Tuesday, January 19, 2010

Faizal Musa

*rasa macam nak update blog jugaks. Sket je, eh. Sket je.

Tahniah kepada yang telah menang Hadiah Sastera Perdana Malaysia (HSPM) ke-18. Faisal Tehrani menang banyak. Tahniah. Ribu2 duit anda.

Saya selalu mahu baca tulisan dia. Saya penah baca satu cerpennya. Masa itu, dia masih guna nama Faizal Musa. Cerpennya memang ada gaya tersendiri. Tapi.....

Tapi, saya macam tak boleh suka. Haha. Kemudian, baca Tuhan Manusia. Ada orang bagi hadiah. End up, saya tak habis baca. Terlalu berat bagi saya. Dan, pengetahuan saya terlalu sedikit dalam bidang yang dibincangkan dalam novel itu. Jadi, saya rasa macam tak best. Sebab saya jadi macam kurang faham. Yalah, macam Ema baca tentang kromosom. Susah, kan? Hehe.

Tapi, saya adalah suka Siti Jasmina. Buku pertama kak Jas yang saya baca, Trilogi Cinta, sangatlah saya suka, lantas menghadiahi seorang rakan sebuah buku itu. Dan, beberapa buah lagi karya, termasuk cerpen dalam suratkhabar, saya adalah suka. Kak Jas juga telah menang kategori Drama pada HSPM18. Tahniah.

Saya macam nak suka hasil Faisal, tapi masih belum boleh lagi. Mungkin kerana antara cerpen2 terawalnya yang saya baca itu, dia tulis tentang bidang sains perubatan, yang saya tahu, tapi dia tulis lari dari fakta. Masa itu, saya rasa dia kurang buat penyelidikan. Huhu. Tapi , selepas beberapa lama, saya tahu dia adalah seorang yang mementingkan ilmu dalam penulisan. Kritikannya "Pengabaian Ilmu dalam Karya Sastera" juga telah menang dalam HSPM18. Mungkin saya perlu mula membaca hasilnya yang lain seperti Manikam Kalbu yang telah menang itu. Entahlah. Mungkin gaya Faisal tidak kena dengan kesukaan saya. Terlalu keras, saya kira.

BTW, pernah jumpa dia kat PWTC. Dia adalah lebih kacak daripada dalam gambar. Hehe. Semoga saya akan suka karya2 juara beliau ini, satu hari nanti.

Sekian.

4 comments:

eMa said...

aku dtg lagi...
tadi nak komen tapi boss aku asekla wat lintas langsung belakang aku...

neway, aku pernah nampak buku2 si pejal ni kat bilik kau..pernah la selak...tapi selalu tetido lepas tu..haha...

paste la gambar die..
nak tgk gak kachak ke tak..

ehh..off topic jap..aku beli sticker Alumni..ko tlg tanyekan kekeq bape aku kene bank in including wang post etc..

ohh so cool la sticker tu..tak sabar nak tepek kat abg jalak..

ngee~~

SITI said...

eMa;
aku rasa bos kau sudah semakin tahu aktiviti luar kawal kau. Haha.

Aku banyak kali pinjam buku dia, tapi gagal baca. Mahu lihat gambar dia, sila ke blog dia. Tapi, ada gamba sewaktu muda.

topic off topic.

sila tanya sendiri. Haha. Aku spt mahu merajuk sbb mereka tidak tag aku di sticker iu. Ashuk yg lepas itu tag aku. Aku mahu merajuk as if macamlah ada orang nak pujuk. Tak pedulik. Merajuk. :P

eMa said...

uhhh...
kalu aku tanye sendiri akan tidak mendapat layanan istimewa..benci!

merajuk la tim..mmg tade sape nak pujuk..semua pun sebok dengan gefrens masing2...

aku jek yang ade

SITI said...

eMa;
huh. mereka tidak tag aku, kemudian aku akan mendapat layanan istimewa. tidak. ia adalah tidak seperti yang kamu fikirkan.

haha. sepertinya kamu tidak sebok dengan audi kamu lahhhh? heh!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...