 2
Kelantan -1 (5%)
Perlis - 1
Penang - 1
Melaka - 1

Tiada sekolah di Terengganu yang terpilih walhal Terengganu mencatatkan peratusan terbaik setiap kali keputusan peperiksaan dikeluarkan. Mengapakah? Sengaja atau tidak sengaja?

Sekian.

6 comments:

irmazian said...

bgs tol la ko wat analisis ni..tp kenape ek mcmtu..xkesah ah stf still berpotensi

SITI said...

mama;
aku pun peliks. itu sbb aku terus buat kira2. tak tahulah disengajakan atau tidak. Huhu.

Anonymous said...

ni perut..

bgus calculation ko.rajin skali..nasib tak kua regression analysis.hehehe.maybe political influence ade dlm statement in the paper. terfikir juga,this statement might demoted teachers spirit to teach..dahla susah keje teacher ni...makin banyak responsibilties and yet gaji is low..

SITI said...

Perut;
Haha. Aku rasa klakar pulak kene puji buat calculation darjah satu ni. Aku sebenarnya agak terkejut bila aku tersedar perkara ini, lantas terus membuat kira2. Tidakkah kau juga merasa peliks?

Aku pun rasa macam tak bagus nak buat2 jenis2 sekolah macam ni. Tengoklah nanti kesan baik dan buruknya.

Anonymous said...

terengganu byk soalan bocor..huhu.. bile dok trganu bru tau..

SITI said...

Anon:
wah, benarkah? Tidak bagus begitu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...